SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Tuesday, August 31, 2010

BERSAMA PERTAHANKAN KEDAULATAN...MERDEKA!!!!!!!!!!!!!!


Merdeka.....itulah laungkan keramat yang dilakukan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman kira-kira 53 tahun yang terdahulu..Bermula dari detik itu Malaysia telah mencapai kemerdekaan dan merupakan sebuah nusa yang berdaulat..

Sempena dengan ulangtahun kemerdekaan ini,penulis juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama berada di majlis sambutan yang kali ini diadakan di Dewan Majlis Daerah Rompin kerana tarikh 31 Ogos kali ini jatuh pada bulan Ramadhan...

Apa yang penting untuk dihayati adalah bagaimana untuk kita terus mempastikan negara ini terus aman,kukuh dan bebas daripada sebarang unsur yang cuba mengugat kedaulatan bangsa,agama dan negara...

Kerajaan perlu pantas bertindak tegas keatas pihak yang cuba untuk merosak perpaduan,memusnah muhibbah dan persefahaman antara kaum yang telah kita bina selama ini...Kita tidak mahu dengan semangat persefahaman dan saling memahami yang ada antara rakyat pelbagai bangsa di negara kita cuba untuk dimanipulasi oleh sesetengah golongan demi untuk sedikit kuasa politik mereka yang akhirnya nanti merosakkan negara..

1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI..

Friday, August 27, 2010

PEMBELAJARAN MAYA...KEPRIHATINAN KERAJAAN...


Seperti mana yang telah dijanjikan oleh kerajaan dengan pembahagian secara percuma sebuah notebook yang diberi nama 1Malaysia...maka tibalah giliran SMKK untuk menerima komputer tersebut..

Majlis yang berlangsung di dewan SMKK ini telah dihadiri oleh ibubapa dan para pelajar yang terlibat...Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia merupakan agensi yang terlibat dengan pengagihan notebook 1Malaysia ini.Seramai 313 orang pelajar menerima sumbangan komputer tersebut.

Adalah diharapka para pelajar akan memanfaatkan komputer riba tersebut dalam melaksanakan pembelajaran secara maya ke arah mempertingkat prestasi pencapaian.Diarapkan ibubapa dan guru dapat memantau para penerima tersebut agar penggunaannya benar-benar menepati aspirasi kerajaan.

Bagi pihak pelajar dan penjaga ingin mengucapkan terimakasih yang tidak terhingga kepada pihak kerajaan yang telah memberikan komputer riba tersebut dan ini sesungguhnya melambangkan keprihatinan kerajaan..

KE ARAH PEMBELAJARAN MAYA..

Monday, August 23, 2010

BERHATI-HATI..INGAT ORANG TERSAYANG..


Di sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini sudah banyak nyawa yang melayang akibat kecelakaan jalan raya.Ini meninggalkan kesan trauma bagi pihak keluarga lebih-lebih lagi dengan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi..

Terbaharu seorang pemuda,anak kelahiran Keratong 3 telah meninggal dunia akibat mangsa langgar lari..Mangsa yang baru sahaja selesai bekerja di sebuah kedai makan di Perantau Damai dalam perjalanan pulang ke rumah apabila dilanggar oleh sebuah kenderaan yang kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian..

Pengajaran yang kita dapati daripada beberapa kejadian sebelum ini adalah sikap berhati-hati dijalanraya..Jangan sesekali kita jadikan jalanraya sebagai medan untuk melepas perasaan dan kesan daripada itu bukannya kecil kerana ianya bakal menjadi memori pahit bagi diri sendiri mahupun keluarga tersayang.

Mari bersama kita amalkan sikap berhemah dan bertimbangrasa semasa berada dijalan raya kerana fenomena berlumba dijalanraya ini seakan menjadi kebiasaan yang membarah dalam masyarakat muda damn pengguna jalanraya yang masih jauh perjalanan hidupnya..

BERINGAT SEBELUM TERLEWAT

Tuesday, August 10, 2010

PEMPIMPIN BERTEMU RAKYAT..BERSAMA MEMBANTU..

