


.jpg)
.jpg)
Kemalangan jalanraya yang berlaku di sekitar Keratong baru-baru ini mengorbankan 2 nyawa dan kecederaan kepada beberapa orang mangsanya..Semuanya menimbulkan pertanyaan yang perlu dirungkaikan...Apakah keadaan fizikal jalanraya atau sikap manusia itu menjadi penyebab utama berlakunya tragedi ini?
Kemalangan ngeri kali ini mengorbankan seorang pelajar pintar yang menuntut di asrama Semai Bakti Kuantan dan seorang lagi peniaga yang masih menyara anak yang ramai...Kenderaan yang terbabit dalam 2 kemalangan ngeri ini remuk sama sekali...
Persoalannya...mengapa kita masih tidak mampu berhemah dan berhati-hati ketika memandu dijalanraya yang licin akibat hujan lebat...Walaupun faktor fizikal jalanraya...yang sempit dan bergelombang boleh diambilkira sebagai faktor penyebab...
Takziah diucapkan kepada semua mangsa...dan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan bantuan..terutamanya kepada YB Dato'Mohamad Sahfri Ab.Aziz yang berkejar ke kawasan sebaik sahaja mendapat berita tentang tragedi tersebut..Sekurang-kurangnya kesedihan keluarga mangsa terubat sedikit apabila ADUN menjengah dan turun padang memastikan urusan penyempurnaan jenazah dapat dilakukan secepat mungkin..
JANGAN JADIKAN JALANRAYA SUNGAI MAUT