SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Thursday, December 31, 2009

PEMIMPIN PRIHATIN...RAKYAT TERBELA...WALAU JARAK JADI PEMISAH...

Sebagai mana yang kita maklum,Ahli Parlimen Rompin iaitu YB TYT Dato'Seri Jamaludin Jarjis telah pun menjalankan tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat..Cakap-cakap politik nakal sebelum ini memperlekeh warga Rompin dengan menyatakan dengan jarak ribuan kilometer dari tanahair tentulah susah untuk bertemu dengan rakyat..

Namun, dengan kecanggihan teknologi maklumat yang ada pada masakini...keadaan tersebut bukanlah satu masalah yang besar...Melalui SKYPE...warga Rompin dan Ahli Parlimen mereka dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan penuh mesra dan santai...
Justeru,dalam program penyampaian bantuan berupa beg-beg sekolah dan t'shirt yang telah diadakan di Sek.Keb.LKTP Keratong 4..TYT DSJJ telah beramah mesra kepada ibubapa dan para pelajar Tahun 1 Tahun 2010...

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Rompin iaitu Puan Hajjah Fatimah bt Awang,Guru Besar Kelompok BTAR,Pemimpin masyarakat dan para ibubapa kepada 280 pelajar Tahun 1 yang bakal memulakan persekolahan pada minggu hadapan...
TYT DSJJ juga sempat berbual mesra dengan 2 orang pelajar terlibat selain menjawab beberapa masalah yang telah diutarakan oleh ibubapa pelajar yang hadir..

Dalam ucapan ringkasnya Ahli Parlimen Rompin itu telah menasihatkan para ibubapa supaya mengambil serius akan pendidikan anak-anak kerana dengan ilmu pengetahuan sahajalah yang akan dapat menjamin masa depan yang lebih cerah dan kehidupan yang lebih baik.Beliau akhirnya merakamkan ucapan tahniah dan terimakasih kepada semua pihak sehingga membolehkan program yang diadakan ini dapat dijalankan dengan jayanya...

JAUH DI MATA DEKAT DI 'IT'....
Bookmark and Share

Sunday, December 27, 2009

BUKAN SEKADAR GOLF....DISKUSI DAN BERTUKAR PANDANGAN....



Pemuda Rompin Golf Masters telah diadakan dengan jayanya bertempat di Maran Hill Golf Resort..Kejohanan ini telah berjaya menarik penyertaan yang amat menggalakkan di kalangan pemain dari PPU Bahagian seluruh Pahang..sehinggakan terpaksa menolak penyertaan sebahagian pemain kerana kehabisan buggy...Program ini adalah merupakan progran tahunan PPU Rompin di mana tujuannya menemukan golfers2 PPU dan salah satu objektifnya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim dan dapat bertukar-tukar pandangan dan idea bagaimana mahu menggerakkan program politik di kawasan masing-masing dan Pahang khasnya.
Turut sama menyertai kejohanan kali ini adalah Dato' SS kepada YAB MB Pahang,Tuan Ketua Polis Rompin,Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang dan Kepimpinan Pemuda Bahagian-bahagian..Cuaca yang baik turut mengizinkan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan mengikut jadual..
YB Dato'Tan Aminudin yang merupakan Timbalan Menteri Besar Pahang,dalam kesibukan dengan jadual program yang padat telah meluangkan masa ke lokasi kejohanan bagi menunjukkkan sokongan terhadap program yang dijalankan sebelum bergegas semula untuk menghadiri program selanjutnya.
Majlis makan tengahhari telah diadakan sebaik sahaja para golfers selesai menamatkan permainan masing-masing sementara menanti Urusetia mengira mata permainan..Masing-masing menanti dengan penuh debaran sambil berbincang tentang isu-isu semasa dikawasan masing-masing...
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato'Ismail Mutalib,Ahli Parlimen Maran.Beliau dalam ucapannya mengucapkan tahniah atas penganjuran kejohanan dan berharap akan ada kejohanan seperti ini diMasa yang akan datang dan sedia memberikan sokongan..Beliau juga selaku Setiausaha BNBBC di Parlimen mengimbas bagaimana situsai yang agak mencemaskan semasa pengundian kelulusan bajet 2010..Beliau akhirnya menasihati PPU agar menumpukan usaha ke arah menguatkan parti dan menarik lebih ramai golongan muda menyertai program yang dianjurkan bagi memahamkan mereka ajan perjuangan UMNO ini iaitu demi membela AGAMA,BANGSA DAN MEGARA.
Bagi pihak YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin,ingin merakamkan ucapan terimakasih damn penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang tenaga sehingga program PEMUDA ROMPIN MASTERS kali ini dapat dijalankan dengan jayanya..
TERIMAKASIH DAUN KELADI..

