SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Sunday, March 28, 2010

KONVOI DAN AKU.......................SEMOGA SELAMAT..

Hari ini sebagaimana yang telah dirancang.....Keratong Big Bikers akan menuju ke Bandar Penggaram....Batu Pahat...meraikan salah seorang sahabat yang menamatkan zaman bujangnya...Saudara Nomie CB400...
Checkpoint pertama adalah....Kedai Sarbat Aji Ya..Satu demi satu deruman mesin berkuasa tinggi sampai...Pelbagai soalan dikemukakan oleh pakcik2 yang mengalas perut di situ...Mana Lokasi hari ini?Wah.....Lawa baju.....boleh beri sehelai dan macam2 lagi....
Masing-masing datang dengan penuh gaya....dengan kelengkapan masing-masing...Apa yang lebih menarik perhatian adalah ada yang datang bersama mem besar masing2 dan full dressed...HUYO.....
Setelah semuanya sampai...maka tangki jentera perlu diisikan untuk perjalanan melalui leburaya Tun Razak menuju ke Segamat...untuk menantikan sahabat dari Bahau...Mr Sara n Company...
Semoga perjalanan kali ini akan selamat sampai ke destinasi...Laporan lengkap mengenai konvoi ini akan dipaparkan pula di blog rasmi Keratong Big Bikers.....
http://keratongbigbikers.blogspot.com/

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT

Saturday, March 27, 2010

PENDIDIKAN BERKUALITI...MUAFAKAT MASYARAKAT JADI PRASYARAT...

Dalam membicarakan tentang peningkatan kualiti pelajaran dan pembelajaran anak-anak maka sudah pasti segala komitmen padu harus dikerah.Pembabitan masyarakat memang merupakan elemen penting yang wajib digarap bersama pentadbiran sekolah agar apa yang direncanakan membuahkan hasil yang diinginkan..

Segalanya boleh dibincang melalui muafakat pendidikan...iaitu mesyuarat Agung PIBG...ibubapa pasti mendapat maklumat yang diharapkan dan pihak sekolah bersama PIBG membentang laporan dan perancangan...

SK LKTP Keratong 1 juga tidak ketinggalan dalam hal ini.Bertempat di dewan terbuka SKK1,Mesyuarat Agung PIBG telah dijalankan..Kehadiran para penjaga dan ibubapa masih lagi boleh dipertingkan agar keputusan yang di buat nanti tidak menjadi bahan cerita dikedai kopi..

Ceramah motivasi oleh Pakar Kaunseling juga telah diadakan bagi memberikan tips dan panduan kepada ibubapa tentang teknik menghadapi karenah anak-anak terutama yang bakal menghadapi peperiksaan.

Kehadiran YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz.ADUN Bukit Ibam merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang juga menyuntik semangat para ibubapa dan guru-guru ke arah mempertingkat kualiti pendidikan pelajar.Beliau berharap barisan kepimpinan PIBG akan bekerja lebih keras dan akan turut membantu apa yang sepatutnya.

BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN

Thursday, March 25, 2010

MASJID BARU............BERTAMBAH TAQWA DAN KESYUKURAN,,

Alhamdulilah..segala puji kehadrat Ilahi.Segala hajat penduduk di sekitar Ladang Kosma telah tercapai iaitu dengan siap terbina sebuah masjid baru..Pembinaan nya yang menggunakan dana daripada KOSMA itu sendiri telah dapat disiapkan dengan sempurna.Difahamkan kos pembinaan masjid tersebut menelan belanja kurang lebih 2 juta ringgit.

Dengan siap terbinanya masjid tersebut maka segala aktiviti korohanian dan keagamaan penduduk Ladang Kosma dan sekitarnya akan dapat dilaksanakan dengan lebih selesa dan teratur.

Justeru,satu majlis penyerahan rasmi masjid tersebut telah dilangsungkan pada malam tadi dengan jayanya.Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan ceramah agama.

YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,EXCO Kerajaan Negeri Pahang turut sama menghadiri majlis tersebut.Turut hadir termasuklah Pengurusan Ladang Kosma,Pegawai Majlis Agama,Tuan Kadhi dan lain-lain tetamu dan kariah..

