.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Maka,bersempena dengan majlis perasmian penubuhan Persatuan Belia Bersatu Kampung Lubuk Batu,juga telah diadakan kaunter SPR di bawah seliaan wakil SPR bertauliah iaitu Sdr Hamidun Hassan yang juga Penolong Bendahari PPU Rompin dan dibantu oleh rakan-rakan PPU lain yang turut sama hadir..
Selain daripada itu satu kaunter pendaftaran anggota RELA juga telah diadakan dibawah seliaan Pegawai RELA Daerah dan dibantu oleh petugas RELA Daerah..Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pemangku Pegawai Belia Daerah Rompin dan Ketua Balai Polis Kota Bahagia..
Sambutan yang diberikan amatlah memberangsangkan kerana ramai golongan belia yang telah mendaftarkan diri untuk menjadi pengundi dan menjadi anggota RELA..
Diharapkan juga UMB PPU Rompin akan turut dijemput daalam mana-mana program/aktiviti yang dianjurkan disekitar kawasan bagi tujuan mendaftar pengundi baru dan memberikan penerangan betapa pentingnya mendaftar pengundi bagi menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi/pemilih apabila tiba musim pilihanraya nanti...
PENGUNDI MUDA TERAS KEJAYAAN..

