SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Monday, June 29, 2009

ASYIK2 PECAH RUMAH..CURI MOTOR..CURI BUAH SAWIT..




Sejak kebelakangan ini cerita rumah kena pecah,kes ragut,motor hilang seringkali menjadi topik hangat di kalangan masyarakat felda..Dalam satu kejadian di tempat tinggalku ini pernah berlaku 6 kejadian pecah rumah dalam satu malam…menggambarkan betapa seriusnya dan betapa beraninya penjenayah2 ini..

Mengikut cerita2 kedai kopi kejadian ini didalangi oleh penagih2 dadah..dan pendatang asing tanpa izin yang mencari rezeki di tanah rancangan..Walaupun tangkapan demi tangkapan oleh pihak berkuasa namun kejadian ini masih lagi berlaku..

PERSOALANNYA..SELAKU ORANG AWAM APAKAH PERANAN KITA..

Di rancangan tanah felda memang ada pasukan RELA..Tapi mengikut pemerhatian saya kebanyakan mereka sekarang ini dari golongan yang berumur..yang mempunyai pelbagai masalah kesihatan..tentunya pergerakan sudah mulai terbatas..apatah lagi kecergasan..Maka sudah tiba masanya golongan muda didekati dan digalak untuk sama menyertai RELA..Dan saya rasa ini bukan sesuatu yang senang jika kena dengan caranya..Ini adalah kerana selama ini pihak2 yang berkenaan sering memandang serong akan golongan muda belia ini..Kalau kita selaku orang tempatan sudah memandang buruk akan golongan muda ini…apatah lagi orang luar..

Banyak lagi cara untuk kita bergerak membantu pihak berkuasa dalam membanteras jenayah..melalui Rakan Cop,Rukun Tetangga dan sebagainya..Namun saya lebi berminat dengan Program Skim KEPOLISAN MASYARAKAT..Ini pernah ada di tempat saya beberapa ketika dahulu tetapi sekarang telah berkubur tanpa nesan..Entah mengapa aku npun tak tahu..
Melalui program ini setiap ketua peneroka (ketua blok) diminta membuat laporan mengenai sebarang maklumat yang boleh digunakan oleh pihak berkuasa..Pihak berkuasa pula membentang kan indeks jenayah yang telah berlaku di sepanjang bulan..Rondaan bersama dilakukan mengikut keperluan..Pada masa itu ianya ternyata memberikan impak yang berkesan.Indeks jenayah dapat diturunkan..Perjumpaan,mesyuarat diadakan secara bergilir..Balai Polis..JKKR,Blok..

Seperkara lagi yang menjadi persoalan yang tak terjawab ialah mengapa sekarang ini FELDA SECURITY(FELSCO) tidak lagi menempatkan anggotanya di rancangan FELDA melainkan mengawal premis2 FELDA..sedangkan sewaktu waktu dahulu di setiap rancangan ada ditempatkan anggota..sewaktu itu aku masih lagi bersekolah..

Kesimpulannya,kampung kita adalah tanggungjawab kita…mari kita berganding bahu mengembleng tenaga bergerak memastikan keselamatan kampung bebas jenayah..

Saturday, June 27, 2009

PENGUNDI MUDA…PENGUNDI LUAR….SIAPA MEREKA DI MATA KITA……????




Pengundi muda..pengundi luar..pengundi yang tinggal di luar kawasan adalah satu permasalahan yang begitu besar dan memainkan peranan penting dalam menentukan calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya masa kini dan akan datang..


Jika golongan ini tidak di dekati atau diambil peduli sudah pasti mereka akan menjadi semakin jauh,jauh..dan jauh dari kita..Jadi,sesuatu mesti dilakukan dengan cara yang berkesan dan terancang kerana telah terbukti bahawa golongan inilah yang paling ramai menyokong pembangkang dalam PRU yang lalu.. MENGAPAKAH INI BOLEH BERLAKU DAN AKAN TERUS TERJADI??????

Pengundi muda dan pengundi luar ini adalah pengundi yang sekarang ini lebih terdedah dan celik IT.(internet,blog dsb)-rujuk artikel ADUKA TARUNA-.Mereka berjiwa muda,agresif dan kritis..lebih cenderung kepada menyokong dakyah2 pembangkang..
MENGAPA MEREKA INI HARUS KITA DEKATI …??


Mengikut ketetapan SPR,penetapan lokaliti mengundi biasanya berdasarkan alamat di My Kad..jadi walaupun mereka itu tinggal dan berkerja di merata pelusuk Negara,namun apabila tiba musim mengundi mereka ini akan pulang kekampung halaman untuk mengundi..Inilah yang biasanya dipanggil sebagai PENGUNDI LUAR..
PERSOALANNYA….

Apakah sumbangan YB ADUN @PARLIMEN. kepada mereka selama ini?Kenalkah mereka dengan YB atau bakal2 YB ini?Apakah yang mereka dapat sekiranya mereka mengundi calon kita……
Oleh sebab mereka ini kebanyakannya tinggal di Bandar maka, mereka tidak akan merasa apa-apapun kerugian jika mengundi pembangkang kerana pembangunan telah pun ada dan akan terus ada di kawasan tempat tinggal mereka.

JUSTERU, APA YANG BOLEH DILAKUKAN ?

Pertamanya, wujudkan kumpulan ala pengundi maya………Wujudkan kelab atau persatuan anak-anak tempatan mengikut ADUN dan PARLIMEN bagi pengundi-pengundi muda ini di Bandar. Contonya persatuan ana-anak DUN @ PARLIMEN………..Letakkan ianya di bawah naungan ADUN @ ahli PARLIMEN.

Keduanya, adakan perjumpaan berkala dengan ahli-ahli persatuan ini secara berterusan bagi memahami permasalahan mereka dirantauan. KALAU BOLEH lantik wakil mereka sebagai AJK PEMUDA / PUTERI sebagai wakil khas untuk golongan ini. Setiap perjumpaan / mesyuarat, wakil ini akan mengutarakan apa jua masalah yang mereka hadapi. Sebagai pemimpin politik ADUN / ahli PARLIMEN semestinya mempunyai jaringan hubungan dengan pemimpin politik di tempat mereka atau ketua-ketua jabatan di tempat mereka tinggal. JADI…..dengan panggilan talipon atau surat sokongan sahaja, kita boleh meminta agar pemimpin tadi menolong menyelesaikan masalah yang pengundi-pengundi luar ini hadapi.