Friday, December 25, 2009

MENDAFTAR PENGUNDI BARU...DI MANA-MANA PUN BOLEH....

Menginsafi jumlah yang bukan sedikit warga Melayu muda yang belum mendaftar sebagai pengundi maka UMB PPU ROMPIN telah mengambil langkah proaktif dengan membuka kaunter di mana sahaja majlis yang difikirkan sesuai dan ramai golongan sasar hadir.

Maka,bersempena dengan majlis perasmian penubuhan Persatuan Belia Bersatu Kampung Lubuk Batu,juga telah diadakan kaunter SPR di bawah seliaan wakil SPR bertauliah iaitu Sdr Hamidun Hassan yang juga Penolong Bendahari PPU Rompin dan dibantu oleh rakan-rakan PPU lain yang turut sama hadir..

Selain daripada itu satu kaunter pendaftaran anggota RELA juga telah diadakan dibawah seliaan Pegawai RELA Daerah dan dibantu oleh petugas RELA Daerah..Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pemangku Pegawai Belia Daerah Rompin dan Ketua Balai Polis Kota Bahagia..

Sambutan yang diberikan amatlah memberangsangkan kerana ramai golongan belia yang telah mendaftarkan diri untuk menjadi pengundi dan menjadi anggota RELA..

Diharapkan juga UMB PPU Rompin akan turut dijemput daalam mana-mana program/aktiviti yang dianjurkan disekitar kawasan bagi tujuan mendaftar pengundi baru dan memberikan penerangan betapa pentingnya mendaftar pengundi bagi menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi/pemilih apabila tiba musim pilihanraya nanti...

PENGUNDI MUDA TERAS KEJAYAAN..
Bookmark and Share

Tuesday, December 22, 2009

BERMULANYA KERJA...JALINAN RAKYAT DAN DAFTAR PEMILIH...

Majlis penyerahan Daftar Pemilih dan Pelancaran Gerak Kerja Jalinan Rakyat peringkat Parlimen Rompin telah diadakan di Dewan Orang Ramai BTAR ..Seramai 308 pengerak/petugas Jalinan Rakyattelah menghadiri program ini iaitu 240 orang dari DUN Ibam,55 dari DUN Muadzam Shah dan 13 dari DUN Tioman..

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato' Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Ibam merangkap Ketua Penerangan UMNO Pahang,YH Dato'Rosni Zahari,Ketua Wanita Pahang,YH.Dato'Hasan Arifin,Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin dan Datin HajjahShamsiah dan Ketua Puteri...
Antara tujuan program Jalinan Rakyat ini dilancarkan adalah untuk mendekati pengundi bagi mengenalpasti status mereka,mendengar daripada mulut pengundi tentang pandangan mereka terhadap parti.Rumusan tentang perkara tersebut nanti bakal digunakan untuk mengadakan tindakan susulan berupa ceramah,program dan aktiviti agar para pengundi tersebut benar-benar faham akan kemajuan dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan dan yang paling penting mengundi calon Barisan Nasional yang bertanding dalam pilihanraya akan datang..

Petugas juga diingatkan agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komited,jujur dan ikhlas agar apa yang dilakukan nanti bakal membuahkan hasil yang cemerlang.

Dalam majlis itu juga disampaikan bantuan oleh KERAJAAN NEGERI PAHANG kepada keluarga yang telah kehilangan 4 anak yang telah mati lemas dalam tragedi yang menyayat hati baru-baru ini.Penyerahan sumbangan berupa cek bernilai RM20.000 ini benar-benar menunjukkan bahawa kerajaan Pahang amat prihatin dan mengambil berat akan kebajikan rakyatnya.

JALINAN RAKYAT MENJAMIN KEMENANGAN...
Bookmark and Share

Saturday, December 19, 2009

ZIARAH PEMUDA....TERPAHAT RASA KESYUKURAN...

Sebagaimana yang telah diketahui umum...YB Kapt(B) Johari bin Hussin ADUN Tioman telah terlibat dalam kemalangan jalanraya baru-baru ini..Beliau bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah setelah pulang ke kampung isteri beliau..

Justeru,kunjungan ziarah telah diatur oleh PPU Rompin ke kediaman YB Jo untuk mendengar sendiri daripada beliau bagaimana kemalangan tersebut berlaku dan kecederaan yang dialaminya.Kunjungan tersebut telah disertai oleh YB Dato'Mohamad Sahfri,EXCO Kerajaan Negeri Pahang yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian ROMPIN..

