.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Perjumpaan ini telah diadakan di Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di Keratong 2.Seramai 50 orang peserta telah hadir dan mendengar taklimat dan penerangan dengan penuh minat dan komited..Taklimat telah disampaikan oleh YH Dato'Samsuddin Nawawi iaitu Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Pahang.Hadir sama adalah YB Dato' Mohamad Sahfri Ab Aziz, ADUN Bukit Ibam merangkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin..
Hadir sama dalam perjumpaan itu adalah Pengurus FELDA,Tok Empat,dan wakil daripada Puteri UMNO Bahagian Rompin..dan wakil daripada PERSAK..
Dalam perjumpaan yang diadakan secara santai itu para peserta berpeluang menanyakan beberapa masalah yang dihadapi dalam berkomunikasi secara maya ini di samping Tok Sam sendiri telah memberikan tunjukajar secara panjang lebar kepada para peserta.
Pelbagai program susulan telah dibincangkan dan bakal dilaksanakan mengikut kumpulan sasar yang tertentu agar semua pihak menglibatkan diri dan sedar betapa pentingnya penggunaan teknologi maklumat ini dalam mengekang dakyah pembangkang yang sebelum ini banyak menghasut dan menabur pelbagai dakyah sehingga ramai anak muda terpengaruh...
Bagi pihak jawatankuasa penganjur,kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tok Sam yang ternyata begitu gembira dengan sambutan para peserta.dan berharap perjumpaan ini akan terus diadakan secara berkala dari semasa ke semasa...
KE ARAH MEDIA BARU..DUNIA TANPA SEMPADAN..