Banyak lagi cara / program yang boleh kita lakukan untuk mendekati pengundi luar ini agar mereka sentiasa rapat dan terasa diri mereka di ambil berat. Barulah tidak timbul persepsi yang mereka ini hanya kita perlukan, dekati, cari……hanya apabila musim mengundi.
Kita tidak mahu seperti apa yang berlaku di Kelantan… BAS, duit kocek hatta duit minyak kita sediakan untuk mereka pulang mengundi, akhirnya mereka disambut pembangkang , dan mengundi pihak pembangkang…….SALAH SIAPAKAH INI…?

Kita perlulah berani untuk berubah dan mencuba kaedah baru untuk menghadapi pengundi muda @ pengundi luar ini. Jangan terus dengan system dan cara lama yang ternyata sudah ketinggalan zaman.

ZAMAN TELAH BERUBAH….FIKIR-FIKIRKANLAH……….

Friday, June 26, 2009

PESTA IKAN TEBAKANG…..





Hari ini aku nak berehat daripada berbicara tentang apa yang biasanya aku buat…tentang belia..gen 2 dan politik…Aku nak paparkan aktiviti yang aku buat semalam..

Sedang aku berehat di rumah,tiba-tida telefon berdering..rupa-rupanya seorang sahabat mengajak aku menjaring ikan tebakang..Setelah membuat persiapan ringkas,aku dan rakan-rakan pun bertolak ke lokasi..Lokasinya adalah di sebuah danau di Kampung Lubok Batu..kira-kira 3 km daripada tempatku…

Sesampainya di lokasi aku lihat beberapa orang telahpun mula menjaring,menjala..Aku dan rakan-rakan iaitu Mr.O,Mohayadi,Tok 4 Razak,Wakdin dan Culek terus sahaja memasang jaring.Jaring yang digunakan adalah jaring burung saiz 8 dan jaring biasa…

Tidak berapa lama kemudian jaring yang dipasang telah mula mengena..Jenuh kami mengeluarkan ikan daripada jaring.Wakdin yang menunjukkan kepakarannya menangkap ikan menggunakan tangan berjaya menangkap lebih kurang 2kg..

Aku juga ada membeli ikan tebakang yang telah disalai..dengan harga RM16 sekilogram..Hasil tangkapan pada hari ini lebih kurang 25 kg dan telah dibahagi sama rata..Sungguh berbaloi berendam selama 3jam lebih..Ikan salai yang kubeli tadi telah ku masak lemak cili api…uuuugh…berminyak mulut..

Inilah catatan yang dapat ku tuliskan ..jumpa lagi ……

Tuesday, June 23, 2009

PERSIDANGAN DAH BERMULA…..BAGAIMANA???

Sekarang musim mesyuarat UMNO Cawangan-cawangan telah pun bermula.Ada yang telah bermesyuarat ,ada yang belum dan ada yang tak tahu bila nak buat..Mesyuarat pada kali ini amat penting kerana boleh membincangkan hal ekonomi,isu kerajaan perpaduan,hal selsema babi dan yang paling penting tentang pindan perlembagaan UMNO itu sendiri sebagaimana yang dikhabarkan..
SENARIO…….dan PERSOALANNYA…

Apakah persidangan tahunan cawangan pada tahun ini berlangsung dengan ‘MERIAH’????Adakah ramai pemerhati dari UMNO Bahagian yang hadir,selain daripada wakil yang telah ditetapkan oleh UMNO Bahagian itu sendiri…..?Jawapannya tentu sebagaimana kita tahu…TIDAK… Ini adalah disebabkan pada tahun ini tidak ada pemilihan sama ada di peringkat Bahagian mahupun Kebangsaan…

Sudah pasti ada juga persidangan cawangan yang dijalankan secara ‘ASAL BUAT’….Ini belum lagi ditanyakan bagaimana persidangan pemuda dan puteri cawangan…pastinya lebih MERIAH….

Soal calon perwakilan Bahagian ke KL juga menarik untuk diceritakan..Menarik bukan kerana persaingan sengit tapi masing-masing yang dipanggil ‘HARD CORE’ inimenyepikan diri..Kata mereka biarlah tahun ini kita berikan peluang kepada ketua-ketua UMNO Cawangan yang aktif yang belum pernah ke persidangan di KL sebagai perwakilan..

Apa rasional atas semua ini??? Jawapannya juga kita tahu..sebab tahun ini tidak ada pemilihan….Kalau pada tahun lepas,mereka ini sanggup berhabis,melobi,berkempen untuk ke KL tetapi tahun ini tidak..Apakah salahnya waktu ada pemilihan parti peringkat pusat berikanlah peluang pada ketua-ketua cawangan ini atau ahli-ahli biasa sebagai perwakilan bahagian??? KENAPA TIDAK???Adakah mereka ini tidak berkeupayaan untuk memilih pemimpin atau tidak tahu mengundi atau juga takut undi rosak???

Sebagai ahli UMNO yang matang kadang-kadang ahli-ahli biasa ini merasakan seakan tidak dihargai…malah kekadang terasa diri diperbodoh terutama apabila mendengar ada suara-suara dari kalangan orang-orang kanan bahagian menyatakan….”Tahun ini kita akan beri peluang kepada muka-muka baru untuk ke KL sebagai menghargai jasa dan komitmen juga kesetiaan kepada parti..

Cuba kita bilang dan renungkan..sudah berapa kalikah orang-orang kanan bahagian berjaya merebut tiket “G7” dalan sejarah penglibatan merekadi peringkat bahagian?? Jawapannya sudah tentu berkali-kali dan kebanyakannya di tahun-tahun yang ada pemilihan parti..

Oleh itu,marilah kita sama-sama kita membuat perubahan atau anjakan paradigma dalam diri kita..sama-sama kita pastikan persidangan cawangan pada tahun ini berjalan mengikut landasan yang betul..serius dan bersemangat kerana inilah sahaja platform yang kita ada untuk membincangkan nasib bangsa,agama dan negara tercinta..

Saya tidak berniat untuk menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak ..Cuma marilah kita sama-sama kita RENUNG-RENUNG DAN FIKIR-FIKIRKAN.

Monday, June 22, 2009

PELANCARAN PUSAT SUKAN LASAK BELIA DESA BAHAGIA..






Litar cub cross dan motocross tersebut telah di lancarkan dengan rasminya semalam oleh YB DATO’ Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz ,ADUN Ibam..Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Tuan Imam Masjid Kota Bahagia..

