SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Sunday, January 31, 2010

LAGI PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT...

Walaupun terasa letih setelah mengharungi pelbagai program,namun itulah dia yang dinamakan pemimpin..seboleh mungkin memenuhi aturcara yang telah dirancang dan bertemu rakyat untuk bertanya khabar disamping menyelesaikan permasalahan masyarakat..

Kali ini bertempat di Padang Awam Selancar 1...Program Sukan Rakyat anjuran Persatuan Belia Selancar 1 dan JKKR serta badan gabungannya..

Antara acara yang telah dilangsungkan adalah sukaneka....pertandingan gubahan..bolasepak 12 tahun...pemeriksaan kesihatan,pendaftaran anggota RELA...dan yang lebih penting adalah pendaftaran pengundi baru(SPR) yang telah dibuat oleh jawatankuasa yang telah diamanahkan..

YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz yang turut hadir untuk perasmian penutup mengucapkan tahniah kepada semua pihak terutamanya jawatankuasa penganjur yang telah memberikan komitmen terbaik sehingga program tersebut dapat dijalankan dengan lancar sehingga penghujungnya.Beliau juga mengingatkan ibubapa agar sentiasa memberikan perhatian terhadap pelajaran anak anak selain daripada mengimbas jasa Allahyarham Tun Abdul Razak...pengasas FELDA...yang telah berjaya merubah kehidupan masyarakat Melayu yang bergelar PENEROKA...Beliau juga memberikan ingatan agar masyarakat FELDA tidak terpengaruh dengan cubaan pihak-pihak luar yang cuba memecahbelah permuafakatan yang telah terbina dengan pelbagai fitnah dan janji-janji kosong..

Sekali lagi sekalung tahniah kepada masyarakat Felda Selancar 1 yang pada peperhatian penulis telah bergabung tenaga dan usaha demi memastikan program yang dilaksanakan itu berjalan dengan lancar dan tersusun..

MUAFAKAT MEMBINA MASYARAKAT..
Bookmark and Share

Saturday, January 30, 2010

JUMPA ORANG MUDA(JOM) UMB ROMPIN.........

Dalam usaha menarik golongan muda untuk terus bersama-sama berjuang memperkukuh parti kesayangan kita...UMNO..maka pelbagai pendekatan dan kaedah telah dirancang dan dilaksanakan.Program ini telah dinamakan JUMPA ORANG MUDA(JOM)..Kali ini sasarannya adalah Kelab Cubcross dan Motocross Keratong 1...

Program perkhemahan lasak ini telah diadakan di Hutan Simpan Lesong Rompin dan disertai lebih kurang 30 orang peserta.Persatuan Belia FELDA Keratong 1 telah menyumbangkan dana untuk membiayai program 3 hari 2 malam ini...

Konvoi peserta tersebut ternyata begitu teruja dengan kunjungan YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz..ADUN Bukit Ibam yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin..Dalam kesibukan jadual program,beliau sempat meluangkan masa dan bermesra dengan para peserta..

Antara program yang diatur adalah jelajah rimba,membaca jejak haiwan liar dan pertandingan memancing..Apa yang dapat dilihat melalui program ini adalah semangat kerjasama melakukan tugas yang telah diamanahkan dan sikap tidak mementingkan diri..

Adalah diharapkan agar Program JOM ini akan diteruskan kepada golongan sasar yang lain pula pada masa yang akan datang bagi memastikan golongan yang merupakan pengundi muda ini akan terus merasakan diri mereka ini dihargai dan terus menyokong dalam apa jua program yang bakal dilaksanakan..

Bagi pihak persatuan Belia FELDA Keratong 1 dan UMB ROMPIN.sekalung tahniah dan terimakasih diucapkan kepada YB Dato' yang begiitu prihatin dengan apa yang dihajati oleh golongan muda seperti ini...
ORANG MUDA SEMANGAT MEMBARA
Bookmark and Share

Friday, January 29, 2010

MASA UNTUK BEKERJA...KURANGKAN REKTORIK...


Setelah cadangan dan draf tentang pindaan perlembagaan UMNO dibentang,dibahas dan diluluskan ....kini tiba masanya berada diperingkat pelaksanaan...Jangan lagi selepas ini kita terus berektorik dan berada di zon selesa...
Sehubungan dengan itu,majlis taklimat tentang pelaksanaan pindaan perlembagaan UMNO dan penyerahan senarai keahlian untuk tujuan pemutihan telah diadakan untuk DUN Bukit Ibam bagi Parlimen Rompin...bertempat di Balai Raya Felda Keratong 4.

Hadir sama dalam program tersebut adalah YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,Setiausaha UMNO Bahagian Rompin dan Ahli Jawatankuasa 4peringkat selain ketua-ketua cawangan DUN Bukit Ibam.
Semua ahli juga diberikan ingatan agar bersedia menyahut saranan pihak kepimpinan untuk memperkemas urusan pentadbiran di peringkat cawangan dan bahagian agar lebih tersusun dan merancang melaksana apa jua program yang bersesuaian untuk menjuarai rakyat sesuai dengan slogan SBSP..Satu Bulan Satu Program.....

