.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Sebaik mendapat informasi tentang ride ke Melaka,maka perbincangan tidak rasmi pun diatur bagi memaklumkan kepada rakan-rakan bikers tentang program tersebut...Sebenarnya konvoi kali ini adalah untuk mengiringi Timbalan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM)iaitu YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz...
Sepanjang perjalanan dari Keratong KeMelaka,terpaksa berhenti di Gemencheh kerana salah sebuah jentera mengalami masalah kecil dan membasahkan tekak dan mengisi perut..Alhamdulilah kerosakan tersebut dapat diatasi dan konvoi meneruskan perjalanan..
Sepanjang perjalanan dari Keratong KeMelaka,terpaksa berhenti di Gemencheh kerana salah sebuah jentera mengalami masalah kecil dan membasahkan tekak dan mengisi perut..Alhamdulilah kerosakan tersebut dapat diatasi dan konvoi meneruskan perjalanan..
Antara pengisian program Retreat Kepimpinan MBFM tersebut adalah Bengkel Pelan Strategik MBFM bersama Dato' Dzulkifli Wahab,Pengarah Besar FELDA,Diskusi Kepimpinan bersama Dato'Sahlan,SUPOL YAB Perdana Menteri.dan Makan Malam bersama Ketua Menteri Melaka..
Apa yang diharapkan adalah melalui program ini akan dapat membuahkan halatuju yang baik demi memajukan dan memartabatkan generasi FELDA dan MBFM itu sendiri khususnya...
Sebagai generasi FELDA,sudah tentu pengharapan yang begitu tinggi disandarkan pada MBFM agar lebih proaktif dalam mendepani sebarang permasalahan yang melibatkan generasi muda FELDA dan menangkis dakyah dan tohmahan yang sekarang ini hebat dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan...
Seronok juga apabila kami berkesempatan berbual ringkas dengan Presiden MBFM iaitu Saudara Anuar Manap..Semoga barisan kepimpinan beliau akan dapat memikul tugas dan amanah dengan berkesan dengan sokongan semua pihak...
BELIA PEMBELA NEGARA