SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Monday, December 31, 2012

GELOMBANG INFO MAYA..1FELDA TWEETUP..SEKADAR PANDANGAN..

Menyedari letusan gelombang informasi melalui media maya ternyata tidak mampu untuk kita terkebelakang,maka sesuatu gerakan perdana wajar segera diatur bagi mengimbangi kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab daripada terus menabur dakyah kepada masyarakat khususnya masyarakat FELDA.Benar,dalam era teknologi ini,keadaan seumpama ini memang tidak dapat dihalang dengan dasar langit terbuka dan maklumat dihujung jari.Pihak pengurusan FELDA terutamanya SERANTA felda wajar menjadi pengerak dalam program yang dicadangkan ini iaitu mewujud UNIT MEDIA SIBER secara lebih tersusun dan terancang.Berdasarkan pengalaman menyertai beberapa program yang bersangkutpaut dengan penyebaran maklumat melalui dunia siber ini rasanya FELDA sudah pasti mempunyai kekuatan dan kelebihan untuk merealisasikan cadangan ini.Ternyata terlalu banyak manfaat bakal diperoleh andai pengiat media siber ini dikumpul dan dibentuk secara terancang dan percayalah segala dakyah pihak lawan akan dapat kita tentang dan tangani secara berkesan.Umum mengetahui pihak lawan ternyata mengambil kesempatan atas kelekaan kita untuk menyerang dari segenap penjuru.Rasanya jika ini menjadi realiti program seakan "tweetup"warga FELDA akan dapat membuahkan hasil yang baik.BIAR TERLEWAT ASAL JANGAN TIADA LANGSUNG.

Friday, July 20, 2012

SUKANEKA SEMPENA HARI PENEROKA...MBFM KERATONG 1...

Bersempena dengan sambutan Hari Peneroka 2012,pelbagai acara telah diadakan.Begitu juga dengan Persatuan Belia MBFM Keratong 1.Merayakan sambutan dengan pelbagai aktiviti,antaranya,pertandingan futsal,sukaneka,penyampaian anugerah kepada Tokoh Peneroka ,landskap rumah terbaik serta ceramah agama dan qiamulail.Sambutan yang diberikan oleh para belia amat membersangsangkan.Majlis penyampaian hadiah turut diserikan dengan kehadiran YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Semoga barisan kepimpinan MBFM Keratong 1 ini akan lebih proaktif dalam merencana aktiviti dan program agar anak-anak muda kita mendapat mengisian yang baik melalui persatuan..BELIA PEMBINA NEGARA BANGSA..

Monday, March 26, 2012

PENGAGIHAN HADIAH BEG SEKOLAH...YAYASAN PAHANG...

Berita gembira buat golongan pelajar terpilih di sekitar DUN Bukit Ibam apabila dihadiahkan beg sekolah oleh Yayasan Pahang(YP).Sebanyak 400 buah beg telah diagihkan di majlis yang berlangsung di Dewan SMK Bantura..Acara turut disertai oleh YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Yayasan Pahang sememangnya telah lama berbakti kepada warga pelajar di negeri Pahang ini dengan memberikan pelbagai bantuan,menjalankan pelbagai program peningkatan akademik serta pemberian biasiswa kepada pelajar sekolah rendah,menengah sehingga kepada yang belajar di menara gading.YB ADUN dalam ucapannya menasihatkan para pelajar agar belajar bersungguh-sunguh demi masa depan yang cerah serta memberikan suntikan semangat kepada para pendidik agar terus memberikan komitmen tinggi ke arah melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.ORANG MEMBERI KITA MERASA....

Saturday, February 4, 2012

BR1M..BUKTI RAKYAT DIDAHULUKAN.....

Program 'Touch-point'sebagaimana yang telah diumumkan oleh kerajaan iaitu BR1M di mana rakyat yang berkelayakan akan diberikan bantuan RM500 telahpun berjaya dinikmati oleh lebih 1700 penerima untuk fasa yang pertama ini bagi DUN Bukit Ibam.Dalam keadaan cuaca hujan seharian program ini telah selamat diadakan bertempat di Dewan Orang Ramai BTAR..Terimakasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pengagihan baucer ini terutamanya jabatan yang terlibat,PDRM,JPAM,RELA serta urusetia dan pemimpin masyarakat yang turut sama turun padang dalam memastikan segala urusan pembayaran berjalan lancar.Terbayang wajah kesyukuran sambil mengucapkan terimakasih kepada pihak kerajaan yang telah mengotakan janji bahawa kebajikan rakyat akan menjadi keutamaan dan terbukti bukan omongan kosong...BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH....

Sunday, January 22, 2012

"KEGILAAN BARU"...JOM KAYUH BERSAMA....

Aktiviti berbasikal seakan sudah menjadi satu fenomena di merata kawasan..Keratong juga tidak ketinggalan.Hampir setiap petang kelihatan anak muda berbasikal di sana-sini.Tidak mengira samada MTB mahupun fixie..BTARCC(Bandar Tun Razak Cycling Comunity)telah mengambil inisiatif menganjurkan satu program yang diberi nama BTARCC Fun Nite Ride iaitu kayuhan santai malam mengelilingi Gugusan Keratong sejauh lebih 25 km.Sambutan amat menggalakkan apabila penyertaan seramai 120 peserta berjaya didaftarkan.Bagi pihak NTARCC ingin mengucapkan terimakasih kepada semua khususnya JPJ,PDRM,JPAM dan Pejabat ADUN Bukit Ibam yang telah memberikan komitmen baik sehingga program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Semoga selepas ini acara sebegini akan terus diadakan kerana selain melahirkan masyarakat sihat juga menjadikan masa yang terluang dapat diisikan dengan bermanfaat..KAYUH,PELUH,SIHAT..

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009