Selepas itu perlumbaan pertunjukan telah di adakan.Para penonton ternyata terhibur dengan aksi-aksi yang ditunjukkan oleh para penunggang..

Penyelaras pusat tersebut,En.Ahmad Ismail yang juga merupakan AJK Pemuda Umno Bahagian Rompin berkata dengan adanya litar tersebut akan dapat menyediakan tempat yang sesuai bagi belia-belia di sekitar kawasan menunjukkan bakat masing-masing di tempat yang betul..

Sehari sebelum itu,Ahli Parlimen Rompin,Dato’ Seri JJ juga telah membuat lawatan awal dan memberikan sokongan padu atas usaha tersebut..

Semoga program yang melibatkan orang muda belia ini akan dapat mengurangkan masalah gejala sosial yang semakin membimbangkan.
Sebagai pemimpin kecil di kawasan ,inilah yang harus kita lakukan iaitu sentiasa memikir,merancang dan melaksanakan program2 yang berfaedah kepada para belia.

Sekali lagi sekalung tahniah kepada BELIA DESA BAHAGIA..

Saturday, June 20, 2009

UMNO DI ERA IT.....BERSEDIAKAH KITA.......?



Ini gambar hiasan semata-mata, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang telah mati akalnya.


Kerajaan Negeri Pahang dengan dayausaha Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin, telah mengadakan pertemuan dengan para blogger dan bakal-bakal blogger Penyokong Kerajaan Pahang dalam satu program yang dinamakan ’Perjumpaan Pertama Dengan Aktivis-Aktivis Media Baru Pahang – Cabaran Media Baru Menjelang PRU13.’ (Blog Beranikan Hati)

1. Saya juga turut hadir ke pertemuan berkenaan atas pelawaan seseorang. Memang saya dapati perjumpaan itu sungguh meriah dengan kira-kira hampir 200 orang yang hadir. Mukadimah dari Datuk Sharkar ucapan YAB MB Pahang juga sangat menarik walaupun kelihatan bersahaja.

2. Semasa jamuan makan saya terdengar soalan dari seseorang yang memaklumkan bahawa kehadirannya atas kapsiti Penerangan UMNO Bahagian yang bunyinya membuatkan saya hampir tercekik: Blog itu apa?. Saya tertanya-tanya inikah orangnya yang hadir untuk pertemuan blogger dan mewakili penerangan UMNO Bahagian dan yang nantinya akan menerangkan kepada rakyat dalam parlimen yang ia wakili serta menangkis tohmahan parti lawan dengan menggunakan blog sebagai medium? Apakah kita akan berjaya untuk memerangi lawan yang mahir dan lengkap bersenjata sedangkan kita buta kayu dan tidak pun memiliki apa-apa? Memang UMNO sudah berubah....berubah menjadi semakin buta hati..dan bebal..

3. Setibanya saya kerumah, saya terus mencuba mencari blog-blog yang mewakili umno-umno bahagian, tetapi saya masih gagal mendapatkannya. Manakah blog UMNO bahagian-bahagian di negeri Pahang? Ketua Wanita Negeri, Ketua Pemuda Negeri dan Ketua Puteri Negeri bolehkah memberikan jawapannya? Berapa ramaikan ketua-ketua UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri yang meluangkan masanya membaca blog-blog? Mungkin masih ada diantara mereka yang mungkin akan bertanyakan kita; Blog itu apa?


FIKIR-FIKIRKANLAH...........


.............Ehsan dari SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT . Modified by GENGSAHABAT...

SATU PANDANGAN: AKU AHLI UMNO,TAPI AHLI UMNO KAH AKU???


Pertama kalinya aku mencuba untuk melahirkan satu pandangan dari kacamata aku tentang parti yang aku cintai ini yang telah banyak menyumbang jasa dan baktinya kepada umat Melayu dan bangsa Malaysia secara keseluruhannya..
Namun sejak akhir-akhir ini banyak diperkatakan bahawa semangat mencintai parti keramat ini semakin menurun di kalangan ahli terutamanya generasi muda seperti aku ini..


MENGAPAKAH INI BOLEH TERJADI???


Antara punca dan penyebab mungkin bermula dari kita sendiri yang tidak mahu menceritakan kepada anak-anak tentang sejarah dan perjuangan parti kita ini..Sewajarnya sebagai orang lama yang mempunyai pengetahuan tentang perjuangan UMNO,ceritakanlah kepada anak-anak sejak mereka ini kecil lagi bagi memastikan mereka ini tidak dipengaruhi oleh serangan PERSEPSI pembangkang yang bertalu-talu menyerang kita.Kita kena pastikan anak-anak kita yang menjddi penyokong setia Umno dan kerajaan BN tidak terpengaruh dengan parti yang lain selain UMNO yang kita sayangi ini. Kita mesti menyahut kempen yang pernah kita lancarkan tidak lama dulu..iaitu “KELUARGAKU AHLI UMNO”..


Seperkara lagi ialah kurangnya semangat kecintaan terhadap UMNO..Diakui bahawa UMNO itu sendiri memang amat kurang mengadakan program diperingkat akar umbi..Maksudnya program yang menggunakan lambang dan bendera UMNO itu sendiri..malah kadang-kadang dalam persidangan tahunan cawangan pun diadakan dengan tidak ada sehelai pun bendera ini terdapat sama ada di dalam dewan persidangan apatah lagi di luar dewan..Tentulah langsung tidak ada semangat atau roh parti kita semasa persidangan itu berlangsung,ianya menjadi seakan sama dengan mesyuarat-mesyuarat biasa yang lain..


Kita lihat kalau ADUN2 @Ahli PARLIMEN dari parti pembangkan mengadakan program walau sekecil mana pasti bendera-bendera parti mereka megah berkibaran di sana sini..Tetapi adakan senario ini kelihatan apabila ADUN2 UMNO mengadakan program walaupun wang yang digunakan datangnya dari sumber yang sama iaitu peruntukan wakil rakyat..


Selain itu walaupun UMNO sesuatu cawangan itu mempunyai jumlah keahlian yang ramai tambahan lagi dengan Kempen penambahan ahli yang di jalankan tetapi lihat lah berapa ramai yang datang ke persidangan cawangan?Ini terjadi kemungkinan ahli tidak membayar yuran atau TIDAK dibayarkan yuran kerana kalau di bayar semua yuran ahli dalam cawangan..ketua cawangan takut tidak mencukupi korum terutama menjelang pemilihan cawangan..Maka ahli-ahli yang terpinggir akan menjadi marah kerana tidak mendapat notis menghadiri persidangan sedangkan mereka ini juga ahli umno..Mengapa tidak cawangan-cawangan yang terlalu ramai ahlinya ini di pecahkan kepada cawangan kecil di mana ketua cawangan lebih mudah menyelia ahli-ahli di samping lebih ramai ketua/pemimpin yang dapat dilahirkan..


