SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Sunday, August 30, 2009

SELAMAT BERTOLAK DAN MENJALANKAN TUGAS….


Pelantikan TYT Dato’Seri Jamaludin Jarjis selaku Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat sesungguhnya adalah merupakan satu penghormatan dan kebanggaan kami warga Rompin khususnya …

Bersempena dengan itu satu majlis jamuan kesyukuran telah di adakan di Pan Pasifik Hotel KLIA sebelum DSJJ berlepas ke Amerika Syarikat…
Turut hadir ke majlis tersebut adalah kesemua ADUN di parlimen Rompin,AJK Bahagian,pemuda ,wanita dan puteri UMNO Bahagian..Tetamu-tetamu jemputan yang terdiri daripada kenalan,sahabat karib DSJJ juga hadir dalam majlis tersebut.Bacaan doa sebagai tanda kesyukuran telah dipimpin oleh YB Kapten(B)Johari Hussin.


Bagi pihak warga Rompin,khasnya UMNO Bahagian Rompin,kami mendoakan agar DSJJ akan dapat menjalankan tugas dan amanah yang telah diberi dengan penuh tanggungjawab demi Negara yang tercinta…
KAMI AKAN SENTIASA membantu DSJJ dalam menguruskan perjalanan politik di Rompin,akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan seperti biasa …Segala permasalahan warga Rompin insyaallah akan diselesaikan sebaik mungkin oleh ADUN-ADUN dalam Parlimen ROMPIN….


KESEJAHTERAAN RAKYAT TANGGUNJAWAB BERSAMA..

Friday, August 28, 2009

ASTRO……MEMANG MACAM-MACAM ADA…….


Sekarang ini boleh dikatakan dikebanyakan rumah diMalaysia melanggan system televisyen berbayar…Walaupun kerajaan ada menawarkan siaran televisyen secara percuma tetapi atas dasar ingin mendapatkan variasi tontonan dan mutu siaran yang kononnya lebih jelas maka rakyat sanggup memperuntukkan sedikit wang bagi melanggan perkhidmatan ASTRO ini…

Namun……apabila ASTRO mula menaikkan bayaran….dalam pakej sukan…sudah tentu ia membebankan pengguna terutamanya yang berpendapatan rendah……rakyat di kawasan kampong/pedalaman..
ASTRO sekarang ini seakan sesuka hati menaikan bayaran…tak salah kalau dikatakan inilah kesan kalau sesesuah syarikat pengendali dibiarkan memonopoli perkhidmatan televisyen berbayar ini tanpa ada saingan pihak lain..Pelik dan hairan…kalau dalam bidang telekomunikasi,kita ada CELCOM,MAXIS dan DIGI tetapi tidak adakah syarikat lain yang berupaya menawarkan perkhidmatan seperti ASTRO ini…

Pihak-pihak yang berwajib…persatuan-persatuan pengguna dan NGO-NGO yang sering memperjuangkan hak pengguna semestinya mendesak agar kenaikan bayaran pakej sukan ini ditarikbalik…Walaupun kenaikan ini dikatakan sedikit pada yang pendapatannya besar tapi bagi kami ia amatlah membebankan…Anak-anak tetap mahukan pakej sukan ini walaupun ibubapa ternyata berat untuk terus melanggan…Apakah ini bersesuaian dengan slogan ‘MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..

Kalau susah-susah …kerajaan benarkan sahaja penggunaan satelit parabola…kerana walaupun penggunaannya diharamkan namun ternyata ramai yang memilikinya secara diam-diam…..tanpa perlu memikirkan bayaran bulanan…..

KECIL ITU BESAR BAGI WARGA BIASA….

Tuesday, August 25, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA KDYTM TENGKU MAHKOTA PAHANG BERSAMA PENDUDUK DUN BUKIT IBAM…

Majlis berbuka puasa tersebut telah diadakan di Masjid Al-Nahdhah,Bukit Ibam..KDYTM Tengku Mahkota Pahang telah berangkat bagi barsama-sama rakyat jelata berbuka puasa sempena Ramadhan Al Mubarak..

Majlis yang dimulakan dengan Tadarus Al Quran oleh qari dan qariah yang dijemput khas dari seluruh DUN Bukit Ibam..Ceramah sempena Ramadhan juga telah disampaikan oleh penceramah jemputan.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa KDYTM Tengku Mahkota Pahang telah berkenan untuk menyampaikan sumbangan kepada warga susah dan duit raya kepada kanak-kanak..

