.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Hari ini bersama rakan bikers telah bertandang ke Muadzam Shah untuk memenuhi undangan Dato'Haji Mokhtar dan Datin Hajjah Shamsiah ke majlis perkahwinan anakandanya.Bertolak dari Keratong dan menuju ke destinasi dan berkumpul dicheckpoint depan stesen minyak Pertonas Muadzan menantikan kehadiran rakan Jempol Bikers,Segamat Bikers dan Rompin Bikers...
Apabila semuanya telah sampai konvoi telah bergerak ke Pinggir Pelangi...Suasana diMuadzam di gegarkan oleh deruman enjin berkuasa tinggi..
Kehadiran konvoi telah disambut mesra oleh Tuan rumah..dan dijamu dengan juadah istimewa..Sambil makan ...berkenal mesra dengan rakan-rakan bikers yang lain...Memang amat menggembirakan kerana dapat bertukar-tukar pandangan dan cerita...
Walaupun ada yang beranggapan negatif terhadap aktiviti ini namun disebalik konvoi seperti inilah perancangan diatur untuk melakukan pelbagai aktiiviti kemasyarakatan secara bersama...Disini kami ketepikan segala pangkat,kedudukan dan jawatan yang ada dan semuanya terasa begitu dekat dan penuh kemesraan...
Moga selepas ini apa yang dirancang tanpa kertas kerja yang tebal ini akan dapat diterjemahkan ke arah membuang persepsi negatif terhadap peminat motosikal berkuasa tinggi ini.
BUKAN SEKADAR KONVOI