Untuk menyubur semula semangat cintai umno diharapkan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baru,dengan semangat dan iltizam yang tinggi akan dapat menggerakan jenteranya yang seramai lebih 60 ribu orang itu sebagaimana yang dikatakan tidak lama dahulu..
Mari kita lawan serangan ceramah penerangan PAS@PKR yang saban hari mengeliru dan memesong pemikiran rakyat dengan pelbagai dakyah dan fitnah..Sekiranya kita juga lebih banyak mengadakan sesi ceramah barulah ahli boleh merasakan..ooooo ada jugak parti aku ni penceramah yang hebat malah lebih hebat. KALAU sekali telinga ahli umno dihidangkan dengan ceramah pembangkang yang penuh dengan fitnah ini bolehlah di tepis2..tapi kalau setiap minggu…lama kelamaan terpengaruh juga..PERCAYALAH..


Penggunaan media baru dalam menyampaikan maklumat seperti laman-laman bolg juga harus dimulakan..Wajibkan setiap cawangan mengadakan blog masing-masing agar semua ahli dan pengundi dapat maklumat dengan berkesan.. Terutama pengundi muda dan pengundi luar.


Diksempatan ini aku ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada UMNO Bahagian Labis Johor yang telah mengibarkan ribuan bendera UMNO di sepanjang jalan Labis-Yong Peng sempena ulangtahun UMNO tahun ini.Terasa megah,sayu,bangga apabila melalui jalan ini semasa itu dan keadaan ini tidak ku jumpa di tempat lain.


Kesimpulannya,marilah kita sama-sama merangka,merencana dan melaksanakan program agar ahli-ahli umno di peringkat akar umbi terasa di sanubari mereka bahawa oooooooo aku ini ahli UMNO.

FIKIR-FIKIR…Cetusan rasa..

Friday, June 19, 2009

PELANCARAN SISTEM SMS “ERA ROMPIN” OLEH DATO’ SERI JJ..







Hari ini tercatat sejarah di UMNO Bahagian Rompin apabila system SMS bersepadu telah dilancarkan oleh Dato’ Seri JJ..Pelancaran ini telah dilakukan pada majlis perasmian berkelompok Persidangan UMNO Cawangan bagi DUN Ibam malam tadi. Majlis telah diadakan di Dewan JKKR Felda Keratong 3.

Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa dengan adanya sistem SMS ini,segala informasi terkini akan dapat disampaikan dengan cara yang cepat dan berkesan.Sistem SMS bersepadu ini akan dipertingkat keupayaan dan keberkesanannya dari semasa kesemasa secara berperingkat..

Sebaik-baik sahaja Dato’ Seri JJ menekan ‘CLICK” pada keyboard komputer keadaan menjadi gamat dengan nada dering telefon bimbit hadirin yang hadir secara serentak berdering dengan pelbagai nada dering kerana nombor telefon mereka telah diprogramkan dengan sistem ini.
Kebanyakan yang hadir menyatakan rasa gembira dengan sistem ini kerana segala maklumat boleh sampai ke peringkat akar umbi dengan cara yang pantas dan menyeluruh..Tahniah di ucapkan..

Thursday, June 18, 2009

PROGRAM YB DI PAGI JUMAAT...

TSUMAWI……IKON BELIA FELDA



Hari ini aku berkesempatan ke satu pameran anti dadah yang diadakan di salah sebuah Sekolah Menengah di tempatku....Tiba-tiba ingatanku tertumpu ke arah ikon ini......

Satu ketika dulu………Pelajar AF ini digmbarkan sebagai Ikon Belia FELDA dengan imejnya yang sederhana dan bersih.
Bukan tak ramai orang-orang FELDA yang berhabis duit mengundinya demi untuk menaikkan nama/wakil daripada anak FELDA.
Dengan slogan ‘DUNIA’…..BELIA BENCI DADAH……Maka bertambahlah pengikutnya atau peminat…..

Setelah menggenggam trofi masa tu banyaklah program yang diatur untuk menjelajah ke seluruh pelusuk FELDA…
Saya masih ingat dalam satu acara di tempat saya Mawi di sediakan Helikopter untuk ke program seterusnya, asalkan Mawi setuju datang… semata-mata demi menarik kehadiran ramai golongan muda.Bertuahnya badan.....

PERSOALANNYA……

Dengan masalah penyalahgunaan dadah yang semakin serius di rancangan tanah FELDA adakah Ikon Belia FELDA dan pihak-pihak yang dulu mencanangkannya sebagai Duta Belia Benci Dadah ini masih lagi relevan…

Maka, saya selalu mewakili Gen2 FELDA dengan ini amat berharap agar Mawi memainkan peranannya sama seperti dahulu dalam membantu mengatasi masalah penyalahgunaan dadah dikalangan Belia Felda….Jadikan ianya sebagai sumbangan amal jariah anda kepada kamu anak FELDA….

Bukan nak menyalahkan, jauh sekali membenci, Cuma kami hanya berharap… tapi pihak-pihak yang berkenaan seharusnya mengatur program yang melibatlkan ikon ini untuk masuk ke kawasan-kawasan FELDA dalam usaha kita menjadikan kawasan FELDA yang kita cintai ini BEBAS DADAH……
“ BELIA BENCI DADAH…”

............APA PULA KATA ANDA.........

Wednesday, June 17, 2009

KEMPEN BALIK KE FELDA….

Apa yang ingin ku tuliskan kali ini tak ada kaitan dengan balik ke kampung macam nak raya..Cuma bila memikirkan keadaan yang berlaku di kawasan2 Fellda yang lama..cam tempat aku ni..Apabila berlaku penghijrahan di kalangan Gen 2 keluar tanah rancangan..di sebabkan mencari penghidupan baru..atau sebab-sebab lain..

