.jpg)

.jpg)
.jpg)
Segalanya boleh dibincang melalui muafakat pendidikan...iaitu mesyuarat Agung PIBG...ibubapa pasti mendapat maklumat yang diharapkan dan pihak sekolah bersama PIBG membentang laporan dan perancangan...
SK LKTP Keratong 1 juga tidak ketinggalan dalam hal ini.Bertempat di dewan terbuka SKK1,Mesyuarat Agung PIBG telah dijalankan..Kehadiran para penjaga dan ibubapa masih lagi boleh dipertingkan agar keputusan yang di buat nanti tidak menjadi bahan cerita dikedai kopi..
Ceramah motivasi oleh Pakar Kaunseling juga telah diadakan bagi memberikan tips dan panduan kepada ibubapa tentang teknik menghadapi karenah anak-anak terutama yang bakal menghadapi peperiksaan.
Kehadiran YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz.ADUN Bukit Ibam merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang juga menyuntik semangat para ibubapa dan guru-guru ke arah mempertingkat kualiti pendidikan pelajar.Beliau berharap barisan kepimpinan PIBG akan bekerja lebih keras dan akan turut membantu apa yang sepatutnya.
BERSAMA MENJANA KECEMERLANGAN