Monday, November 9, 2009

CUBCROSS...LANGKAH MENGEKANG GEJALA REMPIT..




Sekarang ini telah menjadi semacam satu demam/fenomena di kalangan anak muda belia di dalam kawasan melibatkan diri dalam sukan lasak ini...Banyak litar tidak rasmi yang telah diwujudkan atas inisiatif anak-anak muda untuk dijadikan tempat berlatih dan mengasah bakat...

Terbaharu....hujung minggu yang lepas mereka ini telah dibawa menyertai KUALA BERA DIRTBIKE CHALLENGE 2009..Dua pelumba telah dihantar untuk mengambil bahagian...Apa yang membanggakan kedua-dua pelumba ini telah mara ke final...Namun,masalah mekanikal telah membantutkan usaha mereka untuk naik ke podium.Apa yang penting mereka ini telah menimba pengalaman baru ke arah menjadi pelumba yang baik pada masa akan datang...

Apa yang ingin dikongsi bersama adalah begitu ramai peserta muda yang mengambil bahagian dalam kategori masing-masing iaitu seawal usia 11 tahun.Sokongan dari semua pihak termasuk pemimpin setempat turut sama melancarkan kejohanan ini...

Bagi peserta yang dihantar pula adalah cukup berbakat dan apa yang penting adalah mereka perlu diberi tunjuk ajar daripada jurulatih yang berpengalaman bagi membetulkan teknik tunggangan dan cara mengawal tekanan semasa berlumba..

Sesungguhnya dalam kita memperkatakan gejala rempit yang semakin membimbangkan,diharapkan dengan adanya aktiviti seumpama ini adak dapat mengurangkan sedikit gejala tersebut..Biarlah mereka ini berlumba dengan cara yang halal di samping memupuk budaya menghargai keselamatan diri dan masyarakat..

TANGANI BERSAMA GEJALA REMPIT..

Friday, November 6, 2009

MASIH JUGA MENDIRIKAN BANGUNAN....BUKAN PEMBANGUNAN...



Kali ini aku ingin mengetengahkan soal pembangunan prasarana yang pada pendapat dan pemerhatianku agak tidak menepati kehendak rakyat...Infrastruktur yang dibina dan menggunakan wang kerajaan hasil cukai yang dibayar gagal memberi kepuasan kepada rakyat.
TERBAHARU....Pembinaan gerai di Jalan Keratong -Muadzam Shah berhampiran Perantau Damai..Gerai yang dibina bagi memindahkan peniaga=peniaga yang berniaga di sekitar laluan Lebuhraya Tun Razak itu dilihat amat tidak bersesuaian dari segi rekabentuknya..

Rekabentuk yang begitu ringkas ini kelihatan seperti kandang haiwan sarkis...mengundang rasa tidak puashati bukan sahaja kepada penyewa malah kebanyakan orang ramai yang ditemui..Sepatutnya biarlah bangunan itu lebih sesuai dari segi rekabentuk dan bersesuaian dengan jenis perniagaan yang ingin dijalankan oleh peniaga.Aspek keselamatan barangan yang ingin dijual juga perlu diambilkira.Dengan keadaan seperti ini dibimbangi barangan peniaga akan mudah untuk dicuri terutamanya pada waktu malam...

Pihak yang berkenaan sewajarnya memikir dengan lebih mendalam kesesuaian rekabentuk sebelum sesuatu spesipikasi prasarana itu diluluskan pembinaannya.Adalah amat malah jika sekali lagi kita terpaksa melihat GAJAH PUTIH berada di kawasan kita,Jangan dibazirkan wang membina bangunan yang manfaatnya tidak dapat dirasai secara maksima oleh rakyat..
BUKAN SEKADAR PROJEK......

Tuesday, November 3, 2009

SEKITAR BERSAMA PEMIMPIN TURUN PADANG....


Di sepanjang hujung minggu yang lalu,selain daripada menjalankan tugas-tugas yang telah sama diamanahkan,pemimpin telah turut meluangkan masa untuk bersama rakyat samaada program rasmi atau sesi bersama rakyat di kawasan..

Rata-rata yang ditemui melahiran rasa gembira atas keprihatinan pemimpin yang dapat bersama yakyat di akar umbi .

Antara yang dapat dihadiri termasuklah:

1.Majlis perkahwinan Puan Chow Gek di RPS Bukit Serok..Walaupun beliau merupakan orang asli tetapi tetamu yang hadir begitu ramai dari semua bangsa sesuai dengan konsep 1Malaysia..Tambahan pula makanan telah disediakan secara catering oleh katerer dari Muadzam Shah..Majlis diserikan dengan pensembahan pancaragam dari Gombak....

2.Majlis walimatul urus Cikgu Osman Abas di Kota Shah bandar...Bandar 15.Majlis begitu meriah dengan kehadiran sanak saudara dan masyarakat sekitar...Segalanya dilakukan secara bergotong royong bersama masyarakat kampung.Pengantin bertambah gembira terutamanya dengan kehadiran tetemu istimewa yang tidak disangka ini..Majlis dimeriahkan dengan persembahan tomoi oleh anak-anak muda...