Alhamdulilah...YB Jo dan keluarganya ternyata selamat dan hanya mengalami kecederaan kecil walaupun YB Jo mendapat kecederaan pada bahagian tangan...

Kalau melihatkan keadaan kenderaan beliau yang hangus terbakar tentunya terbayang di fikiran sesuatu yang lebih buruk tentu terjadi,,,Namun...alhamdulilah...segalanya selamat....

PPU Rompin berdoa semoga YB Jo akan kembali sembuh dan dapat menabur khidmat seperti biasa kepada rakyat di DUN Tioman khasnya...

AWAS...MALANG TAK BERBAU...
Bookmark and Share

Thursday, December 17, 2009

UNIT MEDIA BARU(UMB)ROMPIN CYBER WARRIORS...SATU PERKEMBANGAN.....


Bersesuaian dengan kehendak teknologi komunikasi masa kini dan menyahut cabaran kaedah penyampaian maklumat secara maya maka Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin telah mengadakan perjumpaan para Facebookers dan Bloggers yang terdapat di Rompin ini..

Perjumpaan ini telah diadakan di Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) di Keratong 2.Seramai 50 orang peserta telah hadir dan mendengar taklimat dan penerangan dengan penuh minat dan komited..Taklimat telah disampaikan oleh YH Dato'Samsuddin Nawawi iaitu Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Pahang.Hadir sama adalah YB Dato' Mohamad Sahfri Ab Aziz, ADUN Bukit Ibam merangkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin..
Hadir sama dalam perjumpaan itu adalah Pengurus FELDA,Tok Empat,dan wakil daripada Puteri UMNO Bahagian Rompin..dan wakil daripada PERSAK..

Dalam perjumpaan yang diadakan secara santai itu para peserta berpeluang menanyakan beberapa masalah yang dihadapi dalam berkomunikasi secara maya ini di samping Tok Sam sendiri telah memberikan tunjukajar secara panjang lebar kepada para peserta.

Pelbagai program susulan telah dibincangkan dan bakal dilaksanakan mengikut kumpulan sasar yang tertentu agar semua pihak menglibatkan diri dan sedar betapa pentingnya penggunaan teknologi maklumat ini dalam mengekang dakyah pembangkang yang sebelum ini banyak menghasut dan menabur pelbagai dakyah sehingga ramai anak muda terpengaruh...

Bagi pihak jawatankuasa penganjur,kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tok Sam yang ternyata begitu gembira dengan sambutan para peserta.dan berharap perjumpaan ini akan terus diadakan secara berkala dari semasa ke semasa...
KE ARAH MEDIA BARU..DUNIA TANPA SEMPADAN..


Bookmark and Share

UNIT MEDIA BARU(UMB)ROMPIN CYBER WARRIORS...SATU PERKEMBANGAN

Wednesday, December 16, 2009

Utusan Malaysia Online - Terkini


Utusan Malaysia Online - Terkini
Jamaluddin rasmi program rakyat melalui sidang video
16/12/2009 4:04pm


ROMPIN 16 Dis. - Dunia tanpa sempadan. Itulah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis untuk sentiasa berada dekat bersama rakyatnya di Rompin apabila merasmikan satu program di sini hari ini secara langsung dari Amerika Syarikat (AS) menerusi satu persidangan video.

Program Literasi Undang-Undang Etnik Minoriti yang diadakan di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Rompin dirasmikan Jamaluddin melalui sidang video yang dipancarkan di hadapan lebih 300 penduduk Orang Asli sekitar Rompin, yang berlangsung selama 10 minit.

Dalam sidang video berkenaan, Duta Besar Malaysia ke Amerika berkata beliau berada di Washington dan keadaan di sana pada masa itu hujan dan pukul 10 malam.

"Saya sekarang berada di Washington DC, Amerika di mana Presiden Barrack Obama tinggal dan di sini pada masa ini adalah malam serta hujan, tidak seperti di Rompin yang ketika ini pagi dan cuacanya cerah,” katanya.

Mengenai majlis berkenaan, beliau berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kerana memilih Rompin untuk mengadakan program itu.

- BERNAMA

GEJALA PONTENG......DI MANAKAH SILAPNYA????

