SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Wednesday, September 23, 2009

BLOK 20 KERATONG 2 MENCATAT SEJARAH....

Budaya baraa'an...atau menziarahi rumah secara berkumpulan memang sudah menjadi tradisi di kebanyakan tempat/kampung apabila tiba Hari Raya Aidil Fitri..Seluruh warga kampung akan bersama-sama bermarhaban dan berselawat...Inilah masanya seluruh warga,kecil besar tua muda dapat bermesra dan bermaaf-maafan setelah sekian lama tidak berjumpa..

Bagi warga Blok 20 FELDA Keratong 2...pada tahun ini kaedah baraa'an ini telah di ubah kepada mengadakan rumah terbuka...iaitu sebaik sahaja selesai sembahyang sunat Aidil Fitri.Pada petang sebelum menjelang raya...warga telah bergotong royong memasang khemah dan canopy...di atas jalan berhampiran dengan setor penyimpan barang...ini memudahkan lagi keadaan..Pada masa yang sama tempahan lemang telah dibuat sebagai menu utama ....

Selesai sahaja bersembahyang maka berduyun-duyun warga Blok 20....anak,menantu...cucu,citit ke khemah yang telah dipasang...Masing-masing membawa hidangan dari rumah masing-masing...ketupat,rendang,lodeh,nasi dagang...kuih-muih...

Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Blok yang juga merupakan Ketua Kampung iaitu Tuan Haji Bakri bin Maksom..Bacaan doa selamat pula telah dipimpin oleh Tuan Haji Mahfudz...Kemudian jamuanpun dimulakan..Masing-masing makan sambil berbual mesra..Sessi bergambar kenangan juga turut diadakan..

Sesungguhnya,ini adalah merupakan blok contoh yang kali pertama mengadakan rumah terbuka pada hari raya pertama..Akhirnya sessi bermaaf-maafan dan memberi duit raya telah di adakan....

Pada masa hadapan pula dirancang untuk diadakan majlis tahlil dan kenduri blok perdana...Perancangan akan disusun agar majlis yang akan diadakan nanti lebih baik dan tersusun..

MASYARAKAT SEPAKAT MEMBAWA BARAKAH...


Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI....


SELAMAT HARI LEBARAN..SEMOGA HARI RAYA DIRAIKAN DENGAN PENUH KESYUKURAN..MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA ANDAI ADA TERKASAR BAHASA,TERLANJUR PERBUATAN SAMADA YANG DISEDARI ATAU PUN TIDAK..

GEMBIRA KITA,GEMBIRAKAH MEREKA...

Friday, September 18, 2009

BALIK KAMPUNG....LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN...




Musim raya tiba lagi..Yang pastinya budaya balik ke kampung tetap menjadi sebahagian cara hidup kita.Pulang ke kampung menziarahi,bertemu keluarga yang telah lama tidak berjumpa..Dalam keterujaan pulang kekampung,faktor ke selamatan jangan di ambil mudah.
Rumah yang kita tinggalkan hendaklah dipastikan selamat.Tutup segala suis peralatan elektrik bagi mengelakkan litar pintas..Pastikan juga segala tingkap,pintu berkunci..Sekiranya kita melanggan akhbar,roti dan susu segar hendaklah dipastikan penghantarannya di hentikan buat sementara waktu..Dibimbangi akhbar dan lain2 barang yang tergantung di pintu pagar bakal menarik perhatian penjenayah untuk melakukan jenayah pecah rumah semasa ketiadaan kita beraya di kampung.
Maklumkan kepulangan kita ke kampung pada pihak berwajib seperti pihak polis.Tinggalkan alamat lengkap kita kepada pihak polis supaya pihak polis dapat membuat rondaan berkala bagi memastikan tiada unsur-unsur kejadian kenayah dapat dilakukan oleh penjenayah..
Selain itu,rondaan oleh anggota RELA,Rukun Tetangga,dan Skim Kawalan Sukarela(SRS) boleh dijalankan bagi mengawasi pergerakan orang-orang yang mencurigakan,Masyarakat juga boleh memaklumkan kepada pihak polis sekiranya ada pihak-pihak yang mencurigakan berkeliaran di kawasan mereka melalui RAKAN COP..Yang lebih penting kita semestinya mempunyai nombor telefon Balai Polis yang berhampiran dengan kediaman kita supaya mudah untuk kita hubungi di waktu kecemasan..
Atas nama semangat kejiranan pula,kita hendaklah memaklumkan kepulangan kita ke kampung itu kepada jiran tetangga dan meminta mereka supaya sama-sama melihat dan mengawasi rumah semasa ketiadaan kita..
Kesimpulannya,kita hendaklah sama-sama berusaha memastikan harta benda yang kita tinggalkan semasa pulang kekampung berada dalam keadaan selamat dan bebas dari unsur-unsur jenayah..Semoga kita dapat beraya dalam keadaan tenang dan gembira...
CEGAHLAH JENAYAH,TINGKATKAN PENCEGAHAN...