Keadaan ini semakin lama semakin mendatangan kesan dalam sistem masyarakat Felda itu sendiri..Terdapat banyak rumah peneroka yang didiami hanya oleh pengantin baru..(peneroka dan isteri sahaja)ada juga yang ditinggalkan kosong tidak berpenghuni..mungkin disebabkan meninggal dunia dan waris semua bekerja dan tinggal di luar.
Inilah yang cuba saya sampaikan buat kali ini..kesan daripada fenomena ini adalah…

a. bilangan pelajar di sekolah rendah semakin berkurangan dari tahun ke tahun sedangkan bangunan sekolahnya
tersergam indah..banyak bangunan yang kosong..
b. begitu juga dengan tadika..apatah lagi dengan adanya prasekolah..
c. kekurangan tenaga muda di dalam blok..ini akan jelas kelihatan terutama bila ada kenduri kahwin..tiada pelapis
untuk urusan memasak hidangan(tukang masak kenduri biasanya lelaki).
d. orang meniaga pun dah mula mengeluh..kurang rancak berbanding dahulu kerana peneroka sudah kurang
berbelanja..tiada siapa di rumah wat apa nak belanja lebih2..
e. kekurangan tenaga muda dalam badan2 JKKR yang sekarang ini di anggotai oleh orang lama,,perlu tenaga
baru ,pemikiran baru sebagai persiapan jangka masa panjang.

Kempen balik ke FELDA ini dapat dijalankan dengan mengenalpasti rumah rumah yang kosong,peneroka yang tinggal berseorangan atau berdua sahaja,kemudian kenalpasti anak peneroka terbabit yang boleh di pujuk supaya dapat pulang dan tinggal bersama ayah atau ibu mereka di Felda.

Sekiranya kempen ini berjaya insyaallah masalah yang saya nyatakan diatas mungkin akan dapat di kurangkan.Keutamaan adalah bagi anak peneroka yang telah berkahwin dan mempunyai anak-anak barulah berkesan kempen ini..

FIKIR-FIKIRKANLAH……..

Monday, June 15, 2009

BELIA FELDA..SEKADAR RENUNGAN DAN CADANGAN….




Malam tadi sebelum terlena..terbayang aku akan kata-kata seorang sahabat yang meluahkan rasa hati tentang kekurangan dana dalam akaun persatuan belianya untuk melaksanakan pelbagai program yang ingin dijalankan..

Petang ni sambil-sambil tengok tv aku cuba memikirkan apakah langkah jangka panjang yang FELDA boleh tolong bagi mengatasi masalah kekeringan kantung persatuan belia di rancangan…

Memang tak dapat dinafikan kebanyakan persatuan belia FELDA menghadapi masalah yang sama..Selalunya bergantung harap pada peruntukan daripada YB
ADUN@PARLIMEN..barulah boleh buat program..Hendak diharapkan potongan meja peneroka..entahlah..tak dapat agaknya..ahli-ahli pulak liat bila disuruh bayar yuran..mana tak pening kepala Pengerusi Belia dibuatnya..

JADI..TERBAYANG DI KOTAK INGATAN IDEA AKU INI…

Apalah salah kiranya Persatuan Belia di rancangan tanah FELDA diberikan geran bantuan melalui saham KPF yang tidak boleh dijual kepada setiap persatuan belia di rancangan felda..diletakkan di bawah pengawasan JKKR dan pengurusan rancangan..
Seingat aku FELDA ada dan pernah memberikan saham KPF percuma kepada setiap peneroka..bayangkan berapa banyak saham yang telah diagihkan..kalau di tempat aku ni ada kira-kira 600 orang peneroka..jumlahnya tentu RM600,000 kalau setiap peneroka dapat RM1,000…Bayangkan kalau satu Malaysia…
Untuk Gen 2 ni tak lah aku nak cadangkan diberikan secara individu…tapi anugerahkanlah pada setiap persatuan belia…tak kira persatuan ini masih sah atau tidak pendaftarannya…

Kalaulah saham bernilai RM50,000 diberikan kepada setiap persatuan belia dengan anggaran dividen KPF 10%(selalunya lebih) sudah tentu persatuan-persatuan ini akan dapat kurang lebih RM5,000 setahun…boleh lah kalau nak buat program..
Sekiranya cadangan aku yang tak sekolah tinggi ini boleh di mesyuaratkan…mari kita sama-sama usahakan agar suatu hari nanti ia akan menjadi kenyataan..
YB ADUN dan PARLIMEN yang kawasannya ada skim Felda bolehlah mengutarakan cadangan ini kepada YAB Perdana Menteri atau En.Ahmad Maslan Timbalan Menteri yang jaga hal ehwal Felda apabila ada kesempatan nanti..MBFM pun bolehlah turut sama memainkan peranan…

Andainya ini menjadi kenyataan..sayalah antara generasi FELDA yang amat gembira kerana daripada idea yang tak seumpamanya ini..dapat membantu warga belia di seluruh Negara….

MARI SAMA-SAMA RENUNGKAN..

Sunday, June 14, 2009

AKU,BELIA,GEN 2 DAN IMPIAN…



































Memang menulis ni bukan kegemaranku..tak pandai dalam menyusun kata-kata..tapi aku cuba gak,tentang beberapa persoalan yang melibatkan manusia-manusia macam aku ni..macam tajuk kat atas tu..

Pertamanya..tentang perumahan Gen 2..Aku seronok tiap kali balik kampung di salah sebuah felda di Muar,Johor..Projek perumahan untuk Gen 2 tengah rancak berjalan.Ada yang dah siap diduduki dan ada yang sedang dalam pembinaan ..Dalam hati terdetik kalau kat sana boleh buat projek camtu,kenapa kat sini x leh..felda gak.. bukan x setuju dengan perumahan warga felda(PWF) tapi aku rasa yang ini lebih baik sikit(pandangan peribadi) atas sebab-sebab berikut..

1. Di bangunkan atas lot-lot kosong dalam felda itu sendiri..
2. Anak peneroka tidak perlu berpindah ke perumahan berpusat seperti PWF
3. Dibangunkan oleh SPNB..Rumah Mesra Rakyat ..lebih selesa berbanding dengan rumah
teres PWF.
4. Ada ruang untuk ubah suai jika ada rezeki yang lebih pada masa hadapan..Insyaallah.
5. Sistem pembayaran..mudah dan sesuai benar untuk golongan berpendapatan rendah

yang tak ada paysheet..
6. Dan banyak lagi…

Di sini aku paparkan beberapa keping gambar sekadar untuk tatapan berkaitan tentang apa yang cuba aku luahkan tadi….

