SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Saturday, October 31, 2009

PERUMAHAN WARGA FELDA...ANTARA SUKA DAN DUKA....


Hari ini telah berlangsung majlis penyerahan kunci bagi pembeli rumah di Desa Keratong Indah di Gugusan Keratong..Majlis penyerahan kunci ini telah disempurnakan oleh YB Dato'Ahmad Maslan..Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga ditugaskan untuk menjaga hal ehwal FELDA..Turut hadir dalam majlis ini adalah TYT Dato'Seri JJ,YB Dato Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz serta pegawai-pegawai kanan agensi berkaitan.
Segala penantian selama ini telah menjadi kenyataan..impian untuk memiliki rumah sendiri telah menjadi realiti...
Itulah berkat perjuangan generasi kedua ini yang secara berterusan menyuarakan hasrat mereka supaya dibangunkan kawasan perumahan telah didengari oleh pihak kerajaan khususnya FELDA...Terima kasih dari kami....
NAMUN...disebalik terbinanya PWF ini...ada lagi golongan generasi kedua yang hanya melihat dari kejauhan pembangunan ini tanpa dapat merasainya...Mereka ini adalah golongan yang tidak mampu membayar melalui bank...pinjaman tidak diluluskan atas alasan-alasan yang tertentu...Mereka ini sebenarnya golongan yang seharusnya mendapat kemudahan PWF ini kerana rata-rataya adalah generasi kedua yang tinggal di rancangan manakala pembeli yang mampu membeli ini adalah yang bukan golongan sasar...Ada yang membeli hanya kerana mampu dan menjadikannya sebagai asset sahaja...Ada juga pembeli yang tinggal di luar kawasan..
Untuk golongan yang tidak mampu membeli PWF ini satu alternatif harus di usahakan bagi memastikan nasib mereka juga turut terbela...MAKLUMAT LANJUT tentang program bagi membantu golongan ini telah pun saya paparkan dalam post saya yang terdahulu..

Kesan daripada terbinanya PWF secara berpusat ini adalah penghijrahan pembeli rumah ini ke kawasan perumahan...berlaku perpindahan pelajar,kekurangan pelapis di blok-blok rancangan,memalapkan ekonomi tempat tinggal asal...dan banyak lagi...Apa yang pasti berlaku ledakan peningkatan ekonomi di kawasan berhampiran PWF tersebut dengan perpindahan beratus pemilik rumah baru ini...
Itulah yang dikatakan dalam kegembiraan masih ramai lagi golongan sasar yang terus merintih dan mereka ini perlukan pembelaan segara agar tidak terus terpinggir hanya kerana mereka tidak mampu dari segi peraturan pembelian rumah oleh bank dan FELDA PROPERTIES..
FELDA...JASA DAN BAKTIMU DISANJUNG..

Thursday, October 29, 2009

FELDA...GEDUNG MAKANAN NEGARA...SATU TRANSFORMASI

Beberapa bulan selepas sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan..dan pengumuman Perdana Menteri untuk merealisasikan impian untuk menjadikan FELDA sebagai Gedung Makanan Negara sudah pun mula menunjukkan kejayaannya...

Rata-rata kawasan skim FELDA telah mula menyahut seruan tersebut dan ada yang telah mula menuai hasilnya...

Secara permulaannya ..satu tapak semaian disediakan di kawasan yang bersesuaian..Tanah-tanah telah dimasukkan ke dalam polibeg..setelah benih yang disemai mula membesar..ia telahpun dipindahkan ke dalam polibeg tersebut..Penjagaan rapi perlu dijalankan bagi memastikan anak-anak benih tersebut membesar dengan sempurna dan bebas daripada serangan penyakit..

Apabila anak pokok mula membesar maka ianya telah diagih-agihkan kepada para peneroka dengan kadar 20 polibeg setiap peneroka..Kalau dikira ada 500 rumah maka 10,000 benih perlu disediakan..Sekiranya segala aspek penjagaan seperti meracun dan membaja pada skala yang betul maka sudah pasti hasil yang bakal dikeluarkan begitu lumayan..

Justeru, pihak pengurusan rancangan dan ketua-ketua masyarakat seharusnya dapat membuat pemantauan agar program ini mencapai objektifnya...Agensi-agensi yang berkaitan harus dilibatkan bagi memberikan khidmat nasihat kepada program ini..

Satu perkara yang penting adalah soal pemasaran..Keluhan yang biasa didengari adalah apabila pokok yang ditanam mula membuahkan hasil maka soal harga beli yang rendah berbanding dengan harga pasaran..Ini sedikit sebanyak merencatkan objektif iaitu menambahkan pendapatan peneroka...

BERBUDI PADA TANAH BANYAK MANFAATNYA...

Tuesday, October 27, 2009

RIBUT....TANDA BERMULANYA TENGKUJUH????







Tiupan angin kencang dan juga hujan lebat pada petang Sabtu yang lalu benar-benar membawa persoalan adakah musim tengkujuh/banjir akan berlaku???Sejak kebelakangan ini hujan lebat pada waktu petang dan malam disertai dengan guruh dan petir....
Mendapat maklumat bahawa ribut pada petang itu telah menerbangkan atap rumah Tuan Haji Mahfudz,Blok 2O Felda Keratong 2...iaitu blok mertuaku...Bergegas ke tempat kejadian untuk membuat tinjauan awal...Sesampainya di lokasi...ku lihat atap rumah telah diterbangkan angin kencang...Kawasan dalam rumah basah kuyup...Keadaan lebih bertambah buruk kerana pada malam tersebut hujan telah turun dengan lebatnya...Harapan aku adalah agar tuan rumah tersebut bersabar atas musibah yang melanda...
Para pemimpin masyarakat telah pun diberitahu akan masalah ini...YB Dato' Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz talah mengarahkan S/U Pentelaras Dun Bukit Ibam agar membuat tinjauan dan mengadakan perbincangan dengan pemimpin masyarakat setempat bagi membantu mangsa ribut tersebut..
Difahamkan kerja-kerja baikpulih dan memasang semula atap yang diterbangkan angin telah pun dijalankan oleh petugas dibawah seliaan JKKR Keratong 2 dan pihak pengurusan rancangan...Terima kasih diucapkan atas segala keprihatinan...
Daripada info yang kudapati,banyak lagi rumah yang mengalami kerosakan kecil akibat angin kencang tersebut tetapi semuanya telahpun diperbaiki oleh tuan rumah masing-masing...

BERSABAR MENEMPUH DUGAAN ILAHI....

Tuesday, October 20, 2009

SEKITAR PROGRAM TURUN PADANG PEMIMPIN...


1.PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT DI KOTA SHAH BANDAR....Anjuran Pejabat Penerangan Rompin dan Pejabat ADUN Bukit Ibam....Satu jamuan rakyat telah diadakan...Telah banyak projek kerajaan yang telah dinikmati...Semoga akan bertambah lagi pembangunan masa akan datang...
2.Ziarah pesakit kronik di Felda Keratong 2...Sebenarnya lawatan susulan...pesakit komplikasi buah pinggang...Lebih malang terlibat pula dalam kemalangan jalanraya...Telah dihantar ke KUANTAN MEDICAL CENTRE untuk pemeriksaan doktor pakar...Semoga ada perubahan .....
3.Jamuan Hari Raya Keratong 2....Ketibaan agak terlewat atas tugas...Kata orang biar lambat sedikit tak apa...jangan....Apapun di khabarkan ramai penduduk datang ke majlis tersebut...
4.Program NURHIDAYAH di Balai Raya FELDA Keratong 3...Anjuran bersama MPWK Kawasan Parlimen ROMPIN danLPPKN Negeri Pahang...Majlis di serikan dengan ceramah...dan penyampaian sumbangan kepada pesakit-pesakit kronik...

5.Lawatan ke rumah mangsa ribut...Hujan lebat dan angin kencang telah menyebabkan atap rumah tercabut...Kejadian berlaku di Felda Keratong 4...semasa Saudara Saiful...yang juga merupakan Pegawai Khas Pejabat ADUN sedang bersama-sama di majlis di atas...semuga bersabar dengan dugaan..musibah yang dihadapi...

Itulah di antara program turun pada yang dapat dilaporkan disepanjang 2 minggu ini...Semoga rakyat akan mendapat khidmat yang terbaik dari pemimpin...Sama-sama kita bergerak dalam usaha memastikan rakyat terus terbela,,,

DEKAT DI MATA DEKAT DI HATI..

Saturday, October 17, 2009

SEMANGAT KESUKARELAWAN UMNO...MENGAPA MENGHILANG....



Persidangan UMNO kali ke-60 telah berakhir...Pindaan perlembagaan UMNO telah dipersetujui dengan sebulat suara..pelbagai idea dan buah fikiran dilontarkan...Segala kehendak dan kemahuan akar umbi telah disuarakan oleh pembahas dari negeri-negeri...Semuanya mahukan PERUBAHAN atau bahasa modennya TRANSFOMASI.....

Presiden UMNO dalam ucapan penggulungan telah menyatakan kepada anggota perwakilan tentang betapa pentingnya semangat KESUKARELAWAN di kalangan seluruh ahli UMNO disubur kembali dan menjadi budaya dalam masyarakat UMNO khasnya...TETAPI semangat ini kelihatannya sudah pudar dan sukar dilihat dalam UMNO sejak kebelakangan ini...

Sekarang ini semua program yang dilakukan sudah dimasukkan unsur-unsur komersil...kebanyakan diurus dengan wang ringgit...walaupun program tersebut boleh dilakukan secara murah melalui konsep sukarela/gotong-royong...

KEMUNGKINAN...dengan mengkoperatkan program kepada pihak tertentu akan lebih memudahkan cara tapi kesannya adalah nilai penghayatan dan sayangkan parti akan semakin luntur dikalangan ahli...malah yang lebi buruk bakal ada segelintir pihak yang akan mengaut keuntungan daripada program tersebut...

Untuk menyubur kembali semangat KESUKARELAWAN ini di kalangan ahli-ahli UMNO ini,semua pihak harus berganding bahu...bermula dari pemimpin sehingga ke ahli biasa...Pemimpin besar/kecil pula janganlah begitu kelihatan elitis apabila turun ke akar umbi...Kadang-kadang pergi ke program gotong-royong dengan berpakaian ala-ala nak bermesyuarat...Ini sudah tentu menimbulkan rasa jengkel di kalangan rakyat bawahan...

Apa yang paling penting adalah RANGKA KERJA ataupun rancangan tahunan program yang akan dilaksanakan sepanjang tahun...Jangan pula aktiviti MEE SEGERA dilakukan disesuatu kawasan tanpa ada perbincangan /mesyuarat dengan masyarakat setempat...Sebolehnya segala urusan dilakukan secara gotong-royong...kurangkan aspek komersil dan tambahkn nilai bekerjasama...

Memang tidak dapat kita nafikan sekarang ini UMNObegitu kelihatan LESU...Jawatankuasa yang dipilih kelihatan seakan tidak berfungsi,tidak proaktif dan maaf cakap ...lebih memikir bagaimana untuk menambah kantung...sedangkan sepatutnya sebahagian isi kantung yang diperolehi melalui saluran UMNO ini dipulangkan semula kepada rakyat dengan menyumbang sebahagian kecil kepada program-program yang bakal dijalankan...Jangan pula kita dilihat terlalu membeli KEMEWAHAN hasil daripada penglibatan kita dalam politik...Kalau ini terjadi kita bukan sahaja di benci oleh pembangkang...percayalah...kita juga akan dijauhi oleh ahli UMNO sendiri...

Ayuhlah wahai barisan pemimpin besar/kecil....marilah kita sama-sama turun ke akar umbi...jangan hanya kita tahu bermesyuarat sahaja..rapatkan diri kepada masyarakat,laksanakan apa yang terpikul di bahu...biar ahli dan masyarakat merasai kewujudan kita,kewujudan UMNO....Barulah parti kita ini aka terus menjadi payung kepada masyarakat dan pembangkang pun tidak lagi boleh perlekeh/perleceh parti kita.Semoga dengan seruan YAB Presiden parti akan dapat mengubah parti UMNO kepada sebuah parti yang benar-benar berjiwa rakyat..
KURANGKAN LAGAK LEBIHKAN USAHA..

Tuesday, October 13, 2009

PENGHAYATAN DAN TINDAK IKUT (FOLLOW UP) RESOLUSI PERSIDANGAN.....


Selamat bersidang kepada semua perwakilan yang telah terpilih ke Persidangan kali yang ke 60...Tentunya persidangan kali nin membawa erti yang begitu besar kepada semua ahli kerana banyak perkara yang akan dibincangkan dan banyak juga saranan/idea yang bakal dikemukakan.Semoga segalanya akan bakal menjadikan UMNO terus releven dan menjadi payung kepada umat MELAYU,AGAMA ISLAM dan juha kepada keseluruhan warga Malaysia tercinta...
Cuma apa yang menjadi harapan kami ahli marhaen ini adalah biarlah perwakilan bahagian yang telah terpilih ini dapat menjalankan tugas dan amanah yang terpikul di bahu...Penghayatan dan semangat yang tinggi dalam sama-sama berbincang dalam usaha mencari sesuatu yang boleh membaik kerosakan PERSEPSI yang telah dilakukan pakatan pembangkang terhadap parti yang kita sayangi ini.Jangan hadir di persidangan hanya sebagai penumpang...hanya sekadar ingin bergaya dengan pakaian masing-masing...Ini amat merugikan...

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah bila ramai diantara perwakilan yang berada di luar dewan ketika mesyuarat di jalankan....di cofee house...gerai2 malah yang lebih buruk lagi berpeleseran di shopping complek berhampiran PWTC...Dengan pakaian rasmi dan tanda nama yang dipakai,tanpa segan silu mereka ini melepak di sana sini...Inikah dia perwakilan yang kita harapkan dapat menyumbang sesuatu....?Tiada apa yang dapat mereka sumbangkan melainkan memalukan UMNO sahaja...kerana gelagat mereka ini sudah tentu diperhatikan oleh bangsa-bangsa lain.

Rasanya kemenangan besar UMNO/BN dalam PRK BAGAN PINANG masih lagi segar...Sudah tentu ianya bakal menjadi pemangkin kepada seluruh jentera parti dalam usaha menarik semula sokongan masyarakat terhadap parti kita...Kepada para pemimpin dan jawatankuasa disetiap peringkat,diharapkan terus berusaha dan proaktif dalam usaha mendekati pengundi dan ahli dengan pendekatan mesra rakyat sesuai dengan slogan RAKYAT DIUTAMAKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN...
Mari kita bersama-sama merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian dan menepati kehendak rakyat...tidak perlu program mega/megah....asalkan rakyat benar-benar merasa akan kehadiran kita dan mereka juga merasa yang mereka ini adalah sebahagian dari kita...Jangan hanya menunggu VVIP ada di kawasan,barulah berlumba-lumba kita menunjuk muka....rakyat sudah muak dengan semua ini...mereka mahukan agar kita sentiasa turun padang.....bukan hanya pada waktu dan keadaan yang tertentu sahaja...

MARI BERSAMA LAKSANAKAN PERUBAHAN....