Makluman mengenai Mini Konvensyen Peringkat Bahagian Rompin juga turut disampaikan yang bakal diadakan pada 13hb.Februari 2010 ini..Rumusan daripada mini konvensyen ini nanti akan di bawa sebagai mewakili Umno Bahagian Rompin ke Konvensyen UMNO Pahang yang bakal berlangsung diUITM Jengka...

AYUH BERGERAK MARA BERSAMA...

Bookmark and Share

Monday, January 25, 2010

BERBUDI PADA TANAH....LUMAYAN BALASANNYA,,


Pepatah ada mengatakan jika kita rajin berusaha pasti akan membuahkan hasil yang baik..Lebih-lebih lagi jika kita berbudi pada tanah..tentunya hasil yang dituai tidak akan datang dalam jangkamasa yang singkat...Namun..
Itulah kejayaan salah seorang muda yang mengusahakan sebidang tanah dengan tanaman buah dukong..Dengan lebih kurang 300 anak pokok dukong yang ditanam..kini telahpun membuahkan hasil yang lumayan.

Pada musim buah kali ini hampir 80 peratus pokok tersebut berbuah dengan lebatnya..kebun yang terletak di pinggir ladang Keratong Satu ..berhampiran Kg.Rekoh..Terasa amat seronok ketika membuat tinjauan ke kebun tersebut petang tadi..

Menurut Kamaruddin..setakat ini hampir 3 tan buah dukong tersebut telah dipetik...dan hasilnya dibeli oleh pihak FAMA dan peraih persendirian yang datang membuat tempahan selain dijual sendiri di kawasan sekitar..

Semoga hasil daripada usaha pekebun muda ini akan menjadi contoh dan ikutan golongan muda untuk mula mengusahakan sesuatu yang berfaedah yang boleh menjana pendapatan tambahan yang bukan sedikit nilainya..Tahniah diucapkan..

BUKAN SENANG NAK SENANG...


Bookmark and Share

Thursday, January 21, 2010

MENAMBAH PENGETAHUAN MEMANG DITUNTUT...


Dalam mengikuti perkembangan arus teknologi tanpa sempadan yang sentiasa berkembang ini,perlu rasanya kita mendapat pelbagai info agar ilmu pengetahuan yang kita ada tidak terus berada pada tahap yang statik...Maklumat wajar kita peroleh walau dengan mengikuti seminar ringkas mahupun melalui sesi percambahan fikiran yang dilakukan secara santai..

Justeru, dalam perjumpaan mingguan UMB UMNO Pahang minggu ini telah pun mengambil inisiatif untuk menjemput tokoh yang dapat memberikan input kepada para ahli tentang dunia multimedia dan komunikasi iaitu Saudara Mohd Shafei Harun yang merupakan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) Wilayah Timur..

Beliau dalam taklimatnya telah memberikan penerangan dengan panjang lebar tentang dunia multimedia di negara ini..Apa yang lebih menarik adalah penerangan tentang Akta berkaitan undang-undang cyber yang berkaitrapat dengan pengunaan internet .Apa yang dikatakan sebagai kesalahan hasutan dan sebagainya.Dato'Sam selaku penasihat UMB UMNO Pahang juga memberikan info -info yang berguna kepada kami.Terimakasih...dan sekarang baru kami sedar akan tanggungjawab diri untuk lebih memberikan tumpuan tentang apa yang perlu kami buat..

Taklimat ringkas tentang Pra Konvensyen UMB UMNO Pahang yang akan diadakan di kediaman Menteri Besar jua telah disampaikan oleh admin UMB UMNO Pahang...Moga apa yang bakal dibincangkan nanti akan membahkan hasil yang baik...

DUNIA SIBER PENUH MUSLIHAT..
Bookmark and Share

Sunday, January 17, 2010

SESEKALI ....PERONDA JAKET BIRU..

Setelah sekian lama asyik dengan program sana-sini,perancangan telah dibuat untuk melepaskan tekanan....keluar mencari angin bersama rakan-rakan bikerz...Persetujuan telahpun dibuat untuk berkongoi jarak dekat....KERATONG..MUADZAM SHAH...ROMPIN...AIR PAPAN MERSING..

