SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Sunday, May 30, 2010

MERASAI DENYUT NADI RAKYAT....JEJAK ASPIRASI..

Bersempena dengan program Jejak Aspirasi anjuran SERANTA FELDA (JPM) yang diadakan di Felda Keratong 1,maka sesi ziarah pesakit kronik juga telah diadakan...Program ini disertai oleh YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,Tuan Pengurus,Pegawai Seranta,PPU Rompin,Pemimpin masyarakat dan belia.....

Semasa ziarah ini pelbagai masalah berkaitan telah berjaya dan cuba diselesaikan,termasuklah pemberian kerusi roda,hamper,dan sedikit saguhati.Rata-rata pesakit ternyata gembira dan terharu dengan kunjungan ini dan melahirkan rasa kesyukuran atas keprihatinan pemimpin dan masyarakat terhadap mereka.

Adalah amat diharapkan program sebegini kerap dilakukan dan berterusan kerana masih ramai lagi pesakit kronik di Gugusan Keratong ini yang perlukan bantuan dan penyelesaian masalah yang mereka hadapi.
Pengelibatan generasi muda dalam program seumpama ini sedikit sebanyak akan memberikan kesedaran disamping menyemai budaya ambil kisah terhadap apa yang berlaku di persekitaran masyarakat mereka...
YANG JAUH KITA DEKATKAN.

Friday, May 28, 2010

BOLA DAN ORANG MUDA....SAMBUTAN HANGAT...


Bersempena dengan siapnya gelanggang serbaguna yang terletak di Bandar Tun Razak..maka Pemuda UMNO Bahagian Rompin telah mengadakan satu program Kejohanan Futsal untuk belia dan pemuda di kawasan sekitar...

Objektif utama adalah untuk mendaftar keahlian baru disamping mendaftarkan golongan muda yang sudah layak mengundi menjadi pengundi muda...

Program yang bermula pada jam 3.00 petang ini telah disertai oleh 30 pasukan dari Dun Muadzam Shah dan Dun Bukit Ibam..

Apa yang menarik perhatian adalah para pemain sanggup untuk menunggu sehingga jam3.00,pagi kerana perlawanan terpaksa diteruskan juga untuk mencari pemenang..Pasukan terbaik akan bertarung pula di peringkat akhir di mana pasukan2 terbaik dari venue yang berbeza aakan berentap untuk mencari juara futsal Piala YB Ketua Pemuda UMNO ROMPIN...

YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,merangkap KP PPU Rompin yang turut sama hadir telah beraksi untuk pasukan PPU Rompin..
Sekalung tahniah buat urusetia penganjuran yangb telah bekerjakeras dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar...

SUKAN MEMBINA JATIDIRI

Friday, May 21, 2010

RAJA BERJIWA RAKYAT...MENCEMAR DULI TANDA PRIHATIN..

Sebaik sahaja KDYTM Tengku Mahkota Pahang nendapat khabar berita tentang tragedi kebakaran yang mengorbankan seorang warga emas di Felda Keratong 1,baginda telah bersetuju untuk mencemar Duli melakukan kunjungan ziarah terhadap keluarga mangsa...

KDYTM yang tiba pada kira2 jam 3.30 petang telah disambut oleh rakyat jelata yang telah ada diperkarangan rumah keluarga mangsa sebaik sahaja selesai solat Jumaat..Baginda terus meninjau kawasan kebakaran disamping mendapat informasi daripada waris mangsa dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Turut sama mengiringi keberangkatan KDYTM adalah YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,YB Dato'Kapten(B) Johari Hussin,ADUN Tioman,Dato'Pegawai Dareah dan lain-lain pegawai agensi kerajaan..

Satu majlis tahlil yang dipimpin oleh Tuan Kadhi Muadzam Shah telah diadakan.Kemudian KDYTM telah berkenan untuk menyampaikan titah diraja.Baginda memberikan nasihat kepada rakyat agar mementingkan aspek keselamatan di samping membuat pemeriksaan berkala pendawaian elektrik dirumah masing-masing..Baginda juga berkenan menyampaikan kurnia kepada keluarga mangsa...

Bagi pihak rakyat jelata,sekalung ucapan terimakasih atas keprihatinan KDYTM mencemar Duli ke FELDA Keratong 1...sesuai benarlah apa yang dikatakan inilah Raja Berjiwa Rakyat...

ISTANA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA

Thursday, May 20, 2010

API...SEMASA KECIL.....WASPADA...

Hari ini seluruh warga Keratong 1 dikejutkan dengan berita yang menyedihkan..Seorang warga emas telah terkorban dalam satu kejadian kebakaran...rumah yang diduduki telah musnah dijilat api..Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan..
Pasukan Bomba dan Penyelamat yang tiba ditempat kejadian telah memadamkan api yang ketika itu telah hampir membakar keseluruhan rumah tersebut..Jenazah telah dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat..
YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam juga telah turut berkejar ketempat kejadian untuk meninjau di samping mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.Beliau yang juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Pahang turut menyatakan bantuan daripada kerajaan negeri disamping lain-lain bantuan daripada pihak-pihak yang berkenaan.
Dengan kejadian yang berlaku ini,semakin jelas keperluan balai bomba dan penyelamat segera dibina di Gugusan Keratong ini memandangkan tapaknya telah pun digazetkan..
Seperkara lagi yang harus diberikan penekanan ialah kesedaran tentang musibah yang boleh disebabkan oleh api....kerana api dikatakan semasa kecil menjadi kawan....

