SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Thursday, April 29, 2010

MEMAHAMI JIWA MUDA....DALAM KEADAAN TERKAWAL...


Setelah perancangan dan muafakat diatur,konvoi yang direncanakan pun mengambil tempat.Konvoi Keratong ....PD...ini disertai kurang lebih 100 buah motorsikal..Perseta konvoi ini terdiri daripada belia2 Keratong sehingga ke Perantau Damai....

Apa yang menarik pada konvoi kali ini adalah penglibatan secara menyeluruh,maksudnya para belia daripada seluruh Keratong dapat bersama menyertai projek yang diselia oleh urusetia Keratong 1.....

Dari sudut keupayaan mengurus pula...kebolehan Urusetia berjumpa pihak2 berkenaan seperti pihak polis untuk mendapatkan sokongan dan maklumat juga boleh dibanggakan...Konvoi ini juga telah melatih golongan muda untuk memahami aspek keselamatan jalanraya disamping mengekang gejala rempit yang dikata semakin membimbangkan..

YB.Dato'Mohamad Sahfri Ab.Aziz telah membuat pelepasan konvoi di samping menyerahkan sedikit sumbangan...Dalam ucapannya beliau amat berharap agar para peserta dapat mematuhi peraturan trafik dan mengikuti arahan marshall yang telah ditugaskan...

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para peserta dan URUSETIA terutamanya yang telah bekerja keras merancang dan menjayakan program dan berharap akan ada program susulan kearah melahirkan penunggang yang berhemah...
Semoga dengan mendekati golongan ini akan dapat mencegah dan mengurang gejala negatif melalui pendidikan secara tidak formal ini..dan semoga segalanya berjalan lancar..

SELAMI JIWA DEKATI BELIA

Saturday, April 24, 2010

SEMANGAT...........BAWALAH PULANG....



Sewaktu artikel ini ditulis,sudah pasti suasana di Hulu Selangor sedang hangat membara...dengan semangat puluhan ribu orang politik yang berduyun-duyun ke sana samada sebagai pemerhati mahupun terlibat secara langsung...Semua topik perbualan sudah pasti menjurus kepada strategi dan kaedah untuk memenangi pilihanraya dan mendekati pengundi...

Namun ...apa yang ingin diutarakan pada post kali ini bukanlah secara total menjurus pada pilihanraya tersebut tetapi mengimbas kembali sikap dan pemerhatian penulis terhadap yang lebih penting iaitu adakah semangat dan kerja keras tersebut sudah diadaptasi atau dilaksana di kawasan masing-masing...

Apa yang menjadi persoalan disini adalah sekiranya kita boleh memberi sejuta tumpuan...memerah peluh keringat,meluang masa dan wang ringgit...adakah perkara yang sama kita lakukan di kawasan sendiri...Sudakah segala perancangan yang di atur terlaksana...adakah setiap resolusi yang dibentang dikaji dan diambil tindakan;;

Kita memang tidak mahu dan dikatakan lebih mengutamakan kawasan lain berbanding ditempat sendiri..Amatlah diharapkan agar lebih banyak program diatur terutama yang melibatkan PROGRAM JUARA RAKYAT....

Jadikan segala pengalaman yang diperoleh semasa sibuk berkempen di Hulu Selangor sebagai pengajaran agar kita tidak terus berada jauh di hati pengundi dan bakal menimbulkan masalah besar dalam pilihanraya umum akan datang..

Sesungguhnya masih banyak yang perlu kita lakukan agar kehadiran kita di kawasan dirasai oleh para pengundi di kawasan kita...Ayuh...pulang sahaja kita...laksanakan kah program yang telah dirancang..dekati ahli dan masyarakat....Insyaalah kita akan mendapat kejayaan yang lebih besar...

DEKATI RAKYAT MENANGI HATI..

Saturday, April 17, 2010

MEMENUHI UNDANGAN...PERTEMUAN 3 NEGERI....