3.Majlis penyampaian sijil graduasi dan sukan Tabika Kemas Bukit Ibam...Majlis telah di adakan di padang awam Bukit Ibam..Penyertaan semua golongan masyarakat dakam acara sukan menggambarkan semangat bersatupadu masyarakat di sana..Pemimpin juga menunjukkan semangat turun padang apabila sama=sama mengambil bahagian dalam acara sukaneka...

4.Program Kesihatan Bersama Kanak-kanak Istimewa Pendidikan Khas.Majlis yang diadakan di dewan orang ramai BTAR ini telah dilangsungkan dengan meriah...Antara acaranya termasuklah persembahan,sukaneka dan pameran kesihatan pergigian....

Itulah diantara program bersama masyarakat yang sempat dicatatkan oleh GENGSAHABAT..

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT SENTIASA DI HATI RAKYAT..

Sunday, November 1, 2009

PERJUMPAAN TERTUTUP BERSAMA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA..


Mengambil kesempatan atas kehadiran YB.Dato'Ahmad Maslan ke daerah Rompin kerana merasmikan Perumahan Warga Felda(PWF) maka satu perjumpaan tertutup telah diadakan bersama barisan kepimpinan UMNO Bahagian Rompin...Majlis telah di adakan di Balai Raya FELDA Keratong 5.

Turut hadir di majlis tersebut ialah YB TYT DSJJ,YB Dato'Haji Mohamad Sahfri,ADUN Ibam,YH Dato'Hassan Arifin,Ketua Wanita dan Ketua Puteri Bahagian.. Dalam taklimat ringkasnya YB Ketua Penerangan UMNO Malaysia itu telah menyatakan tentang beberapa perkara,antaranya;
a,pindaan perlembagaan UMNO
b,program SPSB
c,perkembangan semasa politik negara
d,sesi soaljawab..

Penyampaian yang mudah,ringkas dan jelas itu sesungguhnya merupakan satu input yang amat berguna kepada yang hadir untuk disampaikan pula kepada akar umbi nanti..
Namun,apa yang menjadi kemusykilan kepada saya selaku pemerhati yang tidak berjawatan adalah atas kehadiran yang kurang memberangsangkan di kalangan pemimpin UMNO Bahagian dari semua entiti,pemimpin UMNO cawangan yang berdekatan..Adalah amat merugikan kerana kesempatan keemasan ini tidak digunakan dengan sebaik mungkin untuk mendapat info secara terus daripada Ketua Penerangan Umno Malaysia ini..

Sepatutnya sistem penyampaian maklumat di UMNO Bahagian hendaklah digunakan semaksima mungkin bagi memberitahu tentang program ini kepada mereka yang terbabit..Inilah satu masalah yang harus segera dibaiki iaitu sistem penyampaian maklumat yang begitu lemah dalam memberikan info terbaik kepada akar umbi secara segera.

HARUS diingat,bukan satu perkara yang mudah untuk membawa KETUA PENERANGAN UMNO Malaysia ke kawasan kita,kerana jadual yang begitu ketat,seharusnya kita manfaatkan sepenuhnya peluang keemasan ini.

PELUANG DATANG HANYA SEKALI....

Saturday, October 31, 2009

PERUMAHAN WARGA FELDA...ANTARA SUKA DAN DUKA....


Hari ini telah berlangsung majlis penyerahan kunci bagi pembeli rumah di Desa Keratong Indah di Gugusan Keratong..Majlis penyerahan kunci ini telah disempurnakan oleh YB Dato'Ahmad Maslan..Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga ditugaskan untuk menjaga hal ehwal FELDA..Turut hadir dalam majlis ini adalah TYT Dato'Seri JJ,YB Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz serta pegawai-pegawai kanan agensi berkaitan.
Segala penantian selama ini telah menjadi kenyataan..impian untuk memiliki rumah sendiri telah menjadi realiti...
Itulah berkat perjuangan generasi kedua ini yang secara berterusan menyuarakan hasrat mereka supaya dibangunkan kawasan perumahan telah didengari oleh pihak kerajaan khususnya FELDA...Terima kasih dari kami....
NAMUN...disebalik terbinanya PWF ini...ada lagi golongan generasi kedua yang hanya melihat dari kejauhan pembangunan ini tanpa dapat merasainya...Mereka ini adalah golongan yang tidak mampu membayar melalui bank...pinjaman tidak diluluskan atas alasan-alasan yang tertentu...Mereka ini sebenarnya golongan yang seharusnya mendapat kemudahan PWF ini kerana rata-rataya adalah generasi kedua yang tinggal di rancangan manakala pembeli yang mampu membeli ini adalah yang bukan golongan sasar...Ada yang membeli hanya kerana mampu dan menjadikannya sebagai asset sahaja...Ada juga pembeli yang tinggal di luar kawasan..
Untuk golongan yang tidak mampu membeli PWF ini satu alternatif harus di usahakan bagi memastikan nasib mereka juga turut terbela...MAKLUMAT LANJUT tentang program bagi membantu golongan ini telah pun saya paparkan dalam post saya yang terdahulu..