Wednesday, September 16, 2009

PULANGLAH PERANTAU...KEPULANGANMU DINANTI...

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya..Sebagaimana tahun-tahun terdahulu,inilah masanya anak perantau pulang kekampung halaman bertemu kaum keluarga,sanak saudara,sahabat handai dan juga insan tercinta..Setahun di rantauan,memcari rezeki di tempat orang ,tentu sudah kedatangan Syawal begitu mengamit perasaan..

Dalam kesibukan dan kesesakan jalanraya,aspek keselamatan jalanraya tidak harus di ringankan...Periksa dan pastikan keadaan kenderaan telah diselenggara dengan rapi...Memandulah dengan berhemah,bertimbangrasa dan berhati-hati.Patuhilah undang-undang dan peraturan jalanraya.Biarlah kepulangan kita disambut dengan airmata kegembiraan dan bukannya tangisan kesedihan..Jangan jadikan jalanraya tempat berlumba..Rasnya telah banyak kempen,informasi,peringatan di paparkan di media arus perdaana tentang kempen keselamatan jalanraya.

Jadikanlah hari raya pada kali ini lebih bermakna dalam ertikata sebenar...janganlah hanya terperuk di rumah menghabiskan masa cuti raya dengan menonton televisyen...Kunjungilah,ziarahilah sanak saudara,sahabat handai yang lama terpisah ...semoga dengan ini akan merapatkan tali persahabatan dan persaudaraan..

Kalau ada program marhaban,baraa'an...sertailah aktiviti dan program seumpama ini yang semakin jauh di telan arus kemodenan..Budaya berciri keislaman ini harus di pertahankan dan disemai pada generasi muda...

Seperkara lagi....apa sahaja yang bersifat negatif janganlah dibawa bersama pulang kekampung...tinggalkan sahaja di bandar/kota.Jangan biarkan adik-adik yang masih mentah terpengaruh dengan budaya negatif yang kita bawa..... KASIHANILAH ADIK-ADIK KITA YANG MASIH MENTAH.Tunjukkan lah pada mereka contoh tauladan yang baik...Ibubapa pun pasti gembira.

TREND DI BANDAR,CARA DI DESA JAUH BERBEZA...

Sunday, September 13, 2009

RAKYAT MAHUKAN PEMBANGUNAN,BUKAN SEKADAR MENDIRIKAN BANGUNAN...

