SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Wednesday, December 22, 2010

PELUANG PEKERJAAN...TERIMAKASIH JTK...


Memang sesuatu yang amat menggembirakan golongan muda dan pencari kerja khususnya apabila satu program penempatan pekerjaan anjuran Jabatan Tenaga Kerja(JTK) telah diadakan di Dewan Orang Ramai Bandar Tun Razak baru-baru ini..

Majlis turut dihadiri YB Senator Dato'Maznah Mazlan,Timbalan Menteri Sumber Manusia,YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam dan para pegawai daripada JTK sendiri.Sebanyak 30 kaunter disediakan selain ceramah dan taklimat oleh para pegawai yang bertugas.

Dimaklumkan kira-kira 1500 peserta telah mengisi borang dan hampir 300 orang telah berjaya diambil terus bekerja selain ramai lagi yang perlu menghadiri temuduga susulan.

Rata=rata pengunjung yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan program sedemikian diadakan kerana ianya ternyata memberikan manfaat kepada golongan muda khususnya...

Cuma pada pandangan penulis,masih ramai golongan belia yang kurang prihatin dengan program seumpama ini yang ternyata boleh merubah masa hadapan dan kehidupan mereka...

KERJA MENCARI KITA..KITA PERLU USAHA..

Wednesday, November 24, 2010

PENDIDIKAN....KE ARAH MASYARAKAT BERILMU..


Sebagaimana yang diketahui umum,pendidikan adalah merupakan satu perkara asas yang begitu penting dalam melahirkan generasi berilmu dan berjaya dalam kehidupan masing-masing.Rasanya setiap daripada kita sudah pasti mengambil berat akan pencapaian akademik anak mahupun ahli keluarga masing-masing.

Kecemerlangan dalam pelajaran terutamanya dalam apa juga penilaian akan menjadi harapan dan kebanggaan samada bagi individu yang terlibat,sekolah,keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.

Justeru melalui program skim galakan yang diperkenal oleh YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz telah membuahkan hasil apabila SK Kota Bahagia telah mancapai keputusan cemerlang dengan 8 calon mencapai 5A dalam UPSR yang lalu dan 100% dalam Subjek Sains..

Manakala dalam satu majlis berasingan YB Dato'Mohd Sahfri telah mengumumkan SK LKTP Keratong 4 sebagai sekolah angkatnya untuk tahun 2011 ke arah mempertingkat prestasi sekolah tersebut yang pada tahun ini berada pada tahap yang kurang memberangsangkan..

Semoga dengan program yang disusun akan dapat menambahbaik mutu pencapaian di semua sekolah di DUN Bukit Ibam ini nanti.

BUDAYAKAN CEMERLANG SEBAGAI CARA KITA...

Saturday, November 13, 2010

BANJIR...SEDIAKAN PAYUNG...PERSIAPAN AWAL...


Dengan kedatangan musim tengkujuh dipenghujung tahun seperti kebiasaannya maka perancangan,persiapan perlu diatur bagi menghadapi fenomena alam yang telah tersurat ini.

Maka satu mesyuarat persiapan banjir peringkat DUN Bukit Ibam telah diadakan di Wisma JKKR Felda Keratong 1 baru-baru ini.Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Antara yang hadir ke mesyuarat ini adalah Ketua-ketua/Wakil Jabatan yang berkenaan,Tok 4,Batin-batin,serta badan-badan NGO yang lain.

Antara intipati mesyuarat adalah mengenalpasti tempat yang boleh dijadikan pusatpemindahan,prasarana yang perlu ada di setiap kawasan yang berpotersi dilanda banjir selain peringatan tentang langkah-langkah keselamatan yang perludiambil bagi menghadapi banjir.

Semoga dengan persiapan yang telah diatursusun ini akan memudah kerja-kerja menyelaras membantu mangsa-mangsa banjir sekiranya musibah itu melanda.

AIR ITU RAHMAT..BANJIR ITU INGATAN..

Monday, November 8, 2010

ZIARAH TAHLIL ARWAH DAN JUMPA ORANG MUDA..


Semestinya setiap kali ada masa terluang maka ziarah dan menghadiri tahlil arwah akan menjadi keutamaan..Sekurang-kurangnya dapat meringan perasaan sedih kaum keluarga dan jiran tetangga.Terbaru YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab.Aziz,ADUN Bukit Ibam telah menziarahi keluarga arwah di Felda Keratong 2 dan Keratong 3.Beliau sempat memimpin bacaan tahlil dan doa selamat..