Kesan daripada terbinanya PWF secara berpusat ini adalah penghijrahan pembeli rumah ini ke kawasan perumahan...berlaku perpindahan pelajar,kekurangan pelapis di blok-blok rancangan,memalapkan ekonomi tempat tinggal asal...dan banyak lagi...Apa yang pasti berlaku ledakan peningkatan ekonomi di kawasan berhampiran PWF tersebut dengan perpindahan beratus pemilik rumah baru ini...
Itulah yang dikatakan dalam kegembiraan masih ramai lagi golongan sasar yang terus merintih dan mereka ini perlukan pembelaan segara agar tidak terus terpinggir hanya kerana mereka tidak mampu dari segi peraturan pembelian rumah oleh bank dan FELDA PROPERTIES..
FELDA...JASA DAN BAKTIMU DISANJUNG..

Thursday, October 29, 2009

FELDA...GEDUNG MAKANAN NEGARA...SATU TRANSFORMASI

Beberapa bulan selepas sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan..dan pengumuman Perdana Menteri untuk merealisasikan impian untuk menjadikan FELDA sebagai Gedung Makanan Negara sudah pun mula menunjukkan kejayaannya...

Rata-rata kawasan skim FELDA telah mula menyahut seruan tersebut dan ada yang telah mula menuai hasilnya...

Secara permulaannya ..satu tapak semaian disediakan di kawasan yang bersesuaian..Tanah-tanah telah dimasukkan ke dalam polibeg..setelah benih yang disemai mula membesar..ia telahpun dipindahkan ke dalam polibeg tersebut..Penjagaan rapi perlu dijalankan bagi memastikan anak-anak benih tersebut membesar dengan sempurna dan bebas daripada serangan penyakit..

Apabila anak pokok mula membesar maka ianya telah diagih-agihkan kepada para peneroka dengan kadar 20 polibeg setiap peneroka..Kalau dikira ada 500 rumah maka 10,000 benih perlu disediakan..Sekiranya segala aspek penjagaan seperti meracun dan membaja pada skala yang betul maka sudah pasti hasil yang bakal dikeluarkan begitu lumayan..

Justeru, pihak pengurusan rancangan dan ketua-ketua masyarakat seharusnya dapat membuat pemantauan agar program ini mencapai objektifnya...Agensi-agensi yang berkaitan harus dilibatkan bagi memberikan khidmat nasihat kepada program ini..

Satu perkara yang penting adalah soal pemasaran..Keluhan yang biasa didengari adalah apabila pokok yang ditanam mula membuahkan hasil maka soal harga beli yang rendah berbanding dengan harga pasaran..Ini sedikit sebanyak merencatkan objektif iaitu menambahkan pendapatan peneroka...

BERBUDI PADA TANAH BANYAK MANFAATNYA...

Tuesday, October 27, 2009

RIBUT....TANDA BERMULANYA TENGKUJUH????







Tiupan angin kencang dan juga hujan lebat pada petang Sabtu yang lalu benar-benar membawa persoalan adakah musim tengkujuh/banjir akan berlaku???Sejak kebelakangan ini hujan lebat pada waktu petang dan malam disertai dengan guruh dan petir....
Mendapat maklumat bahawa ribut pada petang itu telah menerbangkan atap rumah Tuan Haji Mahfudz,Blok 2O Felda Keratong 2...iaitu blok mertuaku...Bergegas ke tempat kejadian untuk membuat tinjauan awal...Sesampainya di lokasi...ku lihat atap rumah telah diterbangkan angin kencang...Kawasan dalam rumah basah kuyup...Keadaan lebih bertambah buruk kerana pada malam tersebut hujan telah turun dengan lebatnya...Harapan aku adalah agar tuan rumah tersebut bersabar atas musibah yang melanda...
Para pemimpin masyarakat telah pun diberitahu akan masalah ini...YB Dato' Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz talah mengarahkan S/U Pentelaras Dun Bukit Ibam agar membuat tinjauan dan mengadakan perbincangan dengan pemimpin masyarakat setempat bagi membantu mangsa ribut tersebut..
Difahamkan kerja-kerja baikpulih dan memasang semula atap yang diterbangkan angin telah pun dijalankan oleh petugas dibawah seliaan JKKR Keratong 2 dan pihak pengurusan rancangan...Terima kasih diucapkan atas segala keprihatinan...
Daripada info yang kudapati,banyak lagi rumah yang mengalami kerosakan kecil akibat angin kencang tersebut tetapi semuanya telahpun diperbaiki oleh tuan rumah masing-masing...

BERSABAR MENEMPUH DUGAAN ILAHI....

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009