Saturday, November 26, 2011
KEBAJIKAN RAKYAT DIUTAMAKAN..TAHNIAH KERAJAAN..
Bencana yang melanda bukan dapat dihalang kerana ianya adalah fenomena alam yang telah tersurat.Kiranya keadaan ini berlaku,maka mangsa tentunya menghadapi kesukaran yang bukan sedikit dan perlukan perhatian untuk meringankan bebanan yang ditanggung.Kejadian ribut yang melanda sebilangan penduduk di BTAR tempohari telah mendapat perhadian daripada kerajaan negeri Pahang melalui YB ADUN Bukit Ibam,iaitu YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz.Penyampaian bantuan tersebut talah dilakukan di Wisma JKKR Keratong 1 sebaik sahaja mesyuarat Tindakan Banjir selesai diadakan.Turut sama adalah Tuan Penolong Pegawai Daerah dan TOK 4 Bandar Tun Abd Razak iaitu Tn.Syed Basir Syed Bakar.Rata-rata penerima melahirkan rasa bersyukur atas sumbangan ini dan berterima kasih pada kerajaan yang begitu prihatin.Ternyata slogan Rakyat Didahulukan bukanlah hanya omongan kosong.BERAT SAMA DIPIKUL..
Monday, November 21, 2011
BANTUAN KERAJAAN KEPADA PELAJAR..TERIMA KASIH
Sebagaimana yang sedia maklum,kerajaan telah mengumumkan bantuan kepada setiap pelajar sebanyak RM100.Tujuannya adalah umtuk meringankan bebanan penjaga dalam persiapan persekolahan anak-anak pada tahun hadapan.Pihak sekolah/PIBG adalah dilarang samasekali memotong wang tersebut untuk apa jua tujuan.Namun penjaga juga harus ingat bahawa mereka juga terikat dengan larangan tersebut.Semuanya adalah untuk keperluan pelajar.Bagi pihak rakyat marhaen ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan yang begitu prihatin akan bebanan dan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung oleh ibubapa penjaga murid.Terima kasih daun keladi..
Saturday, November 5, 2011
PRASARANA UNTUK RAKYAT..MOGA DIMANFAATKAN...
Sepertimana yang kita sedia maklum,perkhidmatan bas amat penting di kawasan Keratong dan sekitarnya walaupun hampir setiap isi rumah sudah mampu memiliki paling kurang sebuah kereta untuk kegunaan harian.Perkhidmatan bas kini tertumpu di Depo Mara Liner yang sedikit sebanyak tidak memberikan keselesaan kepada pengguna dari segi tempat menunggu,kaunter tiket,tandas dan sebagainya.Dengan terbinanya terminal baru ini diharapkan akan dapat menjadi satu kemudahan yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat sekitar.Satu lagi pembangunan yang sedang rancak adalah pembinaan deretan kedai yang akan menggantikan pasar awan yang terletak ditengah kawasan bandar BTAR.Lokasi dan kedai baru ini diharapkan akan dapat memberikan keselesaan kepada para penduduk selain mengurangkan bau-bauan yang kurang menyenangkan di pasar awam yang sedia ada ini.BUKAN SEKADAR MENDIRI BANGUNAN...
Subscribe to:
Posts (Atom)