.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Dengan siap terbinanya masjid tersebut maka segala aktiviti korohanian dan keagamaan penduduk Ladang Kosma dan sekitarnya akan dapat dilaksanakan dengan lebih selesa dan teratur.
Justeru,satu majlis penyerahan rasmi masjid tersebut telah dilangsungkan pada malam tadi dengan jayanya.Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan ceramah agama.
YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,EXCO Kerajaan Negeri Pahang turut sama menghadiri majlis tersebut.Turut hadir termasuklah Pengurusan Ladang Kosma,Pegawai Majlis Agama,Tuan Kadhi dan lain-lain tetamu dan kariah..
Rata-rata penduduk dan ahli kariah yang ditemui melahirkan rasa kesyukuran atas pembinaan kompleks masjid tersebut yang membolehkan segala progran keagamaan dapat dijalankan dengan lebih selesa di samping memuji Langkah KOSMA yang begitu prihatin dan masjid tersebut menjadi masjid yang indah diantara masjid di DUN Bukit Ibam khasnya..
MASJID PEMBINA KESYUKURAN UMMAH