Tuesday, October 6, 2009

PERASMIAN BANGUNAN BARU..RM250.000







Sesungguhnya pihak kerajaan sememangnya amat mengambil berat dan prihatin atas keselesaan pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan terutamanya yang melibatkan pelajaran agama..
Sehubungan dengan itu dengan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah terbina blok tambahan kelas KAFA di Felda Keratong 7...Majlis perasmian bangunan baru tersebut telah di sempurnakan oleh YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab.Aziz ,EXCO Kerajaan Negeri Pahang yang juga ADUN Bukit Ibam..

Majlis perasmian tersebut juga telah dimeriahkan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar kelas KAFA tersebut...Dalam ucapan aluan,Guru Besar Kelas KAFA telah melahirkan rasa kesyukuran atas keprihatinan kerajaan terhadap keperluan prasarana pembelajaran anak-anak dan berharap lebih banyak peruntukan akan daapat disalurkan oleh kerajaan.

Bersempena dengan majlis tersebut juga telah diadakan jamuan Hari Raya oleh pengurusan rancangan Keratong 7 dan JKKR serta badan-badan gabungannya..

Pada sebelah paginya juga telah diadakan acara sukan rakyat yang bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesaama anggota masyarakat...

ILMU DUNIA DAN AKHIRAT DIKEJAR SEIRING..



Thursday, October 1, 2009

TERASA SEJUK JE KEBELAKANGAN INI.........

Jangan tersilap tafsir atas tajuk yang saya pilih kali ini...Bukan SEJUK cuaca sebab hari nak hujan...bukan juga sudah hilang kehangatan suasana hari raya...TAPI sejuk yang aku maksudkan adalah kurangnya program parti sejak akhir-akhir ini...bermula dengan ketibaan Ramadhan lagi kuperhatikan agak kurang aktiviti yang dijalankan berbanding dengan tahun-tahun yang lalu...tiada lagi program berbuka puasa yang diatur...tiada lagi program bubur lambuk...Entahlah...Aku amat merindui suasana seperti ini,itupun kalau ada kelapangan masa,,,

Seharusnya comitee perlu bertindak dan berfikir dengan lebih proaktif...Dalam kesibukan para pemimpin dengan tugas dan tanggungjawab yang lebih besar dan penting sepatutnya sebagai comitee perlu ke depan dan dapat bergerak sendiri tanpa perlu menanti kelapangan masa para pemimpin...Yang penting apa yang bakal dilaksanakan itu perlu dilaporkan terlebih dahulu dan mendapat restu...

Fenomena ini bukan saja melibatkan program-program seperti yang dinyatakan tadi...tapi mencakupi semua aspek...kemasyarakatan dan politik..Para pemimpin tak kira yang senior atau junior sewajarnya dapat memikirkan dan menyiapkan diri sebaik-baik sahaja dpilih atau dilantik sebagai comitee..

Sudah sampai masa dan ketika mereka ini menunjukkan kebolehan dalam melaksanakan tugas secara mandiri dan tidak hanya bergerak apabila ada pemimpin...Faktor inilah yang menyebabkan parti kelihatan layu dan suram kerana pihak yang sepatutnya cergas dalam tugas hanya bertindak sebagai pengikut sama seperti ahli biasa yang lain..

Belum lagi ditanyakan berapa banyak borang keahlian yang berjaya diisikan....berapa banyak pengundi muda/baru yang berjaya didaftarkan...

Ayuh kita bangkit daripada ruang selesa ini dan bergerak bersama demi memenangi hati masyarakat...Rasanya sudah tidak mampu melihat kesuraman kita dalam mendekati pengundi dan masyarakat.Biarlah masyarakat merasai akan kewujudan kita...Jangan sampai bila dah terantuk nanti baru terngadah...buruk padahnya...

Artikel ini tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak...hanya lahir dari pemerhatian dan pemantauan penulis semata-mata..ATAS SEMANGAT SAYANGKAN PARTI SEBAGAI WADAH PERJUANGAN.

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009