Keratong Big Bikerz telah membuat ketetapan akan bergerak dan berkumpul di Petronas PakLong..namun cabaran bermula apbila mesin Vulcan 1500cc AD mengalami masalah mekanikal...Alhamdulilah segalanya dapat diatasi dan konvoi mula bergerak ke Muadzam Shah untuk bertemu pula dengan rakan dari sana..
Konvoi mula bergerak ke Rompin pada jam 12.20 pagi dan sampai ke Pantai Hiburan Rompin..menikmati keindahan pantai dan tiupan angin...Makan keropok lekon dan nasi goreng kampung...sambil masing-masing bercerita tentang jentera masing-masing...Kemudian konvoi telah bergerak ke Air Papan Mersing..
Alhamdulilah segalanya berjalan lancar dan cuaca pun begitu elok..Apa yan menarik...ada sesetengah rakan bikerz termasuk aku membonceng orang rumah..begitu gembira dapat merasai nikmat menaiki jentera berkuasa tinggi..Semoga akan ada ramai lagi rakan baru dalam KERATONG BIG BIKERZ ini...

TAK SEMUA BIKERZ KAKI REMPIT...
Bookmark and Share

Saturday, January 16, 2010

JUARA RAKYAT......PROGRAM TELAH BERMULA....


Dalam menyahut seruan agar diadakan pelbagai program ke arah menjuarai rakyat...maka telah dilangsungkan Festival As-Syura Peringkat Negeri Pahang yang telah dilangsungkan dengan jayanya di perkarangan Masjid Muadzam Shah....Sebanyak 66 pasukan telah mengambil bahagian yang telah dibahagikan kepada beberapa kategori...Suasana begitu meriah dengan kehadiran orang ramai yang turut sama mengambil bahagian dalam acara sukaneka dan penyampaian sumbangan kepada saudara baru di kalangan masyarakat orang asli.

Turuh hadir bersama-sama dalam festival tersebut adalah YB Dato'Hj Mohamad Sahfri Ab Aziz,Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah,Perpaduan,dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Kerajaan Negeri Pahang,YB Senator Dato Maznah Mazlan,Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan tetamu jemputan yang lain.
YB.Dato'Seri Jamaludin Jarjis juga telah memberikan ucapan ringkas melalui SKYPE kepada para hadirin dan tetamu yng hadir..

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam festival kali ini dan apa yang paling membanggakan adalah pengelibatan ramai golongan muda dalam kegiatan seumpama ini..
Rata-rata masyarakat yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana program seumpama ini mampu mendekatkan diri antara masyarakat..memupuk semangat kerjasama selain mengenang sejarah yang berlaku dalam dunia Islam...

Semoga dengan tercetusnya program ini akan menjadi pemangkin untuk pemimpin setempat merancang dan melaksanakan pelbagai program terutamanya yang berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan agar rakyat marhaen dapat merasakan apa itu ertinya JUARA RAKYAT dan MENJUARAI RAKYAT...
TAHNIAH...TERUSKAN KE ARAH YANG LEBIH BAIK...
Bookmark and Share

Sunday, January 10, 2010

BERHUJUNG MINGGU BERSAMA MASYARAKAT

Dalam kesibukan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang bukan sedikit..faktor hujung minggu bukanlah satu faktor yang memungkinkan seseorang pemimpin untuk berlenang-lenang...Sememangnya kalau mengikut resam biasa...hujung minggu adalah hari rehat..namun bagi pemimpin tiada istilah 'off day'...Masyarakat harus di dekati dan dijenguk tak kira di waktu suka,gembira,duka dan nestapa..

Hujung minggu ini bersama pemimpin telah sempat menziarahi masyarkat selain daripada menghadiri majlis kenduri kahwin yang banyak diadakan ..
Bermula dengan ziarah kematian salah seorang pemimpin masyarakat orang asli di RPS Buluh Nipis..iaitu Mendiang Tiwan...yang telah meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang berfungsi..Terlihat bagaimana kematian masayarakat orang asli diuruskan selain daripada bagaimana masyarakat orang asli yang beragama Islam dapat hidup berharmoni dengan saudara-mara mereka yang masih lagi dengan anutan dan kepercayaan masing-masing..

Seterusnya...terus ke Desa Jati Muadzam Shah..menghadiri kenduri PSU Puteri UMNO Bahagian Rompin yang nama FB nya kalau tak silap Puteri Qis Balkis..majlis diserikan dengan persembahan oleh kumpulan silat....sangat menarik...pusaka budaya bangsa...

Kemudian bergegas semula ke Keratong...kenduri puteri sulung Encik Mazlan Yusof(LanSinger)Keratong 1...bekas anak muridku...semoga berbahagia...Ziarah pula Tuan Haji Latif...RELA Keratong 1 yang lumpuh akibat kemalangan jalanraya...telah 6 tahun berkerusi roda...

Destinasi akhir adalah ke rumah Arwah Imam Mustafa Keratong 2....kenduri majlis perkahwinan...walaupun agak lewat tetapi tetap mendapat layanan mesra daripada tuan rumah...
Semoga dengan kunjungan seperti ini akan lebih merapatkan hubungan dan dharapkan pemimpin kecil diperingkat kampung dan cawangan akan dapat merangka dan merancang program yang bersesuaian agar penduduk dan masyarakat akan lebih merasai keberadaan pemimpin...

HUJUNG MINGGU BERSAMAMU...
Bookmark and Share

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009