Entah buat kali yang keberapa aku pun dah lupa..berita tentang pembangunan yang tidak menepati kehendak sebenar rakyat..malah kadang-kadang langsung tidak memberikan apa-apa manfaat langsung..Hanya menjadi GAJAH PUTIH yang menyakitkan mata...
Perbelanjaan yang dikeluarkan bukannya sedikit.....dan wang ini adalahy wang kerajaan hasil dari pembayar cukai..Jadi apabila setiap hari dan setiap kali melintasi projek gajah putih ini hati menjadi sakit atas kegagalan pihak yang berwajib membuat perancangan teliti dan holistik sebelum sesuatu projek itu dilaksanakan.
Salah satu projek Gajah Putih yang ada di sekitar kawasan aku ini adalah Pusat Ekonomi RPS Bukit Serok ...Bukan tak pernah di bincangkan...PERNAH KELUAR salam BULETIN UTAMA...dan bukan tak pernah dilawati oleh seseorang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan..Tapi aku hairan kerana selepas itu seakan tiada tindak ikut oleh pentadbir di peringkat daerah..
Daalam tinjauan mutakhir yang dibuat didapati bangunan tersebut bertambah usang...dijadikan oleh golongan yang tidak bermoral sebagai tempat melepak..meminum minuman keras...kaca-kaca botol minuman keras bersepah-sepah disana-sini..SAKIT MATA memandang,,,
Adalah diharapkan akan ada tindakan untuk memperbaiki keadaan ini dalam masa terdekat kerana kawasan ini adalah kawasan yang berpotensi..
sebenarnya adalagi projek-projek yang dibuat oleh agensi-agensi kerajaan yang dirasakan tidak menepati kehendak samada dari segi rekabentuk mahupun lokasi...Dibimbangkan dalam kita membina infrastuktur untuk rakyat dalam keadaan yang tidak memenuhi aspirasi rakyat akan membawa nama yang tidak elok kepada kerajaan secara keseluruhannya..
GAJAH PUTIH..SAKIT DIMATA SAKIT DIHATI......

Wednesday, September 9, 2009

PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA MASYARAKAT



Sebagaimana Ramadhan yang lalu,dalam kesibukan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan pastinya program berbuka puasa bersama masyarakat setempat menjadi sebahagian daripada aktiviti pemimpin..
Biasanya program akan bermula seawal jam 6.00 petang dengan bertadarus,bacaan tahlil ,berbuka puasa dan solat tarawikh..
Program berbuka YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam antara yang sempat dicatatkan bermula di Masjid Keratong Lima..Selesai berbuka dan solat Maghrib,bertolak pula ke Masjid Keratong 3 untuk solat Isyak dan Tarawikh..
Keesokannya pula majlis berbuka puasa bersama penduduk di Ladang Kosma dan bertarawikh di Masjid Kota Bahagia..
Apa yang menarik,semasa jamuan moreh,segala permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dapat dikemukakan secara terus dan telus.
Semoga Ramadhan kali ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama pemimpin dan anggota masyarakat..
RAMADHAN MEMBENTUK PERIBADI MULIA

Monday, September 7, 2009

SELAMAT BERJUANG WAHAI ANAK BANGSAKU..KIBARKAN BENDERA KEGEMILANGAN...

HARI INI...8,9,dan 10 September 2009 adalah bagai peperangan bagi pelajar UPSR setelah bertahun menimba ilmu dari guru-guru..Sebagai warga pendidik tentulah harapan mengunung diletakkan di bahu murid setelah segala ilmu,kaedah dan teknik di sampaikan dengan penuh rasa sedar dan tanggungjawab mendidik anak bangsa..

Sudah pastinya anak-anak murid sudah cukup bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi penilaian ini..Segala program yang disusun dahulu,,motivasi,kem subjek,mentor mentee,latih tubi ,kelas bimbingan intensif,bacaan yaasin dan solat hajat...diharap dapat menjadi bekalan yang cukup berguna..

Sebelum berangkat pergi ke sekolah mintalah restu ibubapa...ciumlah tangan mereka..minta didoakan agar ditenangkan hati dalam menjawab soalan yang dikemukakan..Ibubapa/penjaga bolehkah terus bersembahyang hajat,membaca yassin sebagai bantuan spritual kepada anak-anak mereka yang terlibat..
Para pemimpin masyarakat/ahli poltik/YB ADUN yang berkesempatan seharusnya boleh meluangkan masa melihat sendiri anak-anak ini,memberikan ucapan perangsang dan semangat kepada mereka.

