.jpg)
-001.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Bersempena dengan siapnya gelanggang serbaguna yang terletak di Bandar Tun Razak..maka Pemuda UMNO Bahagian Rompin telah mengadakan satu program Kejohanan Futsal untuk belia dan pemuda di kawasan sekitar...
Objektif utama adalah untuk mendaftar keahlian baru disamping mendaftarkan golongan muda yang sudah layak mengundi menjadi pengundi muda...
Program yang bermula pada jam 3.00 petang ini telah disertai oleh 30 pasukan dari Dun Muadzam Shah dan Dun Bukit Ibam..
Apa yang menarik perhatian adalah para pemain sanggup untuk menunggu sehingga jam3.00,pagi kerana perlawanan terpaksa diteruskan juga untuk mencari pemenang..Pasukan terbaik akan bertarung pula di peringkat akhir di mana pasukan2 terbaik dari venue yang berbeza aakan berentap untuk mencari juara futsal Piala YB Ketua Pemuda UMNO ROMPIN...
YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,merangkap KP PPU Rompin yang turut sama hadir telah beraksi untuk pasukan PPU Rompin..
Sekalung tahniah buat urusetia penganjuran yangb telah bekerjakeras dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar...
SUKAN MEMBINA JATIDIRI