Seperti lazimnya Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Keratong 1 akan diadakan dengan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk Pihak Pengurusan dan Pentadbiran rancangan,Jawatan kuasa Masjid,pihak sekolah,para belia dan sebagainya.Acara dimulakan dengan perarakan serta selawat ke atas junjungan besar,ceramah agama,pertandingan sepanduk,persembahan nasyid serta pertandingan azan.Penglibatan seluruh kelompok komuniti ini menggambarkan kesepakatan serta kerjasama padu yang sedia terjalin.Apa yang pentingnya adalah penghayatan terhadap perjuangan junjungan besar dalam memberikan dakwah terhadap ummah serta mengamalkan sunnah serta cara kehidupan baginda.Harapannya adalah dimasa akan datang akan diatur program yang melibat segenap pelusuk ahli komuniti kerana rasanya ada ruang dan peluang yang boleh ditambahbaik dari semasa ke semasa.Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Tuesday, February 12, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)