Perasaan marah pada ahli parlimen BN yang tidak berada di dalam dewan persidangan sewaktu pengundian bagi kelulusan Bajet 2010 adalah sesuatu yang serius dan perlu diambil tindakan segera dan tegas...
Sebagaimana yang terjadi di waktu pengundian tersebut..Kerajaan BN menang dengan 3 UNDI...iaitu 66 menyokong...manakala 63 menentang...Kesan yang timbul daripada ini adalah memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli parlimen yang telah dipilih rakyat...bayangkan kalau BN kalah dalam pengundian tersebut....bayangkan apakah yang akan terjadi...
Memang diakui ada sebahagian terikat dengan acara rasmi yang telah termasuk dalam jadual harian...tetapi seramai mana?Berapa ramai yang berlegar-legar di lobi,kafeteria...malah mungkin yang langsung tidak menghadirkan diri....Mungkin mereka ini sudah terlalu lama bergelar MP sehingga sudah MALAS...atau berada di zon selesa...

Peliknya kalau di kawasan ,ahli diseru supaya bekerja keras memastikan parti sentiasa bergerak..buat program itu dan ini...tetapi gelagat segelintir MP ini yang gagal menghadirkan diri ke dewan persigangan membawa implikasi yang sangat serius dan besar iaitu JATUH KERAJAAN....

Tidakkah terfikir difikiran bahawa pihak pembangkang yang licik sentiasa mengintai peluang untuk mengubah /menjatuhkan kerajaan BARISAN NASIONAL setelah percubaan kali pertama mereka gagal...(16 SEPTEMBER)..
Sebagai rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada MP untuk mewakili rakyat seperti kami ini sudah tentu mengharapkan sesuatu yang terbaik,perkhidmatan,membawa suara rakyat di parlimen..dan bukannya TIDUR DAN PONTENG...sehingga bileh menyebebakn runtuhnya kerajaan Barisan Nasional YANG DITUNJANGI UMNO ini...

TUKAR KEPADA YANG BARU...KALAU X BERKESAN...
Bookmark and Share

Wednesday, December 9, 2009

KEBERANGKATAN KDYTM TENGKU MAHKOTA MENZIARAHI KELUARGA MANGSA LEMAS...

KDYTM Tengku Mahkota Pahang telah berkenan untuk menziarahi keluarga tragedi lemas yang mengorbankan 4 bersaudara di Kota Shahbandar(Bandar 15) petang ini..Baginda yang tiba dengan menaiki helikopter dan diiringi oleh YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz telah mendarat di padang bola RPS Bukit Serok.Kemudian baginda menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk ke Kota Shahbandar..
Satu majlis tahlil arwah yang dipimpin oleh Tuan Kadi Muadzam Shah telah diadakan.Baginda telah menunjukkan sikap Raja Berjiwa Rakyat apabila turut sama merasakan kesedihan akibat tragedi yang menimpa keluarga ini..Baginda melahirkan harapan agar keluarga arwah bersabar dengan dugaan Allah ini.Baginda meminta rakyat di kawasan tersebut supaya mengadakan solat hajat,bacaan yaasin dah tahlil untuk disedekahkan kepada arwah-arwah tersebut.Bagi pihak baginda,baginda juga bertitah akan mengadakan solat hajat dan tahlil di istana baginda.
Baginda juga bertitah,memberikan peringatan dan nasihat kepada ibubapa agar sentiasa memantau kegiatan anak-anak terutama pada musim tengkujuh dan cuti sekolah yang panjang ini.

Sebelum berangkat pulang,baginda sempat meluangkan masa bertemu rakyat dan beramah mesra dengan masyarakat orang asli di RPS Bukit Serok.Ternyata sifat mengambil berat akan rakyat jelata amat disenangi oleh semua masyarakat orang asli di situ..
ISTANA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA..

Tuesday, December 8, 2009

SEKITAR PENGKEBUMIAN JENAZAH 4 BERADIK.....

Suasana sayu dan pilu menyelubungi persekitaran rumah bapa saudara kepada mangsa tersebut.Ramai sanak-saudara dan sahabat handai datang untuk memberikan penghormatan terakhir..

Setelah selesai dimandi dan dikapankan semua mangsa telah dibawa ke masjid Felda Keratong 3 untuk disembahyangkan...Semua jenazah telah dibawa oleh 4 buah kenderaan jenazah.

Liang besar yang mengandungi 4 lahat ..di kawasan perkuburan Felda Keratong 3 di mana jenazah telah disebadikan..Suasana sedih jelas terpancar di wajah kedua ibubapa mangsa apabila menyiram air mawar dan menabur bunga setelah talkin dibacakan.
Turut hadir adalah YB Dato'Mohamad Sahfri,ADUN Ibam dan Dato'Kapten(B) Johari Husin,ADUN Tioman..Mari bersama kita sedekahkan surah Al Fatihah..Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh dan solehah...

DUNIA HANYA PINJAMAN.....

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009