.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Pepatah mengatakan bahawa 'Kalau ingin melentur buluh,biarlah dari rebungnya..Proses membina jiwa dan rohani nin memang perlu dimulakan sejak awal lagi agar generasi muda ini mempunyai kekuatan dan jati diri yang mantap dan dapat melalui kehidupan penuh cubaan di masa mendatang...
Justeru,Program Ikhtifal Sekolah-sekolah Agama Rakyat/KAFA Daerah Rompin telah diadakan dengan jayanya bertempat di Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 7 baru-baru ini..Penyertaan yang amat mengalakan dengan persiapan yang rapi oleh setiap sekolah yang mengambil nahagian menggambarkan kesungguhan murid-murid dan tenaga pengajar untuk memberika yang terbaik...
Antara acara yang dijalankan adalah seperti tilawah,syarahan dalam bahasa arab,rawi/marhaban,hafazan,khat,pertandingan azan dan nasyid...Kebanyakan peserta telah menunjukkan mutu persembahan yang boleh dibanggakan...
YB.Dato'Mohamad Sahfri,EXCO Kerajaan Negeri Pahang telah bersama-sama hadir ke majlis ini.Beliau telah meninjau ke lokasi-lokasi pertandingan untuk melihat sendiri kehebatan anak=anak pelajar mempamerkan kebolehan masing-masing bagi acara yang disertai..
Adalah amat diharapkan perhatian yang lebih serius dapat diberikan lepada Sekolah SAR/KAFA ini terutama dari segi prasarana dan kemudahan peralatan pendidikan,serta kebajikan pendidik agar proses pembinaan jiwa dan rohani pelajar dapat dijalankan dengan lebih berkesan...
BINA JIWA SUUBURKAN ROHANI..