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah TYT Dato’ Seri Jamaludin Jarjis,Ahli Parlimen Rompin,merangkap Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat,Dato’Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam yang juga EXCO Kerajaan Negeri Pahang,Dato’Maznah Mazlan,ADUN Muadzam Shah, merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia dan YB Kapt (B) Johari Hussin ADUN Tioman..dan para tetamu jemputan yang lain..

Bagi pihak warga DUN Bukit Ibam ,setinggi-tinggi penghargaan dan ucapkan kepada KDYTM Tengku Mahkota Pahang Darul Makmur yang telah mencemar Duli ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di DUN Bukit Ibam ini..


ISTANA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA..

Monday, August 24, 2009

BAZAR RAMADHAN…ANTARA KEUNTUNGAN DAN TANGGUNGJAWAB…




Ramadhan datang lagi…Dari segi ekonomi maknanya banyak bazar Ramadhan bagai cendawan tumbuh selepas hujan…Ramai yang mengambil peluang untuk cuba-cuba meniaga untuk mencari duit raya…

Namun apa yang aku ingin perkatakan di sini adalah berkaitan dengan SIKAP NEGATIF SEGELINTIR PENIAGA di bazaar Ramadhan yang sempat ku perhatikan…..
Walaupun Kementerian Kesihatan telah mengarahkan agar peniaga ini menitikberatkan soal kebersihalebih-lebih dalam kita menghadapi wabak selsema H1N1..Peniaga di kawasan ku ini rata-rata ingkar dan tidak mengikuti arahan tersebut…

1. Tidak memakai penutup mulut(mask)
2. Tidak memakai sarung tangan…dengan selamba mengambil makanan yang diminta oleh pelanggan dengan tangan yang diragui tahap kebersihannya..
3. Tidak memakai penutup kepala…lebih2 lagi peniaga wanita yang tidak memakai tudung…
4. Makanan tidak ditutup dengan sempurna/atau langsung tidak bertutup..Lalat didapati hinggap pada makanan dan dibimbangi boleh mencemar makanan dan menyebab berlakunya pencemaran makanan..
5. Bagi penjual minuman pula,air yang digunakan dibimbangi tidak dimasak terlebih dahulu…penyakit selsema mudah menyerang..
6. Membiarkan anak-anak kecil berada dipremis jualan…menyentuh/memegang jualan dengan tangan yang tidak bersih…maklumlah anak-anak.

Diharapkan para peniaga ini akan lebih mengutamakan kebersihan diri,premis jualan dan makanan yang dijual bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripadanya.

Pihak berkuasa tempatan juga seharusnya lebih tegas dalam menangani masalah ini..Kita tidak boleh memandang ringan akan masalah ini kerana wabak penyakit akan lebih mudah merebak di persekitaran yang tidak bersih..

KEBERSIHAN SEPARUH DARIPADA IMAN….

Friday, August 21, 2009

H1N1…SELSEMA BABI…MANA TANGGUNGJAWAB SOSIAL…


Wabak selsema babi(Inflezua A H1N1) yang melanda Negara sekarang ini telah mengorbankan hampir 100 nyawa…tak lama lagi…Diwaktu permulaan menularnya wabak ini Negara seakan gempar…setiap hari ada sahaja berita yang dipaparkan….Langkah pengesanan di pintu masuk Negara di perketat….
Namun sekarang ini dilihat seakan macam kurang sahaja….Walaupun setiap hari pak menterinya mengadakan sidang akhbar memberitahu tentang jumlah kematian terkini…

Apa yang ingin aku perkatakan di sini adalah tentang sumbangan sosial daripada syarikat2 korporat dalam membekalkan topeng muka kepada pelajar2 terutama di luar Bandar…
Dalam berita aku baca kalau tak silap kerajaan/kementerian pelajaran memperuntukan 2.6 juta ringgit untuk membekalkan topeng muka,alat pembaca suhu badan…dan peralatan mencucu tangan ke sekolah2…TAPI…aku rasa bantuan ini tidak sampai ke sekolah2 yang terletak dipedalaman….mungkin hanya sampai di bandar2 sahaja…


Di kawasan luarbandar/pedalaman ini memang sukar untuk mendapat bekalan penutup muka tersebut…maklumlah mana ada dijual dikedai2 runcit…Pelajar hanya mengharapkan ikhsan guru2 atau ahli keluarga yang turun kebandar/pulang bercuti dikampung untuk mendapat topeng tersebut..
Berbalik pada persoalan tadi…sepatutnya syarikat2 besar boleh menaja…membekalkan peralatan yang tersebut kepada sekolah2 luarbandar tersebut…Bukan pun melibatkan perbelanjaan yang besar…berbanding dengan keuntungan yang diraih..Anggap sahaja sebagai sumbangan sosial..

