Pencerobohan pengganas Kiram ke negara ini telahpun mengorbankan anggota keselamatan negara.Kesedihan,trauma,kesulitan tentunya membelenggu kehidupan keluarga yang terlibat.Malang bagi negara apabila ada warganya yang secara kurangajar memperlekeh pengorbanan mereka malah mengeluarkan kenyataan biadap bahawa semuanya ini adalah sandiwara belaka.Bagaimana mungkin seorang yang dipilih selaku pemimpin berperangai sedemikian.Justeru,sebagai warga yang amat menyanjungi pengorbanan satria negara dalam mempertahan negara telah melancar drmo aman membantah keceluparan warga yang bernama Tian Chua ini.Semoga tindakan tegas akan diambil bagi membasmi segelintir warga yang langsung tidak mempunyai semangat patriotik terhadap negara tercinta ini.Semoga para perwira yang telah terkorban ini akan ditempatkan dikalangan para syuhada.Kami bangga atas pengorbanan dan keberanian saudara.Alfatehah...
Monday, March 18, 2013
Monday, February 18, 2013
PROGRAM TAZKIRAH..MEMPERTINGKAT ILMU AKHIRAT..
Telah berlangsung satu program bacaan yassin,sembahyang hajat serta tazkirah di Masjid FELDA Keratong 1 baru-baru ini.Program dengan kerjasama KEMAS serta Badan Masjid ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.Sewajarnya program seumpama nin sentiasa diadakan bagi mengimbangi kesibukan kita menguruskan hal duniawi.Tazkirah yang disampaikan oleh YB ADUN juga menyentuh tentang betapa pentingnya menghayati perjuangan Junjungan Besar kita,Apa yang penting adalah program ini dapat sedikit sebanyak memberikan informasi berguna melalui tazkirah yang telah disampaikan secara santai dan berkesan.Teruskan..
Tuesday, February 12, 2013
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL...MENGHAYATI PERJUANGAN..
Seperti lazimnya Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Keratong 1 akan diadakan dengan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk Pihak Pengurusan dan Pentadbiran rancangan,Jawatan kuasa Masjid,pihak sekolah,para belia dan sebagainya.Acara dimulakan dengan perarakan serta selawat ke atas junjungan besar,ceramah agama,pertandingan sepanduk,persembahan nasyid serta pertandingan azan.Penglibatan seluruh kelompok komuniti ini menggambarkan kesepakatan serta kerjasama padu yang sedia terjalin.Apa yang pentingnya adalah penghayatan terhadap perjuangan junjungan besar dalam memberikan dakwah terhadap ummah serta mengamalkan sunnah serta cara kehidupan baginda.Harapannya adalah dimasa akan datang akan diatur program yang melibat segenap pelusuk ahli komuniti kerana rasanya ada ruang dan peluang yang boleh ditambahbaik dari semasa ke semasa.Wassatiyah Tonggak Kesatuan Ummah.
Friday, February 1, 2013
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN...MERINGAN BEBANAN RAKYAT..
Mentedari bahawa kos hidup masa kini semakin tinggi,maka kerajaan telah mengambil inisiatif berkongsi kemakmuran negara dengan mengagihkan bantuan awal persekolahan kepada semua ibubapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah.Ternyata bantuan seumpama ini diterimabaik oleh anggota masyarakat kerana ternyata kerajaan mengutamakan kesejahteraan rakyat.Bantuan awal persekolahan ini sudah pasti akan digunakan sebaik mungkin bagi membeli keperluan persekolahan anak-anak mereka.Mereka yang ditemui rata-rata melahirkan rasa terimakasih kepada pihak kerajaan yang begitu prihatin akan kebajikan rakyat terutama yang berpendapatan rendah..KECIL BANTUAN NAMUN BESAR MAKNYA.
Subscribe to:
Posts (Atom)