Bookmark and Share

Saturday, June 13, 2009

KARNIVAL SUKANEKA BELIA KTG 1……







Setelah beberapa hari membuat perancangan maka karnival tersebut telah berlangsung dengan meriah..Pelbagai acara telah di atur.Antaranya adalah mewarna,pancing darat,makan epal gantung,anyam ketupat,motosikal dan basikal lambat dll…Acara dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Pengurus FELDA yang sama-sama mengambil bahagian dalam beberapa acara..Pada sebelah petangnya pula telah diadakan pertandingan sepaktakraw antara regu..Pengerusi Belia,Saudara Fuad Talib mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menganjurkan karnival ini…Sekalung budi kepada YB Dato Hj.Mohamad Sahfri Ab Aziz yang telah sudi memberikan sokongan kewangan,Pentadbiran FELDA,JKKR,RELA dan semua pihak yang terlibat..JASAMU DIKENANG.

Friday, June 12, 2009

BERSAMA BELIA KERATONG SATU.








Kemudian..sebelum bertolak ke KL atas urusan rasmi pagi esoknya,YB meluangkan masa berjumpa dengan AJK dan ahli belia Felda Keratong 1 di astaka padang awam..Sekali lagi pelbagai program telah dirangka untuk dilaksanakan..Yang lebih menggembirakan ahli-ahli belia adalah pada malam itu YB telah meluluskan peruntukan…TERIMA KASIH YB..

BERSAMA MASYARAKAT........ REWANG.










Pada sebelah malamnya YB berkesempatan ke majlis rewang majlis perkahwinan di 3 buah rumah..1 di Keratong 2 dan 2 di Keratong 3..Masyarakat rata-ratanya amat gembira kerana mereka dapat berbincang dan menyuarakan permasalahan mereka secara langsung kepada YB…

YB BERSAMA BELIA DAN ORANG MUDA…
















Setiap kali ada kesempatan sudah pasti YB akan meninjau aktiviti golongan muda di kawasan.Selepas sahaja menemui rakyat di pejabat beliau terus ke projek ternakan itik telur dan ikan keli..Ahli belia yang juga merupakan usahawan tersebut amat berpuashati dengan lawatan YB..Perbincangan diadakan menjurus kepada bantuan dan khidmat nasihat yang boleh di salurkan seperti kawasan yang lebih sesuai,pemasaran dan sebagainya..Adalah diharapkan akan ada lebih ramai lagi usahawan muda generasi felda yang akan mengorak langkah merebut peluang memajukan diri untuk menjadi usahawan yang berjaya..Gambar-gambar tersebut adalah gambar semasa YB melawat usahawan muda di FELDA Keratong 1 iaitu Saudara Mie dan Zul(usahawan itik) dan Mamat(ikan keli).






Thursday, June 11, 2009

BACA DAN FAHAMKAN JIKA ANDA MELAYU DAN ISLAM..Ehsan Dari asambercerita.blogspot

TOLONG BACA INI SEHINGGA HABIS SEKIRANYA ANDA SAYANGKAN MELAYU ISLAM DIMALAYSIA. PERHATIAN KEPADA SELURUH BANGSA MELAYU ISLAM.

Rencana di bawah diterbitkan oleh sebuah majalah di London. Penuntut Melayu yang ada di sana perlu dan bertanggungjawab untuk disebarkan ke tanah air. Rencana tersebut telah dialihbahasakan ke dalam Bahasa Melayu seperti ternyata di atas. Setelah saudara/saudari meneliti akan hakikatnya, saya meminta saudara/saudari merenung sejenak jauh ke hadapan akan nasib bangsa kita. Tidak mustahil dalam jangka masa dua penggal pilihanraya akan datang, segala hasrat dan cita-cita tersebut akan dapat dibuktikan kepada kita semua.Memandangkan kepada jumlah pengundi di Malaysia sekarang ini seramai 7 juta itu, hampir-hampir separuh darinya terdiri dari bangsa Cina. Kita sebagai anak pribumi Malaysia Jati, wajiblah menginsafi dan bertindak cepat sebelum nasi menjadi bubur. Sedarlah, insaflah, bangunlah bersatu, pada menjalani kesedaran pertaruhan ini. Janganlah diabaikan. Ingatlah kebangkitan kamu di hari ini walaupun kecil akan dapat menghindarkan kehancuran agama, bangsa dan tanah airmu BUMI MALAYSIA . Jangan biarkan generasimu dan anak buahmu di hari kemudian menangis tersedu sendirian. Jangan biarkan ayam mati kelaparan di kepuk sendiri dan itik kehausan di kolam sendiri. Nenek, ibumu dan bapamu yang telah lewat usianya itu tidak mungkin boleh dijaga atau disedarkan lagi. Hanya kamu golongan yang bersemangat waja ini saja yang boleh memainkan peranan ini. Panjangkan salam kesedaran ini kepada saudara-maramu yang lain demi bagi melindungi maruah bangsamu. "BANGUN MELAYU, ISLAM DAN PERTIWI". Bangkitlah dari sekarang sebelum terlambat.p/s: Harap edarkan kepada rakan-rakan sebangsamu. Unit sebaran Am. Rencana ini adalah diterbitkan oleh sebuah majalah di London .

TAJUK: 'BERSATULAH KAUM CINA'