PIBG/Kontraktor/ahli politik juga sepatutnya memainkan peranan yang penting dalam hal ini…Adakan perbincangan bagaimana masalah pembekalan topeng muka ini dapat diatasi..
Dalam Susana cuti sekolah ini pula aku berharap ibubapa tidak akan membawa anak2 ketempat2 yang terbuka bagi menyekat penularan wabak ini…Amalkan penjagaan kesihatan diri sebagaimana yang dinasihatkan oleh Kementerian Kesihatan..

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI….

Tuesday, August 18, 2009

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN ROMPIN 2009…AUDITORIUM UNITEN..



Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rompin telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad..16/8/2009 yang lalu di auditorium UNITEN Muadzam Shah.
Majlis penutupan mesyuarat ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Shafei Apdal…Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Kemajuan LuarBandar/Wilayah Malaysia..


Dalam ucapannya beliau mengingatkan tentang budaya mengenang jasa yang semakin terhakis dikalangan masyarakat.Beliau melahirkan kebimbangannya apabila budaya mengenang jasa dan pengorbanan pemimpin terdahulu yang semakin terhakis.Ada golongan masyarakat semakin terpengaruh dengan dakyah dan hasutan dari kalangan orang Melayu sendiri yang lupa daratan dan asal usul demi mengejar kuasa dan kedudukan…

Terdahulu dalam ucapan aluan,TYT Dato’Seri Jamaludin Jarjis,Ketua UMNO Bahagian Rompin menyatakan hasrat dan memohon kepada YB Menteri Kemajuan Luar Bandar/Wilayah agar diujudkan semula Lembaga Kemajuan Tanah sebagaimana DARA dahulu sebelum dibubarkan..Ini adalah bagi merancakkan pertumbuhan dan peluang ekonomi yang lebih baik untuk penduduk di Rompin khususnya.

Bagi pihak warga UMNO ROMPIN saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Datuk Seri Mohd Shafei Apdal yang sudi ke Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rompin..Sudah pasti banyak yang boleh dilakukan bagi membawa pembangunan di kawasan luarbandar seperti Rompin ini..

UMNO PEMBELA WARGA SEJAHTERA…

Monday, August 17, 2009

BOLASEPAK PERSAHABATAN…..TEAM YB KJ VS PASUKAN AJK PPU ROMPIN….


Bersempena dengan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Rompin 2009,telah diadakan perlawanan yang tersebut…Selesai sahaja sesi lawatan ke autoshow dan melancarkan RMC..kedua-dua pasukan telah bersiap untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.Perlawanan telah diadakan di padang Muadzam Shah…
Kedua-dua pasukan telah bermain dengan baik.Tak sangka YB KJ juga merupakan pemain yang berbakat dan telah menjaringkan 1 gol…Keputusan perlawanan adalah 3-3..Pemenang terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti….
Turut sama bermain dalam perlawanan persahabatan tersebut adalah TYT Dato’Seri JJ…Dato’Hj Klalib,Cikgu Anuar yang merupakan Pengerusi Tetap Pemuda …
Bagi pihak Pemuda Umno Bahagian Rompin ,kami mengucapkan setinggi penghargaan kepada YB Khairy Jamaludin ..Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang telah sudi meluangkan masa hadir ke Bahagian Rompin mersamikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Rompin2009…sesi ramah mesra bersama ahli-ahli pemuda dan ternyata semuanya amat bergembira dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan..

TERIMA KASIH DAUN KELADI…ADA MASA BERJUMPA LAGI

Sunday, August 16, 2009

LAGI BERITA MERAKYATKAN UMNO SEMPENA MESYUARAT PERWAKILAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN 2009…


Sempena persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Rompin…maka pelbagai program telah dirancang untuk dilaksanakan bagi memberikan peluang kepada masyarakat turut sama merasai bahang dan melihat sendiri bagaimana pemuda UMNO bersidang….

