.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
KDYTM yang tiba pada kira2 jam 3.30 petang telah disambut oleh rakyat jelata yang telah ada diperkarangan rumah keluarga mangsa sebaik sahaja selesai solat Jumaat..Baginda terus meninjau kawasan kebakaran disamping mendapat informasi daripada waris mangsa dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Turut sama mengiringi keberangkatan KDYTM adalah YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,YB Dato'Kapten(B) Johari Hussin,ADUN Tioman,Dato'Pegawai Dareah dan lain-lain pegawai agensi kerajaan..
Satu majlis tahlil yang dipimpin oleh Tuan Kadhi Muadzam Shah telah diadakan.Kemudian KDYTM telah berkenan untuk menyampaikan titah diraja.Baginda memberikan nasihat kepada rakyat agar mementingkan aspek keselamatan di samping membuat pemeriksaan berkala pendawaian elektrik dirumah masing-masing..Baginda juga berkenan menyampaikan kurnia kepada keluarga mangsa...
Bagi pihak rakyat jelata,sekalung ucapan terimakasih atas keprihatinan KDYTM mencemar Duli ke FELDA Keratong 1...sesuai benarlah apa yang dikatakan inilah Raja Berjiwa Rakyat...
ISTANA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA