Pada hari Khamis yang lalu,telah berlaku kebakaran yang memusnahkan 3 buah rumah di perkampungan Bandar Melati berhampiran Keratong Rompin Pahang...Habis semua mangsa tinggal sehelai sepinggang dan 2 buah kereta turut musnah..Namun masih bersyukur kerana tidak melibatkan kehilangan nyawa...
Kebakaran dipercayai bermula apabila ada kanak-kanak yang bermain api...walaupun juga terdapat kemungkinan berlaku litar pintas..Keadaan rumah kayu yang berhampiran ini juga menyebabkan api marak dengan begitu pantas ditambah pula dengan tiupan angin kencang..
Keperluan untuk membuat pemeriksaan pada sistem pendawaian elektrik yang sudah uzur juga seharusnya diberi perhatian memandangkan sudah banyak penambahan suiz dan peralatan elektrik di kediaman penduduk...
YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz turut sama turun padang membuat tinjauan bagi memastikan mangsa mendapat bantuan sewajarnya dalam usaha meringankan bebanan yang ditanggung..
Terima kasih juga kepada pasukan Bomba dan Penyelamat,Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Penghulu yang turut bersama-sama merangkan bantuan segera yang perlu dihulurkan..
API...KECIL MENJADI KAWAN...