Selepas saja selesai 2 majlis tahlil arwah tersebut,terus sahaja menemui golongan belia/anak muda Felda Keratong 2..Sempat bertukar-tukar pendapat dan fikiran di samping memberikan pandangan serta nasihat kepada golongan tersebut.
Ternyata pertemuan singkat secara santai tersebut berjaya mengupas beberapa persoalan serta masalah dan kehendak golongan muda tersebut.
Semoga selepas ini akan diadakan pula pertemuan dengan pelbagai kumpulan sasar demi mendengar dan menyelesai masalah rakyat secara cepat dan pantas.
MUDA DISAYANGI ORANG LAMA DIHARGAI

Sunday, October 31, 2010

RIDE AMAL KE RUMAH NUR HIDAYAH MUADZAM SHAH..


Kadang kala persepsi terhadap penunggang motosikal berkuasa tinggi oleh masyarakat adalah negatif..Mereka ini dianggap ganas dijalanraya dan melakukan kerja yang tidak berfaedah.Namun hakikatnya golongan ini juga merupakan anggota masyarakat yang mempunyai visi dan misi masing-masing..

Justeru,program amal yang dilakukan baru-baru ini bersama Juzride Bikers,Samurai Bikers dan Keratongbigbikers baru-baru ini ke rumah Anak-anak Yatim Nur Hidayah Muadzam Shah telah menunjukkan golongan bikers ini juga tidak terlepas daripada menjalankan tanggungjawab sosial mereka.

Lawatan amal ini telah disambut oleh Jawatankuasa Nur Hidayah dan diberikan taklimat ringkas.Seterusnya adalah penyampaian sumbangan dan meronda bersama anak-anak yatim mengelilingi Bandar MuadzamShah.Ternyata mereka begitu teruja dan gembira apabila menerima peluang seumpama itu.

Terimakasih kepada Juzride Bikers yang telah mengambil inisiatif ini dan memilih Muadzam Shah sebagai lokasi program amal dan dijalankan bersama Keratongbigbikers....

BUKAN SEKADAR VROOOOOMMMM..

Tuesday, October 26, 2010

LAGI KEMALANGAN MAUT...LANGGAR LARI..


Entah buat kali yang keberapa agaknya berita mengenai kemalangan maut dipaparkan di ruangan ini yang melibatkan kemalangan maut..telah ramai anak muda kita yang gugur..Kali ini melibatkan seorang anak muda yang sedang dalam pengajian di salah satu IPT dalam bidang Kejuruteraan Elektronik..

Cuma apa yang menjadi kekesalan ialah masih ada di kalangan pemandu yang tidak berperikemanusiaan...sudahlah melanggar malah ditinggal begitu sahaja.Apakah sudah hilang rasa kasihan,tidakkah mereka juga punya keluarga..atau memang tidak punya hati dan perasaan.

Penulis sempat menziarahi keluarga arwah bersama YB ADUN,Dato'Hj.Mohamad Sahfri AbAziz,bersama rakan taulan yang lain dan mengadakan bacaan tahlil yang dipimpin oleh YB Dato' sendiri.

Adalah menjadi pengajaran kepada kita supaya lebih berhati-hati semasa berada di jalanraya bagi mengelakkan tragedi seumpama ini daripada terus berlaku..

Takziah diucapkan kepada keluarga dan marilah kita berdoa semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.Amin..

BERTIMBANG RASA DI JALANRAYA

Sunday, October 3, 2010

PERBAIKI SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT...


Selalunya bila berbicara tentang penyaluran dan penyampaian maklumat,apa yang akan didapati adalah masih banyak yang perlu diperbaik..Dengan letusan teknologi maklumat yang semakin menjadi pilihan pengguna,sistem lama juga masih diperlukan khusus untuk warga luarbandar dan golongan orang lama yang masih belum terdedah dengan media baru ini...

Justeru,Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu peringkat Daerah Rompin baru-baru ini sepatutnya menjadi satu program yang amat baik sekiranya promosi mengenainya sampai ke sasaran.Begitu banyak kaunter dibuka yang melibatkan pelbagai agensi dan jabatan untuk masyarakat gunakan bagi membuat sebarang aduan dan pertanyaan..Namun perkara tersebut tidak berlaku.Lebih ramai kakitangan agensi dan jabatan yang hadir daripada masyarakat sekeliling.

Sepatutnya wakil-wakil masyarakat diberikan maklumat jelas agar orang ramai mengambil peluang mengemukakan sebarang masalah yang mereka hadapi..Bukan mudah untuk kita menghimpunkan begitu banyak jabatan kerajaan untuk memberikan perkhidmatan.

