.jpg)
.jpg)
.jpg)
Apa yang ada adalah satu sesi jualan buku yang merangkumi buku rujukan,novel dan peralatan alat tulis yang dijual dengan potongan harga yang sangat menarik...
Kelihatan ramai pengunjung yang terdiri daripada ibubapa dan para pelajar datang untuk membeli buku-buku...
Program yang julung kali diadakan itu ternyata merupakan sesuatu yang amat baik kerana dapat menyemai budaya membaca selain menyediakan jualan dengan diskaun yang menarik...
Apa yang diharapkan pada masa akan datang sekiranya ada program besar disekitar Keratong ini,acara Bazar Baca ini sewajarnya menjadi sebahagian daripada agenda.
Sekalung tahniah kepada penganjur yang begitu proaktif dalam usaha melahirkan masyarakat suka membaca dan menambah ilmu pengetahuan kerana kita sudah sering dihidangkan dengan pelbagai ekspo yang ternyata tidak menyumbang kepada pembinaan masyarakat berilmu..
BUKU GEDUNG PENGETAHUAN