Antara program merakyatkan UMNO yang telah dijalankan adalah pertandingan autoshow…dimana kategori yang ditetapkan adalah pertandingan audio…kereta kompak dan terbuka…Penyertaan bagi setiap kategori ini adalah amat menggalakkan…

Selain itu YB Khairy Jamaludin juga telah melancarkan penubuhan Kelab Motor Ridan(RMC) dimana keahliannya adalah terdiri daripada pemuda-pemuda di sekitar Muadzam Shah…
Acara kemuncak pada petang itu adalah cabutan nombor bertuah dimana hadiah utamanya adalah berupa sebuah motosikal yang telah disumbangkan oleh Encik Lotfi Yusof,Ketua Cawangan UMNO Lubok Batu…….

PEMUDA UMNO PEMBELA BANGSA……

Saturday, August 15, 2009

TAHNIAH…PEMUDA ROMPIN SELESAI MENGADAKAN MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN 2009..


Sekalung tahniah diucapkan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian ROMPIN yang telah selesai mengadakan mesyuarat perwakilannya pada Sabtu..15 Ogos 2009..
Persidangan ini telah diadakan di dewan orang ramai Muadzam Shah..Persidangan pada kali ini telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaludin..KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia..Turut hadir dalam majlis perasmian penutup ini adalah TYT Dato’Seri Jamaludin Jarjis,YB Dato’Maznah Mazlan.YB Kapt(B) Johari Hussin dan YH Dato Hassan Arifin.


YB.Dato’ Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz ,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada YB KJ Yang telah sudi meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat kali ini dan ianya sesungguhnya merupakansatu penghormatan yang begitu bermakna kepada PPUB ROMPIN..
Sesuai dengan slogan merakyatkan UMNO di hati masyarakat sekitar…maka persidangan pada kali ini turut mengadakan pelbagai program seperti pertandingan autoshow…pameran cubcross dan motocross dan juga pelancaran Kelab Motor Ridan(RMC)..Butiran mengenai program2 tersebut akan dipostkan dalam edisi yang akan datang…


SALAM PERJUANGAN PEMUDA ROMPIN DAN SALAM 1MALAYSIA……..

Monday, August 10, 2009

PROGRAM PENYAMPAIAN ZAKAT KUMPULAN TDK BAGI MUKIM KERATONG DI DEWAN BTAR..... DISEMPURNAKAN OLEH YAM TG MUDA PAHANG DAN CIK PUAN MUDA PAHANG.....




Antara penerima zakat dan sumbangan ini adalah orang fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal,orang kurang upaya, dan mualaf. Turut hadir bersama ke majlis ini adalah Dato Seri JJ, dan Datin Seri, YB Dato Haji Mohd Sahfri Ab Aziz, YB Kapten (B) Johari Hussin.
Malam sebelum itu satu majlis forum perdana telah diadakan. Penduduk di sekitar Keratong dan kampung2 berhampiran telah datang beramai2 ke forum tersebut yang diadakan di padang bola Dewan Bandar Tun Abdul Razak.

Majlis Tahlil Untuk Insan Seni..


Majlis yang tersebut telah di adakan di surau RPS Bukit Serok selepas solat maghrib..Majlis ini khusus bagi mengenang jasa anak- anak seni yang telah meninggal dunia khususnya allahyarham Zul Adnan Razali(JS KEVIN)….
Majlis yang dianjurkan oleh JC Production dengan sokongan dan kerjasama YB Dato’ Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,EXCO Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur.Turut hadir dalam majlis tersebut adalah composer Ann Kevin yang juga merupakan adinda kepada allahyarham JS KEVIN..
Semoga semua roh allahyarham yang telah menyumbangkan khidmat bakti di persada seni Negara ini akan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah..


AL-FATIHAH……AMIN..

Wednesday, August 5, 2009

TAHNIAH…DATO’ SERI JJ JADI DUTA MALAYSIA KE AMERIKA SYARIKAT…


Sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimenku…DSJJ yang telah menerima watikah daripada DYMM Agong untuk menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat..Lebih bermakna lagi apabila jawatan tersebut adalah bertaraf menteri.

Bagi kami masyarakat Rompin ini ,khususnya di Gugusan Keratong merasakan pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan kepada sumbangan pemimpin kami oleh Perdana Menteri,YAB DS Najib..Kami amat berbangga dan percaya DSJJ akan dapat menjalankantugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komitmen..