Itulah kepentingan penyampaian maklumat yang betul supaya program sebegini baik tidak mencapai objektifnya dan hanya membazir wang dan masa sahaja.

BAIKKAN YANG BIASA,BIASAKAN YANG BAIK..

Thursday, September 30, 2010

KEBAKARAN LAGI......PERCEPAT PROJEK BALAI BOMBA...


Hari ini berlaku lagi kejadian kebakaran di Keratong...Lokasinya..Kawasan Perumahan Kakitangan Felda Keratong1..Kejadian ini adalah yang ke2 setelah kejadian pertama berlaku beberapa tahun lalu di lokasi yang berdekatan..

Rumah yang didiami oleh pekerja kontrak yang tinggal menyewa ini telah musnah sama sekali namun tiada kemalangan jiwa kerana sewaktu terjadi semua penghuninya keluar bekerja..

Banyak faktor yang perlu diambil kira dengan kes-kes kebakaran yang berlaku ini..Antaranya adalah pemeriksaan pendawaian elektrik perlu dibuat memandangkan pendawaian ini telah berusia kurang lebih 30tahun..

Seperkara lagi yang begitu penting adalah penyegeraan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat di Gugusan Keratong..Balai Bomba Muadzan kelihatannya sudah tidak relevan untuk memikul tanggungjawab memadam kebakaran di Gugusan Keratong atas faktor jarak dan kepesatan pembangunan di sini..

Justeru,besar harapan agar pembinaan ini dapat disegerakan kerana selalunya ababila bomba sampai,api telah pun memusnahkan keseluuruhan premis..

API ADALAH SAHABAT DAN LAWAN

Saturday, September 18, 2010

IKHTIAR SUDAH,USAHA PUN SUDAH...SELAMAT BERJUANG..


Setelah segala usaha yang berkaitan dirancang dan dilaksanakan,maka tidak juga dilupakan satu program yang seringkali disebut Majlis Restu Barakah..Titisan Ilmu telah dijalankan di kebanyakan sekolah yang mana pelajarnya bakal menduduki UPSR..
Semangat dan perangsang dan motivasi terakhir diberikan kepada para pelajar dalam usaha mengekalkan momentum mereka maklumlah dengan suasana Aidil Fitri yang masih terasa...

Bertempat di dewan terbuka Sekolah LKTP Keratong 1 juga diadakan majlis yang sama.Yang Berbahagia Encik Saruchi Sawal,Pegawai Perhubungan dan Pendaftaran Jabatan Pelajaran Pahang telah meluangkan masa untuk memberikan motivasi kepada pelajar disamping panduan kepada para penjaga tentang tips terakhir untuk anak mereka yang bakal menghadapi UPSR...

Selamat menghadapi ujian kepada semua calon..Jawablah kertas ujian dengan penuh kesabaran..Kibarkan lah bendera kemenangan..Harumkan nama keluarga,diri,sekolah dan masyarakat anda....Kejayaan anda pada hari ini bakal mencorak masa depan yang lebih cerah dan terjamin..insyaallah....

KIBARKAN BENDERA KEGEMILANGAN....

Tuesday, September 14, 2010

KESEPAKATAN .....TRADISI DITERUSKAN...

Sebagaimana yang telah dipersetujui...lebaran kali ini disambut secara bersama oleh seluruh warga Blok 20,Felda Keratong 2 selepas sahaja selesai solat sunat Aidil Fitri..Sambutan bersama kali ini lebih meriah dengan kehadiran seluruh warga Blok 20...Ibu,bapa...anak menantu,cucu dan cicit berhimpun seakan rumah terbuka perdana layaknya.

Persiapan awal yang diatur seperti mendirikan khemah,menempah makanan serta pemasangan banner dilakukan secara gotong-royong..
Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat..diikutu dengan ucapan Ketua Blok merangkap Timbalan Pengerusi JKKR,Haji Bakri Bin Maksom.Kemudian acara bermaaf-maafan dan memberi duit raya.Suasana harmoni dan kegembiraan jelas terpancar apabila sanak saudara,sahabat handai dan jiran tetangga dapat berjumpa dan saling bermaafan..
Semoga acara tradisi ini akan dapat menjalinkan ikatan persaudaraan dan kekitaan yang lebih mantap sesama anggota kejiranan yang selama ini mungkin sibuk dengan urusam masing-masing...

Harapan penulis biarlah program seumpama ini menjadi tauladan kepada anggota masyarakat yang lain kerana ianya ternyata menjimatkan kos dan masa di samping dapat menyemai semangat kerjasama dan merapatkan ukhwah..

MERAPAT UKHWAH MEMPERERAT SILATURRAHIM

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009