Hari ini bersama rakan bikers telah bertandang ke Muadzam Shah untuk memenuhi undangan Dato'Haji Mokhtar dan Datin Hajjah Shamsiah ke majlis perkahwinan anakandanya.Bertolak dari Keratong dan menuju ke destinasi dan berkumpul dicheckpoint depan stesen minyak Pertonas Muadzan menantikan kehadiran rakan Jempol Bikers,Segamat Bikers dan Rompin Bikers...

Apabila semuanya telah sampai konvoi telah bergerak ke Pinggir Pelangi...Suasana diMuadzam di gegarkan oleh deruman enjin berkuasa tinggi..

Kehadiran konvoi telah disambut mesra oleh Tuan rumah..dan dijamu dengan juadah istimewa..Sambil makan ...berkenal mesra dengan rakan-rakan bikers yang lain...Memang amat menggembirakan kerana dapat bertukar-tukar pandangan dan cerita...

Walaupun ada yang beranggapan negatif terhadap aktiviti ini namun disebalik konvoi seperti inilah perancangan diatur untuk melakukan pelbagai aktiiviti kemasyarakatan secara bersama...Disini kami ketepikan segala pangkat,kedudukan dan jawatan yang ada dan semuanya terasa begitu dekat dan penuh kemesraan...

Moga selepas ini apa yang dirancang tanpa kertas kerja yang tebal ini akan dapat diterjemahkan ke arah membuang persepsi negatif terhadap peminat motosikal berkuasa tinggi ini.

BUKAN SEKADAR KONVOI

Thursday, April 15, 2010

SECAWAN TEH BERSAMA BELIA....


Bersempena dengan program yang dianjurkan oleh FELDA Wilayah Kuantan di Gugusan Keratong..maka satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia telah diadakan..Pertemuan secara santai dan informal ini telah diadakan di Balai Raya Felda Keratong 5..Hadir sama di majlis ini adalah Pengarah Besar Wilayah Kuantan,Pegawai Penyelaras Belia Wilayah Kuantan,Pengurus-pengurus Rancangan dan Pengerusi=pengerusi Belia Gugusan Keratong...

Dalam pertemuan ini banyak perkara yang telah disuarakan oleh kepimpinan Belia yang mendapat perhatian segara daripada pihak pengurusan FELDA..

Antara permasalahan yang diutarakan termasuklah perumahan generasi kedua yang tidak mampu membeli rumah melalui PWF,SIUF,Lot-lot kosong di kawasan rancangan serta peluang ekonomi samada kontrak-kontrak kecil yang boleh dimanfaat oleh belia dan sebagainya..
Sesungguhnya pertemuan seperti ini amat berkesan dalam menyalur info dan penyelesaian masalah bagi mengelak generasi felda daripada mendapat info yang kurang tepat daripada pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersendiri...

Seharusnya pertemuan seperti ini dilakukan secara berkala dan menyeluruh agar apa juga perkembangan,permasalahan dapat diselesaikan dengan segera dan mengikut saluran yang betul dan tidak di eksploitasi oleh pihak ketiga...

MUAFAKAT SELESAI MASALAH

Monday, April 12, 2010

"BAZAR BACA.....KE ARAH MASYARAKAT BERILMU....

Pagi minggu yang lalu,semasa penulis melilau di Bandar Tun Razak ,tiba2 terpandang satu banner tentang Bazar Baca tersebut yang di adakan di Dewan SEMEKAR..Ianya mengamit penulis untuk melihat apakah sebenarnya program tersebut.

Apa yang ada adalah satu sesi jualan buku yang merangkumi buku rujukan,novel dan peralatan alat tulis yang dijual dengan potongan harga yang sangat menarik...

Kelihatan ramai pengunjung yang terdiri daripada ibubapa dan para pelajar datang untuk membeli buku-buku...
Program yang julung kali diadakan itu ternyata merupakan sesuatu yang amat baik kerana dapat menyemai budaya membaca selain menyediakan jualan dengan diskaun yang menarik...

