.jpg)
.jpg)
Budaya baraa'an...atau menziarahi rumah secara berkumpulan memang sudah menjadi tradisi di kebanyakan tempat/kampung apabila tiba Hari Raya Aidil Fitri..Seluruh warga kampung akan bersama-sama bermarhaban dan berselawat...Inilah masanya seluruh warga,kecil besar tua muda dapat bermesra dan bermaaf-maafan setelah sekian lama tidak berjumpa..Bagi warga Blok 20 FELDA Keratong 2...pada tahun ini kaedah baraa'an ini telah di ubah kepada mengadakan rumah terbuka...iaitu sebaik sahaja selesai sembahyang sunat Aidil Fitri.Pada petang sebelum menjelang raya...warga telah bergotong royong memasang khemah dan canopy...di atas jalan berhampiran dengan setor penyimpan barang...ini memudahkan lagi keadaan..Pada masa yang sama tempahan lemang telah dibuat sebagai menu utama ....
Selesai sahaja bersembahyang maka berduyun-duyun warga Blok 20....anak,menantu...cucu,citit ke khemah yang telah dipasang...Masing-masing membawa hidangan dari rumah masing-masing...ketupat,rendang,lodeh,nasi dagang...kuih-muih...
Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Blok yang juga merupakan Ketua Kampung iaitu Tuan Haji Bakri bin Maksom..Bacaan doa selamat pula telah dipimpin oleh Tuan Haji Mahfudz...Kemudian jamuanpun dimulakan..Masing-masing makan sambil berbual mesra..Sessi bergambar kenangan juga turut diadakan..
Sesungguhnya,ini adalah merupakan blok contoh yang kali pertama mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama..Akhirnya sessi bermaaf-maafan dan memberi duit raya telah di adakan....
Pada masa hadapan pula dirancang untuk diadakan majlis tahlil dan kenduri blok perdana...Perancangan akan disusun agar majlis yang akan diadakan nanti lebih baik dan tersusun..
MASYARAKAT SEPAKAT MEMBAWA BARAKAH...






Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya..Sebagaimana tahun-tahun terdahulu,inilah masanya anak perantau pulang kekampung halaman bertemu kaum keluarga,sanak saudara,sahabat handai dan juga insan tercinta..Setahun di rantauan,memcari rezeki di tempat orang ,tentu sudah kedatangan Syawal begitu mengamit perasaan..
.jpg)
Entah buat kali yang keberapa aku pun dah lupa..berita tentang pembangunan yang tidak menepati kehendak sebenar rakyat..malah kadang-kadang langsung tidak memberikan apa-apa manfaat langsung..Hanya menjadi GAJAH PUTIH yang menyakitkan mata....jpg)
.jpg)

Sebagaimana Ramadhan yang lalu,dalam kesibukan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan pastinya program berbuka puasa bersama masyarakat setempat menjadi sebahagian daripada aktiviti pemimpin..

.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)