Kepada anak-anak murid...ingatlah bahawa di tangan anda ada bendera yang harus anda kibarkan...bendera kejayaan,kecemerlangan dan kegemilangan..Tiada apa yang membanggakan kami warga pendidik selain kejayaan anak-anak didik dalam penilaian ini nanti ..Insyaallah..
Jawablah dengan penuh ketenangan,gunakan setiap masa yang ada ..dan jangan cepat berpuashati dengan apa yang telah dijawab...Buatlah semakan supaya tidak berlaku kecuaian dalam menjawab...

KEJAYAAN BUKAN SATU WARISAN,KEGAGALAN BUKAN SATU TRADISI..

Saturday, September 5, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PERSATUAN BELIA DESA BAHAGIA…



Persatuan Belia Desa Bahagia(Tabung Haji) telah menganjurkan majlis berbuka puasa sebagai sebahagian daripada program yang telah dirancang..

Terdahulu…Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan telah diadakan.Mesyuarat telah dirasmikan oleh En.Ramli Hussain,Setiausaha Penyelaras DUN Bukit Ibam yang mewakili YB Dato’Haji Mohamad Sahfri Ab.Aziz,ADUN Bukit Ibam..Turut hadir di majlis tersebut adalah Pegawai Belia Daerah Rompin,En.Anazeem dan pemimpin masyarakat setempat.

Apa yang menarik perhatian adalah semangat bergotong-royong dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli belia tersebut.Masing-masing menjalankan tugas yang telah diberikan dengan penuh semangat.

Dalam ucapannya,En.Ramli telah menasihatkan ahli-ahli agar mengelakkan diri daripada terjerumus dalam gejala yang tidak sihat disamping bergiat aktif dalam aktiviti persatuan.Beliau berjanji akan membawakan permohonan peruntukan ke pengetahuan YB.ADUN..
Sekalung tahniah diucapkan kepada Persatuan Belia Desa Bahagia..Semoga akan bertambah maju dalam merancang dan melaksanakan program..

BELIA PENJANA PEMIMPIN MASA HADAPAN..

Wednesday, September 2, 2009

ZIARAH RAMADHAN…..PENDEKATAN PALING EFEKTIF……


Ramadhan datang lagi…Sudah hampir dua miggu umat Islam menunaikan ibadah ini…Semakin banyak program berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di sana sini…

Maka datanglah warga susah/miskin ke majlis yang tersebut…Datang pulak tentunya awal…sedangkan selalunya majlis seumpama ini memang lewat daripada jadualnya..

Penerima yang sudahlah uzur/OKU..warga emas yang tersenarai ini pula tentulah akan berpakaian yang paling cantik yang mereka ada…walaupun hakikatnya itu bukanlah keadaan sebenar kehidupan seharian mereka…

JUSTERU…PENDEKATAN BARU HARUS DI LAKUKAN BAGI MENGURANGKAN MENGADAKAN MAJLIS BESAR BAGI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN…

Program ziarah selepas sembahyang tarawikh adalah dirasakan paling berkesan dan sesuai..Penganjur bolehlah mendapatkan maklumat penerima melalui Ketua Kampung/Tok 4..Penerima jangan di beritahu dan lawatan ini bolehlah dikatakan sebagai lawatan mengejut..

Dari sini barulah kita akan menemui keadaan sebenar penerima sumbangan..Ada yang sakit terlantar…rumah bergelap…bekalan air paip tiada…anak tidak bersekolah…ketiadaan wang membeli peraalatan dan lain2..
Barulah pemimpin…dapat melihat sendiri kesusahan sebenar warga ini dan penyaluran bantuan boleh diurus dengan segera..

Mereka juga pastinya akan lebih berterimakasih kerana pemimpin turun padang dalam ertikata sebenar…tidak lagi perlu berpenatlelah ke majlis-majlis penyampaian sumbangan dengan memakai pakaian secantik mungkin yang menutup sementara kesusahan/kepayahan/keperitan hidup mereka..

JANGAN DISUSAHKAN WARGA YANG MEMANG SUSAH..

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009