



Di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini sudah banyak nyawa yang melayang akibat kecelakaan jalan raya.Ini meninggalkan kesan trauma bagi pihak keluarga lebih-lebih lagi dengan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi..
Terbaharu seorang pemuda,anak kelahiran Keratong 3 telah meninggal dunia akibat mangsa langgar lari..Mangsa yang baru sahaja selesai bekerja di sebuah kedai makan di Perantau Damai dalam perjalanan pulang ke rumah apabila dilanggar oleh sebuah kenderaan yang kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian..
Pengajaran yang kita dapati daripada beberapa kejadian sebelum ini adalah sikap berhati-hati dijalanraya..Jangan sesekali kita jadikan jalanraya sebagai medan untuk melepas perasaan dan kesan daripada itu bukannya kecil kerana ianya bakal menjadi memori pahit bagi diri sendiri mahupun keluarga tersayang.
Mari bersama kita amalkan sikap berhemah dan bertimbangrasa semasa berada dijalan raya kerana fenomena berlumba dijalanraya ini seakan menjadi kebiasaan yang membarah dalam masyarakat muda damn pengguna jalanraya yang masih jauh perjalanan hidupnya..
BERINGAT SEBELUM TERLEWAT