Bersempena dengan pelantikan itu,satu majlis kesyukuran telah diadakan di ibunegara bagi meraikan DSJJ.Ahli keluarga DSJJ juga turut hadir dalam majlis tersebut..Majlis tersebut dihadiri oleh kepimpinan UMNO bahagian Rompin yang melibatkan semua entity dan tetamu jemputan yang lain..
Bacaan doa selamat telah dipimpin oleh YB Kapt(B) Johari bin Hussin,ADUN Tioman.Kemudian DSJJ telah memotong kek yang telah disediakan sebagai tanda kesyukuran di atas pelantikan tersebut.

KE ARAH ROMPIN MAJU DAN MAKMUR…

PROGRAM PERSAK BERSAMA PENDUDUK SELANCAR 6…



PERSAK…..Persatuan Anak-Anak Keratong Lembah Kelang baru-baru ini telah mengadakan program khidmat masyarakat tersebut di kawasan perumahan Felda Selancar 6.Turut menjayakan program tersebut adalah PPUB Rompin dan Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Bukit Ibam.
Sebelum ini beberapa pertemuan telah diadakan bagi membincangkan perancangan program tersebut bersama Persak dan penduduk …

Antara aktiviti yang dijalankan di sepanjang program tersebut adalah gotong-royong membersihkan kawasan,merumput dan menanam pokok bunga..
Penduduk dan ahli Persak juga telah bersama-sama menyediakan jamuan kenduri kampong..Seekor lembu telah ditumbangkan dan ianya adalah sumbangan YB Dato’Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz.

Beliau yang turut sama hadir bergotong royong melahirkan rasa gembira dengan program tersebut kerana dapat merapatkan hubungan silaturahim dan berharap banyak lagi program yang sedemikian akan dapat diatur pada masa yang akan datang.

BERSAMA MASYARAKAT MEMBINA MASYARAKAT..

Tuesday, August 4, 2009

MERAIKAN PERSANDINGAN SAUDARA BARU…ANAK TOK BATIN.


Majlis persandingan ini telah diadakan bertempat di Rumah UMNO Cawangan Bukit Ibam.Segala persiapan dan peralatan majlis telah di sumbangkan oleh Umno Cawangan Bukit Ibam,JKKK dan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Ibam..

Pasangan pengantin ini adalah puteri kepada Tok Batin Husin ,Batin Kg. Pelam.Setelah mengadakan perbincangan dan permuafakatan maka dipersetujui majlis persandingan ini akan diadakan di Bukit Ibam selaku tuan rumah..
Majlis persandingan bermula dengan perarakan bermula dari Masjid Bukit Ibam dan diiringi dengan paluan kompang dari wanita Bukit Ibam..Kedua mempelai telah disandingkan di pelamin yang dibina di luar Rumah UMNO.

YB Dato’ Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz ,ADUN Bukit Ibam merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang telah turut sama hadir dan memeriahkan persandingan tersebut..Turut sama hadir adalah Tuan Kadi Muadzam Shah,Dato’Haji Khalib Abdullah dan lain-lain tetamu yang telah dijemput hadir.

Tok Batin Husin yang begitu gembira dengan perkahwinan akaknya telah menyampaikan rasa terima kasih yang teramat sangat kepada semua pihak yang telah bekerja keras menjayakan majlis terutamanya Tok 4 Zamri bin Budin dan Jawatankuasanya serta YB Dato’HajiMohamad Sahfri.
Semoga pasangan pengantin tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat..AMIN.

BULAT AIR KERANA PEMBETUNG,BULAT MASYARAKAT KERANA MUAFAKAT..

Sunday, August 2, 2009

FORUM AWAM:BUAH PINGGANG ANUGERAH BERNILAI…




Program ini telah berlangsung di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak..Dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Rompin dan Lembaga Pelawat Hospital Muadzam Shah..Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pengarah Hospital Muadzam Shah(HMS).

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam yang juga EXCO Kerajaan Negeri Pahang.
Antara pengisian acara adalah acara senamrobik pada sebelah pagi,ceramah tentang penjagaan buah pinggang ,pameran berkaitan penyakit berjangkit(H1N1),bahaya merokok, pemeriksaan kesihatan secara percuma,pemeriksaan gigi dan sebagainya.
Orang ramai yang ditemui yang kebanyakannya warga emas menyatakan kegembiraan atas program ini kerana terdapat banyak maklumat di samping dapat melakukan pemeriksaan secara percuma..

YB.Dato’Haji Mohamad Sahfri dalam ucapannya mengingatkan orang ramai supaya sentiasa peka dalam hal-hal yang melibatkan penjagaan kesihatan terutamanya wabak yang melanda Negara sekarang iaitu wabak selsema babi.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI…

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009