BERINGAT SEBELUM KENA....

Monday, May 17, 2010

LANGKAH POSITIF MEMBINA JIWA....


Pepatah mengatakan bahawa 'Kalau ingin melentur buluh,biarlah dari rebungnya..Proses membina jiwa dan rohani nin memang perlu dimulakan sejak awal lagi agar generasi muda ini mempunyai kekuatan dan jati diri yang mantap dan dapat melalui kehidupan penuh cubaan di masa mendatang...

Justeru,Program Ikhtifal Sekolah-sekolah Agama Rakyat/KAFA Daerah Rompin telah diadakan dengan jayanya bertempat di Sekolah Agama Rakyat Felda Keratong 7 baru-baru ini..Penyertaan yang amat mengalakan dengan persiapan yang rapi oleh setiap sekolah yang mengambil nahagian menggambarkan kesungguhan murid-murid dan tenaga pengajar untuk memberika yang terbaik...

Antara acara yang dijalankan adalah seperti tilawah,syarahan dalam bahasa arab,rawi/marhaban,hafazan,khat,pertandingan azan dan nasyid...Kebanyakan peserta telah menunjukkan mutu persembahan yang boleh dibanggakan...
YB.Dato'Mohamad Sahfri,EXCO Kerajaan Negeri Pahang telah bersama-sama hadir ke majlis ini.Beliau telah meninjau ke lokasi-lokasi pertandingan untuk melihat sendiri kehebatan anak=anak pelajar mempamerkan kebolehan masing-masing bagi acara yang disertai..

Adalah amat diharapkan perhatian yang lebih serius dapat diberikan lepada Sekolah SAR/KAFA ini terutama dari segi prasarana dan kemudahan peralatan pendidikan,serta kebajikan pendidik agar proses pembinaan jiwa dan rohani pelajar dapat dijalankan dengan lebih berkesan...

BINA JIWA SUUBURKAN ROHANI..





Monday, May 10, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN DUN ...PERSIAPAN MESYUARAT..


Musim untuk cawangan bersidang telah pun tiba...Sebagai persediaan..pihak pengurusan UMNO Bahagian telah mengadakan perjumpaan dengan Ketua-ketua Cawangan dan entiti bagi memberikan penerangan tentang perkara tersebut.Perjumpaan bagi DUN Bukit Ibam ini telah diadakan di Dewan JKKR Felda Keratong 1..

Hadir sama dalam penjumpaan ini adalah YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN BUKIT IBAM merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian,Setiausaha,Bendahari,S/U Penyelaras dan AJK serta pihak urusetia pentadbiran UMNO Bahagian Rompin..

Taklimat ringkas tentang tatacara persidangan juga telah di sampaikan oleh S/U Umno Bahagian yang mencakupi pindaan perlembagaan.pemutihan dan penetapan tarikh-tarikh persidangan cawangan...

Semoga persidangan cawangan-cawangan pada kali ini akan dapat dijalan kan mengikut jadual dan lancar tanpa sebarang masalah..

Apa yang amat diharapkan adalah segala usul dan resolusi yang telah diajukan dalam mesyuarat yang lalu telah mendapat perhatian dan tindakan pihak pentadbiran UMNO Bahagian..Jangan mesyuarat hanya sekadar mesyuarat dan tidak ada tindak ikut(follow up) daripada pihak berkenaan..

PERSIDANGAN BERMULA..

Monday, May 3, 2010

KONVOI LAGI....SEBAGAI MENTOR...


Bersempena dengan konvoi belia Gugusan Keratong yang telah dilancarkan oleh YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz...maka Keratong Big Bikers telah diamanahkan untuk membuat pemantauan dan menjadi mentor kepada adik2 riders di Pantai PD...

Maka..KBB telah mengambil tanggungjawab tersebut dengan menyusun konvoi tersebut.Dengan disertai 10 buah jentera berkuasa tinggi telah memulakan perjalanan ke PD...

Apa yang menarik di sini adalah ketibaan BigBikers telah disambut oleh marshall yang telah sedia menanti dan membawa konvoi ke lokasi perkhemahan..Konvoi telah diberi tepukan gemuruh ketika memasuki kawasan perkhemahan..Kelihatan motorsikal telah disusun dengan rapi dan teratur disamping melihat beberapa motorsikal yang menghadapi masalah mekanikal sedang diselenggara oleh ahli yang berpengalaman..

Konvoi mula bergerak pulang pada jam 3.00petang dan singgah di Ulu Bendul untuk berehat sebentar...Alhamdulilah semua peserta konvoi telah selamat sampai ke Keratong pada kira2 jam 8.00 malam...Tahniah kepada KBB yang telah menjadi mentor dan kepada adik2 riders yang telah menunjukkan disiplin yang baik...Berjumpa lagi di lain aktiviti...

KE ARAH MEMUPUK DISIPLIN...

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009