Kita semua kaum Cina di mana sahaja kita berada mestilah berbangga dengan bangsa kita, samada Cina Amerika, Cina Singapura, Cina Taiwan dan Cina Malaysia. Kita mestilah mengekalkan identiti kita. Di Malaysia, kita mesti memberitahu anak-anak kita dan mengajar mereka cara-cara perjalanan halus. Setakat ini oleh kerana kedudukan kita, kita tiada pilihan untuk memilih kerajaan yang majoritinya dikuasai oleh orang Melayu. Tetapi kita sedar dibidang perniagaan dan perindustrian, orang Melayu tidak ada melainkan mengekalkan bangsa kita (Cina) sebagai unsur utama meninggikan ekonomi Malaysia dengan meletakkan keutamaan Bahasa Mandarin atau Kantonis di dalam akhbar tempatan sebagai syarat penerimaan atau syarat kelayakan perlu. Maka orang- orang Melayu tentunya terpinggir dari bidang pekerjaan tersebut. Jadi kita mengambil kesempatan ini atas kedudukan kita dan meminta hak-hak politik. Orang-orang kita yang bergiat di bidang pelajaran hendaklah pastikan bahawa generasi yang akan datang tidak akan diajar segala pengorbanan orang Melayu, terutama sekali dalam pelajaran sejarah, Ilmu Alam dan lain-lain mata pelajaran, baik pun disekolah rendah mahu pun di sekolah menengah. Kita mesti mengajar anak-anak dan anak orang Melayu supaya mempunyai pendirian bahawa kejayaan itu bergantung semata-mata atas kebolehan. Untuk tujuan ini kerajaan Singapura yang kita harus banggakan kerana telah berjaya memecah-belahkan orang- orang Melayu dengan cara membahagikan mereka kepada banyak puak seperti Banjar, Acheh, Bugis, Mandaling, Boyan dan lain-lain. Dari kesannya jiwa Rancangan ini, orang Melayu yang dulunya merupakan 19% daripada penduduk Singapura, sekarang hanya tinggal 10% sahaja. Sekarang mereka tiada pilihan melainkan memuji kerajaan Singapura kerana memberi mereka satu kestabilan, keadilan dan harapan untuk masa depan iaitu mana-mana bentuk yang kerajaan suka dan fikirkan, pasti mereka terima, sebabnya orang Melayu di sana tiada mempunyai suara lagi dan mereka akan tetap menemui kegagalan. Sebagai orang Cina tulin, saya berbangga dengan cara yang dilakukan oleh En. Lim Chong Eu di Pulau Pinang untuk memecah-belahkan orang-orang Melayu di sana. Beliau telah berjaya mengambil tanah-tanah orang-orang Melayu dan memajukannya sebagai kawasan perumahan dan perindustrian. Oleh kerana harga rumah-rumah itu terlalu mahal bagi orang Melayu, mereka tiada keupayaan langsung untuk memiliki rumah-rumah tersebut. Polisi ini tidak sahaja harus dilakukan di Pulau Pinang, tetapi juga di lain-lain tempat selain bandar-bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Johor Bahru dan Kuantan. Kita orang Cina harus mara ke Alor Setar, Kangar, Kota Bharu dan Kuala Terengganu. Tujuan kita ialah untuk menguasai segala kegiatan perdagangan yang berkaitan dengan bahan makanan, enjin, bank-bank serta pertanian. Alasan yang munasabah perlu dicari dan dikemukakan kepada kerajaan untuk menaikkan harga barang-barang keperluan harian. Inilah yang kita akan terus gunakan untuk mendapatkan kekuasaan politik di Malaysia. Oleh kerana kita telah kukuh di bidang Antarabangsa, kita mesti menganggap bahawa saluran penyebaran am yang ada pada kita. Setakat ini, dunia menganggap bahawa kerajaan Malaysia sekarang adalah anti Cina dan Pro-Melayu dan juga kita orang Cina ditindas. Orang Cina tersingkir dari kebanyakan peluang, itulah anggapan mereka. Juga bahawa kepakaran dan titik peluh kita telah tidak diberi dan mendapat ganjaran yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, kebelakangan ini terdapat langkah-langkah yang diambil oleh elit-elit Melayu untuk mengubah gambaran ini dan menyuarakan apa yang sebenarnya berlaku. Kita sebaliknya mematahkan langkah-langkah itu sebelum ianya berjaya dilaksanakan. Dalam bidang politik, orang- orang Cina haruslah bergembira dengan perpecahan demi perpecahan terlibat di kalangan orang- orang Melayu dengan keluarnya Pas dari Barisan Nasional, keluarnya ahli UMNO ke parti KeAdilan dan semakin perpecahan itu menguntungkan kita. Saya sebagai orang Cina, sangatlah bergembira untuk memberitahu anda bahawa salah satu sebab penyingkiran itu adalah jarum dan tindak-tanduk teman-teman kita Gerakan dan MCA di dalam Barisan Nasional dan DAP dari luar. Sekarang tibalah masanya untuk kita menanam perasaan benci di kalangan orang-orang Melayu terhadap pemimpin mereka. Kalau kita bijak menjalankan operasi kita, kita akan berjaya mengasingkan Perdana Menteri sekarang ini yang terlalu jujur menjadi seorang Ahli politik. Kalau kita orang- orang Cina bersatu, kita berjaya memecah-belahkan Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamed dengan Dato' Sri Anwar Ibrahim, kumpulan Abdullah Ahmad Badawi dengan Kumpulan Najib Tun Razak. Apabila British meninggalkan Malaysia, pemerintahan adalah ditangan beberapa orang Melayu pilihan. Kita ketahui bahawa pemimpin-pemimpin Melayu ini kiranya disukai oleh orang Melayu sendiri. Pada keseluruhannya, mereka adalah orang-orang miskin tetapi bernafsu besar. Kita berkeupayaan memberikan apa yang mereka mahu. Kita akan terus mendapat apa yang kita kehendaki dari mereka. Kemudian sesudah kita memberi mereka secukupnya, kita akan mendedahkan mereka ini. Kita akan meminta mereka supaya dilucutkan daripada jawatan-jawatan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan pemecahan itu, malah menguntungkan orang-orang Cina. Pekerjaan ini mesti dijalankan dengan licin, supaya intelek-intelek Melayu tidak akan menyedarinya. Setakat ini kawan-kawan kita di bidang perniagaan telah berjaya mengenepikan Dr. Mahathir, Dr. Abdul Rahman Yaakob dan semua pelampau-pelampau dalam UMNO termasuk juga sektor kerajaan. Kita orang-orang Cina harus bangga kerana orang-orang Melayu yang menerima rasuah ini telah diletakkan di badan-badan berkanun. Di UDA kita telah mendapat keuntungan yang banyak walaupun orang kita nombor dua di situ. Mereka yang tidak mempunyai pandangan yang kuat akan terus sanggup menjual orang-orang dari bangsanya sendiri, kiranya mereka diberi apa yang mereka kehendaki dan kita pula hendaklah menggunakan kelemahan mereka ini untuk kepentingan diri kita. Kita akan gagalkan mereka dengan Tentera Darat, Laut dan Udara. Kita akan terus gagalkan mereka dalam polis. Kita telah buktikan bahawa tanpa kita orang- orang Cina, mereka tidak akan mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan kegiatan Komunis. Kita juga perlu bekerjasama dengan pergerakan di bawah tanah kerana tujuan kita adalah sama iaitu menguasai Malaysia. Kepada kita, caranya tidak lain sama ada menerusi politik atau perjuangan bersenjata. Satu perkara lagi yang patut kita gunakan adalah kebencian yang ada pada orang-orang Melayu dengan Sultan-Sultan mereka. Kita mesti menguatkan lagi kebencian ini supaya apabila orang-orang Melayu tidak mempunyai kepercayaan terhadap Sultan-Sultan mereka, mereka akan hilang suatu simbol perpaduan dan kita dengan mudah sahaja dapat membawa mereka kepada kemusnahan mereka sendiri. Untuk membuktikan apa yang saya katakan, sebagai seorang Cina, kita tahu kerajaan Malaysia sekarang lemah. Kelemahan ini terbukti dengan kegagalan mengawal harga barang-barang keperluan. Kita boleh menurun mana-mana cukai dengan menurunnya harga buah oren menjelang Tahun Baru Cina, tetapi kerajaan tidak berbuat demikian apabila tiba Hari Raya orang- orang Melayu kerana saya tidak pernah ingat harga buah Kurma diturunkan menjelang Hari Raya. Pemimpin-pemimpin Melayu bertujuan untuk menolong orang- orang melayu dalam rancangan Malaysia ke-7. Kita orang-orang Cina harus menunjukkan sokongan kita terhadap rancangan ini kerana kita tahu mereka tidak akan mencapai matlamatnya. Di sebaliknya, apabila mereka hendak memajukan rancangan Felda, kita orang-orang Cina akan mendapat keuntungan melalui pembinaan jalan, pembinaan bangunan, pembinaan rumah-rumah, parit, pemotongan pokok, penyediaan tanah dan lain-lain. Segala bentuk pembangunan akan membawa keuntungan kepada orang-orang Cina, yang juga bermakna kejayaan serta kekayaan orang-orang Cina akan bertambah. Sekarang ini saya percaya, orang-orang Cina sudah pun memegang 60% daripada kekayaan negeri ini termasuklah tanah. Sebaliknya orang-orang Melayu hanya memegang 3% berbanding 4% kepunyaan asing. Kita tidak boleh berpuas hati. Kita orang Cina hendaklah mendapatkan kekayaan orang- orang asing ini sebelum ianya jatuh ke tangan orang- orang Melayu. Taktik kita memberi saham kosong kepada orang-orang Melayu hendaklah disambung terus kepada orang-orang Melayu ini dan akan mengenepikan orang-orang Melayu lain daripada memasuki bidang kewangan terutamanya sebagai akauntan. Di bidang pelajaran kita mesti mewujudkan Universiti Merdeka secepat mungkin. Kita mesti terus menghantar beribu-ribu anak-anak kita ke Hong Kong, Taiwan , Amerika atau di mana-mana di dunia ini. Apabila mereka pulang kita akan memasukkan mereka di sektor-sektor Swasta yang mengandungi 80% daripada peluang pekerjaan. Oleh kerana keadaan ini, kerajaan sekarang ini yang pro-Melayu tidak akan berjaya menguasai keadaan pasaran. Petani-petani yang terdiri dari 75% orang- orang Melayu terus tidak bertanah. Nelayan akan tetap miskin oleh kerana pegawai-pegawai kerajaan mereka sendiri sudah tidak boleh dipercayai lagi. Orang Cina harus menolong untuk memusnahkan segelintir pegawai-pegawai Melayu yang dedikasi dengan membawa mereka ke golongan kita. Kita dengan demikian diharapkan akan membuat mereka gagal dalam tujuan asal mereka. Ini kita pastikan lakukan dengan usaha bersama antara sektor swasta atau kerajaan. Beberapa di kalangan Cina mungkin bertanya sama ada boleh atau tidak mengambil alih negara ini dengan pasukan tentera. Saya menjawab, mereka hanya general-general bodoh. Lihatlah sahaja kelulusan mereka dan pengalaman mereka dan lihat pula apa yang berlaku di Indonesia. Di Indonesia mereka semua boleh dibeli. Jadi, setelah kita memegang kuasa politik, kita boleh ketepikan pasukan tentera ini. Kita orang-orang Cina mempunyai kebolehan untuk bermuka manis dan dipercayai oleh orang-orang Melayu dan kita harus memainkan peranan kita dengan baik. Kita akan terus bermanis muka dengan berkawan bersama mereka kerana waktu ini kita belum boleh menunjukkan niat dan belang kita yang sebenar. Contoh yang paling konkrit kita mengalami kekalahan teruk dalam atasan dan saya tahu apa yang ada didalam otak mereka dan apa yang difikirkan. Pada keseluruhannya, pemimpin-pemimpin sekarang sedang takut menemui pengundi mereka. Kita mesti mengumpulkan tenaga dan usaha mematahkan mereka dengan cara perlahan-lahan. Pada masa yang sama juga kita mesti perkuatkan dan mengapi-apikan risauan kesangsian orang-orang Melayu terhadap pemimpin-pemimpin mereka. Ini kerana terlalu jelas ketidak stabilan dan kemiskinan masyarakatnya. Akhirnya diharapkan mereka ini tidak akan berminat untuk mengundi dan membiarkan takdir yang menentukannya.Kita akan membuat penentuan ke atas mereka dan masa depan mereka kerana orang- orang Cina akan menjadi pemimpin-pemimpin mereka itu.Oleh Dr. Ng.