Rata-rata penduduk dan ahli kariah yang ditemui melahirkan rasa kesyukuran atas pembinaan kompleks masjid tersebut yang membolehkan segala progran keagamaan dapat dijalankan dengan lebih selesa di samping memuji Langkah KOSMA yang begitu prihatin dan masjid tersebut menjadi masjid yang indah diantara masjid di DUN Bukit Ibam khasnya..

MASJID PEMBINA KESYUKURAN UMMAH
Bookmark and Share

Sunday, March 21, 2010

TAHNIAH.....PENGANJURAN BERJAYA,KOMITMEN PENGANJUR...


Petang tadi penulis telah berkesempatan untuk menyaksikan Kejuaraan Motocross/Cubcross di Litar Felda Keratong 2..Melalui jalan tersebut sekembali daripada kampung halaman terlihat deretan kenderaan dan orang ramai yang berpusu-pusu menyaksikan kejohanan sulung yang di adakan di litar tersebut..
Litar yang baru sahaja siap direkabentuk tersebut telah berjaya menarik penyertaan ramai pelumba dalam kategori masing-masing..Dalam deruman mesin yang berada di atas litar kelihatan para pelumba mengerah kemahiran dan jentera masing-masing untuk mendahului pertandingan...

Jelas pada pemerhatian penulis,sikap dan komitmen penganjur dan jawatankuasanya begitu tinggi dalam memastikan acara yang dirancang berjalan lancar..Kelihatan juga sumbangan teknikal oleh otai2 lama yang berpengalaman turut berada di atas litar bagi memastikan aspek teknikal perlumbaan berjalan lancar dan mengikut peraturan..

Ramai bakat baru termasuk pelumba cilik yang berusia 12 tahun yang turut mencuri tumpuan penonton dendan skill tunggangan sehingga mendahului lawan yang lebih dewasa..

Apapun sekalung tahniah dan terimakasih kepada pihak penganjur dan penyumbang yang telah memainkan peranan besar sehingga aktiviti sihat seumpama ini dapat dirancang dan dilaksanakan diharapkan akan ada lagi kejuaraan seumpama iini dilitar2 berhampiran bagi mengasah bakat dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.Memang Keratong suatu ketika dulu terkenal dengan pelumba yang berwibawa dan tidak mustahil akan muncul lagi pelumba terbilang dari kejuaraan seumpama ini...

SEPAKAT,KERJASAMA MEMUDAH KERJA...
Bookmark and Share

Tuesday, March 16, 2010

REHATKAN MINDA...KELUARKAN PELUH....TANPA KEAHLIAN TANPA BAYARAN...

Sebenarnya ada banyak cara untuk melakukan aktiviti yang boleh melapangkan minda dan fikiran disamping mengeluarkan peluh....Badan yang berpeluh pasti akan melahirkan otak dan badan yang sihat...

Trend yang saya maksudkan adalah sukan berbasikal,salah satu cabang sukan lasak...Berbanding dengan sukan ekstrem yang lain,sukan ini dapat diikuti oleh segenap golongan,tak kira tua,muda,lelaki mahupun wanita.

Baru-baru ini penulis telah berkesempatan mengikuti kayuh riadah berbasikal bermula dari Muadzam Shah menuju ke Bukit Ibam..Kelihatan anak-anak,yang tuamuda begitu bersemangat
meneruskan kayuhan dengan diiringi oleh beberapa marshall dan konvoi pacuan empat roda sebagai backup..

Menurut Saudara Yusmizan,yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO Rompin,kegiatan seumpama ini dapat merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dan merupakan aktiviti santai waktu petang dan hujung minggu..Beliau juga berkata keanggotaan team ini
adalah terbuka dan tidak memerlukan sebarang syarat tertentu asalkan mempunyai basikal dan sedikit kelengkapan seperti topi keledar dan sarung tangan...

