.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

Malam ini merupakan malam ke 3 bacaan tahlil arwah mangsa kemalangan yang meragut 6 nyawa di Keratong 2...Kesedihan masih lagi terasa di kalangan ahli keluarga,tetangga dan masyarakat keseluruhannya.Sebagaimana biasa atas rasa muafakat,satu majlis tahlil bersama telah di adakan di kediaman keluarga arwah...
Pada sebelah siangnya,gotong-royong menyediakan juadah dan memasang khemah telah di adakan...Rombongom SKUAD PENYAYANG UMNO Pahang dan Rompin turut hadir menziarahi keluarga mangsa dan menyampaikan ucapan takziah di samping memberikan sedikit bantuan..Majlis tahlil juga telah diadakan...
YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz juga turut meluangkan masa ke majlis tersebut di samping memberikan ucapan terimakasih kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan semasa menguruskan jenazah sehingga siap dan gotong-royong bagi memastikan majlis tahlil dapat dijalankan dengan sempurna....
Sikap prihatin dan muafakat sebegini seharusnya menjadi sebahagian cara hidup bermasyarakat dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatupadu...
SEPAKAT BERERTI MUAFAKAT