HANTARKAN MESEJ BERMAKNA DAN PENTING INI KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN ANDA, JIKA ANDA ORANG MELAYU YANG SAYANGKAN TANAH AIR KITA DARIPADA DIKUASAI BANGSA ASING! JANGAN SUATU MASA KITA MENAGIH DI TANAH SENDIRI, BERPUTIH MATA DANHATI. PERHATIKAN SIKAP MEREKA DI TAHAP INSTITUSI TINGGI, MANIS BICARA TAPI...JIKA ANDA TIDAK PERCAYA, SAYA CABAR ANDA SIASAT KEBENARAN FAKTA YG DINYATAKAN DIATAS. KITA JUAL BANGSA MELAYU...Renungan Untuk Bangsa MELAYU: tak kira PAS, KeADILan atau UMNO.

Sunday, June 7, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN...YB ADUN..




Dalam kesibukan dengan pelbagai program dan aktiviti di kawasan..YB Dato telah di beri kejutan apabila kek harijadi beliau telah dihidangkan..ini berlaku semasa beliau mengunjungi kenduri rumah Encik Abdullah (Dollah Lebai)di Felda Keratong Satu.Bacaan doa kesyukuran telah di pimpin oleh Pengerusi Biro Agama PERSAK..Penyampaian sijil kenangan oleh YB Dato telah disempurnakan selepas itu..SELAMAT ULANGTAHUN YB..SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR UNTUK TERUS MENABURKAN KHIDMAT BAKTI KEPADA MASYARAKAT..AMIN..

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009