Penulis juga berharap aktiviti seumpama ini dapat diadakan di Keratong memandangkan pada pemerhatian penulis sudah ada rakan yang telah melakukan kegiatan ini dan tidak ada salahnya kalau ditambahramaikan penggiatnya,ke arah melahirkan masyarakat yang sihat dan mempunyai ketahanan diri dan mental dalam mengharungi kehidupan....

MENTAL SIHAT FIZIKAL MANTAP...

Bookmark and Share

Monday, March 8, 2010

DEMO DAN PANDU UJI KAWASAKI 150 UNTUK BELIA....

Bersempena dengan demam cub/motocross yang sedang melanda Keratong ini dan pertambahan jumlah litar dan jentera ubah suai maka Keratong Big Bikerz telah mengambil inisiatif untuk mencari jalan mempertingkat kemahiran dan kelengkapan mesin pelumba..

Beberapa perbincangan tidak rasmi akhirnya membuahkan hasil apabila CHEAR MOTOR dengan kerjasama Mr.Sara(BAHAU)bersetuju untuk menghantar 6 buah Kawasaki 150 untuk dipandu uji oleh para belia di litar Cubcross Keratong 1...

Maka.pada petang yang dijanjikan,para belia telah mengambil kesempatan untuk mencuba dan pandu uji jentera yang berkenaan..Masing-masing ternyata begitu gembira dan teruja apabila diberikan kesempatan..Beberapa tunjukajar daripada Mr.Sara yang juga merupakan bekas pelumba dimanfaatkan kearah tunggangan yang lebih baik..

Beberapa pelumba muda juga telah dikenalpasti untuk diketengahkan..Semoga harapan untuk melihat pelumba mendapat latihan dan tunjukajar daripada pihak yang berkenaan akan menjadi kenyataan.

Bagi pihak anak-anak muda yang terlibat dengan sukan lasak ini,diucapkan terimakasih kepada pihak yang telah sudi memberikan ruang dan peluang menguji jentera ini..Semoga ramai lagi pihak yang akan tampil memberikan sumbangan sedemikian demi melahirkan para belia yang lasak dan bebas daripada masalah keruntuhan akhlak dan gejala negatif.
LASAK JENTERA LASAK DIRI
Bookmark and Share

Friday, March 5, 2010

PENDIDIKAN PEMANGKIN KEMAJUAN BANGSA....


Dalam memperkatakan akan kepentingan pendidikan di kalangan anak-anak bangsa,ternyata benar hanya melalui pendidikan warga masa hadapan dapat melalui kehidupan dengan selesa dan terjamin...

Bagi menyemai budaya cintakan ilmu pengetahuan dan memberikan pendedahan tentang kepentingan budaya menara gading maka pihak berkenaan telah menerima pelawaan institusi pengajian tinggi untuk mengadakan program bersama...

Pertama,bertempat di Felda Keratong 2,telah menerima kunjungan siswasiswi UNITEN Muadzam Shah.Antara aktiviti yang dijalankan bersama masyarakat adalah gotong=royong,ceramah motivasi terhadap para pelajar yang bakal memduduki peperiksaan dan sukaneka...

Kedua,bertempat di Felda Selancar 1,seramai 74 orang mahasiswa UiTM cawangan Segamat Johor telah mengadakan OPKIM,Operasi Khidmat Masyarakat dan aktiviti yang dijalankan adalah seperti pemeriksaan kesihatan,ceramah Maal Hijrah,ceramah motivasi dan bergotomg-rotong..

Para mahasiswa yang tinggal bersama keluarga angkat di sepanjang tempoh tersebut menyatakan kegembiraan kerana dapat merasai kehidupan di skim Felda di samping menabur khidmat bakti terhadap anak-anak terutamanya dari aspek pendidikan...

YB Dato'Haji Mohamad Sahfri,ADUN Bukit Ibam yang turut menghadiri dikedua-dua program tersebut mengucapkan terimakasih dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut dan berharap ianya akan menjadi satu suntikan semangat baru kepada generasi kedua dalam mengejar impian berjaya dalam pelajaran dan kehidupan...
PENDIDIKAN PEMANGKIN PERUBAHAN...
Bookmark and Share

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009