.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Trend yang saya maksudkan adalah sukan berbasikal,salah satu cabang sukan lasak...Berbanding dengan sukan ekstrem yang lain,sukan ini dapat diikuti oleh segenap golongan,tak kira tua,muda,lelaki mahupun wanita.
Baru-baru ini penulis telah berkesempatan mengikuti kayuh riadah berbasikal bermula dari Muadzam Shah menuju ke Bukit Ibam..Kelihatan anak-anak,yang tuamuda begitu bersemangat
meneruskan kayuhan dengan diiringi oleh beberapa marshall dan konvoi pacuan empat roda sebagai backup..
Menurut Saudara Yusmizan,yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Rompin,kegiatan seumpama ini dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dan merupakan aktiviti santai waktu petang dan hujung minggu..Beliau juga berkata keanggotaan team ini
adalah terbuka dan tidak memerlukan sebarang syarat tertentu asalkan mempunyai basikal dan sedikit kelengkapan seperti topi keledar dan sarung tangan...
Penulis juga berharap aktiviti seumpama ini dapat diadakan di Keratong memandangkan pada pemerhatian penulis sudah ada rakan yang telah melakukan kegiatan ini dan tidak ada salahnya kalau ditambahramaikan penggiatnya,ke arah melahirkan masyarakat yang sihat dan mempunyai ketahanan diri dan mental dalam mengharungi kehidupan....
MENTAL SIHAT FIZIKAL MANTAP...
