Pencerobohan pengganas Kiram ke negara ini telahpun mengorbankan anggota keselamatan negara.Kesedihan,trauma,kesulitan tentunya membelenggu kehidupan keluarga yang terlibat.Malang bagi negara apabila ada warganya yang secara kurangajar memperlekeh pengorbanan mereka malah mengeluarkan kenyataan biadap bahawa semuanya ini adalah sandiwara belaka.Bagaimana mungkin seorang yang dipilih selaku pemimpin berperangai sedemikian.Justeru,sebagai warga yang amat menyanjungi pengorbanan satria negara dalam mempertahan negara telah melancar drmo aman membantah keceluparan warga yang bernama Tian Chua ini.Semoga tindakan tegas akan diambil bagi membasmi segelintir warga yang langsung tidak mempunyai semangat patriotik terhadap negara tercinta ini.Semoga para perwira yang telah terkorban ini akan ditempatkan dikalangan para syuhada.Kami bangga atas pengorbanan dan keberanian saudara.Alfatehah...
Monday, March 18, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)