Menyedari letusan gelombang informasi melalui media maya ternyata tidak mampu untuk kita terkebelakang,maka sesuatu gerakan perdana wajar segera diatur bagi mengimbangi kerakusan pihak yang tidak bertanggungjawab daripada terus menabur dakyah kepada masyarakat khususnya masyarakat FELDA.Benar,dalam era teknologi ini,keadaan seumpama ini memang tidak dapat dihalang dengan dasar langit terbuka dan maklumat dihujung jari.Pihak pengurusan FELDA terutamanya SERANTA felda wajar menjadi pengerak dalam program yang dicadangkan ini iaitu mewujud UNIT MEDIA SIBER secara lebih tersusun dan terancang.Berdasarkan pengalaman menyertai beberapa program yang bersangkutpaut dengan penyebaran maklumat melalui dunia siber ini rasanya FELDA sudah pasti mempunyai kekuatan dan kelebihan untuk merealisasikan cadangan ini.Ternyata terlalu banyak manfaat bakal diperoleh andai pengiat media siber ini dikumpul dan dibentuk secara terancang dan percayalah segala dakyah pihak lawan akan dapat kita tentang dan tangani secara berkesan.Umum mengetahui pihak lawan ternyata mengambil kesempatan atas kelekaan kita untuk menyerang dari segenap penjuru.Rasanya jika ini menjadi realiti program seakan "tweetup"warga FELDA akan dapat membuahkan hasil yang baik.BIAR TERLEWAT ASAL JANGAN TIADA LANGSUNG.
Monday, December 31, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)