


Malam tadi sebelum terlena..terbayang aku akan kata-kata seorang sahabat yang meluahkan rasa hati tentang kekurangan dana dalam akaun persatuan belianya untuk melaksanakan pelbagai program yang ingin dijalankan..
Petang ni sambil-sambil tengok tv aku cuba memikirkan apakah langkah jangka panjang yang FELDA boleh tolong bagi mengatasi masalah kekeringan kantung persatuan belia di rancangan…
Memang tak dapat dinafikan kebanyakan persatuan belia FELDA menghadapi masalah yang sama..Selalunya bergantung harap pada peruntukan daripada YB ADUN@PARLIMEN..barulah boleh buat program..Hendak diharapkan potongan meja peneroka..entahlah..tak dapat agaknya..ahli-ahli pulak liat bila disuruh bayar yuran..mana tak pening kepala Pengerusi Belia dibuatnya..
JADI..TERBAYANG DI KOTAK INGATAN IDEA AKU INI…
Apalah salah kiranya Persatuan Belia di rancangan tanah FELDA diberikan geran bantuan melalui saham KPF yang tidak boleh dijual kepada setiap persatuan belia di rancangan felda..diletakkan di bawah pengawasan JKKR dan pengurusan rancangan..
Seingat aku FELDA ada dan pernah memberikan saham KPF percuma kepada setiap peneroka..bayangkan berapa banyak saham yang telah diagihkan..kalau di tempat aku ni ada kira-kira 600 orang peneroka..jumlahnya tentu RM600,000 kalau setiap peneroka dapat RM1,000…Bayangkan kalau satu Malaysia…
Untuk Gen 2 ni tak lah aku nak cadangkan diberikan secara individu…tapi anugerahkanlah pada setiap persatuan belia…tak kira persatuan ini masih sah atau tidak pendaftarannya…
Kalaulah saham bernilai RM50,000 diberikan kepada setiap persatuan belia dengan anggaran dividen KPF 10%(selalunya lebih) sudah tentu persatuan-persatuan ini akan dapat kurang lebih RM5,000 setahun…boleh lah kalau nak buat program..
Sekiranya cadangan aku yang tak sekolah tinggi ini boleh di mesyuaratkan…mari kita sama-sama usahakan agar suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan..
YB ADUN dan PARLIMEN yang kawasannya ada skim Felda bolehlah mengutarakan cadangan ini kepada YAB Perdana Menteri atau En.Ahmad Maslan Timbalan Menteri yang jaga hal ehwal Felda apabila ada kesempatan nanti..MBFM pun bolehlah turut sama memainkan peranan…
Andainya ini menjadi kenyataan..sayalah antara generasi FELDA yang amat gembira kerana daripada idea yang tak seumpamanya ini..dapat membantu warga belia di seluruh Negara….
MARI SAMA-SAMA RENUNGKAN..