Sepanjang minggu lalu adalah merupakan minggu yang padat dengan pelbagai program yang telah diatur sama-sini..Kawasan Keratong menjadi tumpuan para pengunjung yang datang sempena Karnival IKHTIRAF 2010...

Pelbagai aktiviti tersedia..semuanya dimanfaatkan oleh golongan belia khususnya..sukan,ceramah,anak angkat dan pameran..

Manakala di lain program iaitu di Kampung Rekoh pula berlangsung Program Gotong-royong bersama Pelatih PLKN dan Jabatan Penerangan...Terasa begitu terharu dengan komitmen pelatih dalah menyiapkan diri untuk bertemu masyarakat apabila tamat latihan..

Juga sempat menziarahi keluarga Allahyarhan Haji Ismail Mat Saari dari Felda Keratong 4...Kemudiannya mengurus Konvoi mengiringi YB Dato'Ahmad Maslan dan juga Dato' Sri JJ..untuk majlis penyampaian zakat di Dewan BTAR dan majlis penutupan Karnival IKHTIRAF 2010..

RELA Keratong juga patut berbangga apabila menerima sebuah bas daripada TYT DSJJ..semoga ianga akan memberikan suntikan baru kepada anggota RELA yang terbabit..

PADAT,PENAT ..NAMUN BERMANFAAT

Thursday, August 5, 2010

KEBAKARAN..ANTARA KECUAIAN DAN PEMERIKSAAN...

Pada hari Khamis yang lalu,telah berlaku kebakaran yang memusnahkan 3 buah rumah di perkampungan Bandar Melati berhampiran Keratong Rompin Pahang...Habis semua mangsa tinggal sehelai sepinggang dan 2 buah kereta turut musnah..Namun masih bersyukur kerana tidak melibatkan kehilangan nyawa...

Kebakaran dipercayai bermula apabila ada kanak-kanak yang bermain api...walaupun juga terdapat kemungkinan berlaku litar pintas..Keadaan rumah kayu yang berhampiran ini juga menyebabkan api marak dengan begitu pantas ditambah pula dengan tiupan angin kencang..

Keperluan untuk membuat pemeriksaan pada sistem pendawaian elektrik yang sudah uzur juga seharusnya diberi perhatian memandangkan sudah banyak penambahan suiz dan peralatan elektrik di kediaman penduduk...

YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz turut sama turun padang membuat tinjauan bagi memastikan mangsa mendapat bantuan sewajarnya dalam usaha meringankan bebanan yang ditanggung..

Terima kasih juga kepada pasukan Bomba dan Penyelamat,Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Penghulu yang turut bersama-sama merangkan bantuan segera yang perlu dihulurkan..

API...KECIL MENJADI KAWAN...

Sunday, August 1, 2010

ZIARAH..PRIHATIN DAN TANGGUNGJAWAB....


Dalam kesibukan kita seharian sudah pasti ada sahaja anggota masyarakat di luar sana yang mengalami masalah kesihatan samada faktor usia mahupun penyakit kronik...mereka ini perlukan pembelaan,perhatian,bantuan dan rawatan walau kadangkala ada yang terus terlantar...

Adalah menjadi tanggungjawab anggota masyarakat untuk memberikan informasi tepat kepada pihak berwajib seperti YB..agensi kerajaan agar tindakan segera dapat dilakukan dengan segera menyalurkan bantuan apa yang sewajarmya.

Justeru, dalam program ziarah pesakit kronik baru-baru ini yang diadakan di Felda Selancar 1,pelbagai bantuan telah dihulur kepada pesakit kronik yang telah dikenalpasti..Rata-rata pesakit melahirkan rasa syukur atas kunjungan YB,Agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan,Kesihatan ,Zakat dan Jabatan Agama Islam...

Kepada pemimpin di peringkat akar umbi dilihat perlu lebih proaktif dalam mengesan dan melapor kepada pihak berwajib agar tindakan segera dapat diambil tanpa perlu menanti kehadiran VVIP atau pihak luar yang berkepentingan seolah-olah kita ini tidak peka akan permasalahan masyarakat..

RAKYAT PRIHATIN MASYARAKAT SEJAHTERA..

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009