SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Wednesday, December 16, 2009

Utusan Malaysia Online - Terkini


Utusan Malaysia Online - Terkini
Jamaluddin rasmi program rakyat melalui sidang video
16/12/2009 4:04pm


ROMPIN 16 Dis. - Dunia tanpa sempadan. Itulah yang dibuktikan oleh Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis untuk sentiasa berada dekat bersama rakyatnya di Rompin apabila merasmikan satu program di sini hari ini secara langsung dari Amerika Syarikat (AS) menerusi satu persidangan video.

Program Literasi Undang-Undang Etnik Minoriti yang diadakan di Dewan Jubli Perak Majlis Daerah Rompin dirasmikan Jamaluddin melalui sidang video yang dipancarkan di hadapan lebih 300 penduduk Orang Asli sekitar Rompin, yang berlangsung selama 10 minit.

Dalam sidang video berkenaan, Duta Besar Malaysia ke Amerika berkata beliau berada di Washington dan keadaan di sana pada masa itu hujan dan pukul 10 malam.

"Saya sekarang berada di Washington DC, Amerika di mana Presiden Barrack Obama tinggal dan di sini pada masa ini adalah malam serta hujan, tidak seperti di Rompin yang ketika ini pagi dan cuacanya cerah,” katanya.

Mengenai majlis berkenaan, beliau berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kerana memilih Rompin untuk mengadakan program itu.

- BERNAMA

GEJALA PONTENG......DI MANAKAH SILAPNYA????

Perasaan marah pada ahli parlimen BN yang tidak berada di dalam dewan persidangan sewaktu pengundian bagi kelulusan Bajet 2010 adalah sesuatu yang serius dan perlu diambil tindakan segera dan tegas...
Sebagaimana yang terjadi di waktu pengundian tersebut..Kerajaan BN menang dengan 3 UNDI...iaitu 66 menyokong...manakala 63 menentang...Kesan yang timbul daripada ini adalah memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab segelintir ahli parlimen yang telah dipilih rakyat...bayangkan kalau BN kalah dalam pengundian tersebut....bayangkan apakah yang akan terjadi...
Memang diakui ada sebahagian terikat dengan acara rasmi yang telah termasuk dalam jadual harian...tetapi seramai mana?Berapa ramai yang berlegar-legar di lobi,kafeteria...malah mungkin yang langsung tidak menghadirkan diri....Mungkin mereka ini sudah terlalu lama bergelar MP sehingga sudah MALAS...atau berada di zon selesa...

Peliknya kalau di kawasan ,ahli diseru supaya bekerja keras memastikan parti sentiasa bergerak..buat program itu dan ini...tetapi gelagat segelintir MP ini yang gagal menghadirkan diri ke dewan persigangan membawa implikasi yang sangat serius dan besar iaitu JATUH KERAJAAN....

Tidakkah terfikir difikiran bahawa pihak pembangkang yang licik sentiasa mengintai peluang untuk mengubah /menjatuhkan kerajaan BARISAN NASIONAL setelah percubaan kali pertama mereka gagal...(16 SEPTEMBER)..
Sebagai rakyat yang telah memberikan kepercayaan kepada MP untuk mewakili rakyat seperti kami ini sudah tentu mengharapkan sesuatu yang terbaik,perkhidmatan,membawa suara rakyat di parlimen..dan bukannya TIDUR DAN PONTENG...sehingga bileh menyebebakn runtuhnya kerajaan Barisan Nasional YANG DITUNJANGI UMNO ini...

TUKAR KEPADA YANG BARU...KALAU X BERKESAN...
Bookmark and Share

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009