Apa yang diharapkan pada masa akan datang sekiranya ada program besar disekitar Keratong ini,acara Bazar Baca ini sewajarnya menjadi sebahagian daripada agenda.

Sekalung tahniah kepada penganjur yang begitu proaktif dalam usaha melahirkan masyarakat suka membaca dan menambah ilmu pengetahuan kerana kita sudah sering dihidangkan dengan pelbagai ekspo yang ternyata tidak menyumbang kepada pembinaan masyarakat berilmu..

BUKU GEDUNG PENGETAHUAN

Sunday, April 11, 2010

KONVOI DISKUSI KEPIMPINAN BELIA FELDA...


Sebaik mendapat informasi tentang ride ke Melaka,maka perbincangan tidak rasmi pun diatur bagi memaklumkan kepada rakan-rakan bikers tentang program tersebut...Sebenarnya konvoi kali ini adalah untuk mengiringi Timbalan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia(MBFM)iaitu YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz...

Sepanjang perjalanan dari Keratong KeMelaka,terpaksa berhenti di Gemencheh kerana salah sebuah jentera mengalami masalah kecil dan membasahkan tekak dan mengisi perut..Alhamdulilah kerosakan tersebut dapat diatasi dan konvoi meneruskan perjalanan..
Antara pengisian program Retreat Kepimpinan MBFM tersebut adalah Bengkel Pelan Strategik MBFM bersama Dato' Dzulkifli Wahab,Pengarah Besar FELDA,Diskusi Kepimpinan bersama Dato'Sahlan,SUPOL YAB Perdana Menteri.dan Makan Malam bersama Ketua Menteri Melaka..

Apa yang diharapkan adalah melalui program ini akan dapat membuahkan halatuju yang baik demi memajukan dan memartabatkan generasi FELDA dan MBFM itu sendiri khususnya...
Sebagai generasi FELDA,sudah tentu pengharapan yang begitu tinggi disandarkan pada MBFM agar lebih proaktif dalam mendepani sebarang permasalahan yang melibatkan generasi muda FELDA dan menangkis dakyah dan tohmahan yang sekarang ini hebat dilakukan oleh pihak-pihak yang berkepentingan...

Seronok juga apabila kami berkesempatan berbual ringkas dengan Presiden MBFM iaitu Saudara Anuar Manap..Semoga barisan kepimpinan beliau akan dapat memikul tugas dan amanah dengan berkesan dengan sokongan semua pihak...

BELIA PEMBELA NEGARA

Sunday, April 4, 2010

MELENTUR BULUH.....BAKAL GENERASI CEMERLANG...


Pepatah mengatakan kalau kita ingin melihat kepimpinan negara akan datang.....lihatlah generasi hari ini....Oleh yang demikian...kepentingan pendidikan awal kanak-kanak adalah merupakan kemestian dan harus diberikan penekanan...terutamanya oleh ibubapa dan masyarakat secara keseluruhannya...

Berkaitan dengan itu maka Hari Potensi bagi kanak-kanak Tabika Kemas peringkat DUN Bukit Ibam telah diadakan dengan meriahnya di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak..Kedatangan para penjaga yang kebanyakannya golongan muda memberikan petunjuk bahawa mereka ini mementingkan pendidikan anak-anak demi masa depan yang cemerlang..

Antara acara yang dijalankan termasukkah pertandingan pidato,bercerita dalam Bahasa Inggeris,nasyid,tarian tradisional,boneka dan teater...Maing-masing telah menunjukkan bakat istimewa dengan bantuan jurulatih .....

Kehadiran YB Dato'Haji Mohamad Sahfri,ADUN Bukit Ibam merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang untuk acara perasmian penutup menambah meriah majlis tersebut..Beliau dalam ucapannya mengingatkan para ibubapa agar memberikan perhatian serius terhadap pendidikan anak-anak agar mereka mempunyai kekuatan untuk mengharungi kehidupan masa hadapan yang semakin mencabar...
UTAMAKAN PENDIDIKAN GENERASI HADAPAN.
Bookmark and Share

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009