SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Tuesday, June 23, 2009

PERSIDANGAN DAH BERMULA…..BAGAIMANA???

Sekarang musim mesyuarat UMNO Cawangan-cawangan telah pun bermula.Ada yang telah bermesyuarat ,ada yang belum dan ada yang tak tahu bila nak buat..Mesyuarat pada kali ini amat penting kerana boleh membincangkan hal ekonomi,isu kerajaan perpaduan,hal selsema babi dan yang paling penting tentang pindan perlembagaan UMNO itu sendiri sebagaimana yang dikhabarkan..
SENARIO…….dan PERSOALANNYA…

Apakah persidangan tahunan cawangan pada tahun ini berlangsung dengan ‘MERIAH’????Adakah ramai pemerhati dari UMNO Bahagian yang hadir,selain daripada wakil yang telah ditetapkan oleh UMNO Bahagian itu sendiri…..?Jawapannya tentu sebagaimana kita tahu…TIDAK… Ini adalah disebabkan pada tahun ini tidak ada pemilihan sama ada di peringkat Bahagian mahupun Kebangsaan…

Sudah pasti ada juga persidangan cawangan yang dijalankan secara ‘ASAL BUAT’….Ini belum lagi ditanyakan bagaimana persidangan pemuda dan puteri cawangan…pastinya lebih MERIAH….

Soal calon perwakilan Bahagian ke KL juga menarik untuk diceritakan..Menarik bukan kerana persaingan sengit tapi masing-masing yang dipanggil ‘HARD CORE’ inimenyepikan diri..Kata mereka biarlah tahun ini kita berikan peluang kepada ketua-ketua UMNO Cawangan yang aktif yang belum pernah ke persidangan di KL sebagai perwakilan..

Apa rasional atas semua ini??? Jawapannya juga kita tahu..sebab tahun ini tidak ada pemilihan….Kalau pada tahun lepas,mereka ini sanggup berhabis,melobi,berkempen untuk ke KL tetapi tahun ini tidak..Apakah salahnya waktu ada pemilihan parti peringkat pusat berikanlah peluang pada ketua-ketua cawangan ini atau ahli-ahli biasa sebagai perwakilan bahagian??? KENAPA TIDAK???Adakah mereka ini tidak berkeupayaan untuk memilih pemimpin atau tidak tahu mengundi atau juga takut undi rosak???

Sebagai ahli UMNO yang matang kadang-kadang ahli-ahli biasa ini merasakan seakan tidak dihargai…malah kekadang terasa diri diperbodoh terutama apabila mendengar ada suara-suara dari kalangan orang-orang kanan bahagian menyatakan….”Tahun ini kita akan beri peluang kepada muka-muka baru untuk ke KL sebagai menghargai jasa dan komitmen juga kesetiaan kepada parti..

Cuba kita bilang dan renungkan..sudah berapa kalikah orang-orang kanan bahagian berjaya merebut tiket “G7” dalan sejarah penglibatan merekadi peringkat bahagian?? Jawapannya sudah tentu berkali-kali dan kebanyakannya di tahun-tahun yang ada pemilihan parti..

Oleh itu,marilah kita sama-sama kita membuat perubahan atau anjakan paradigma dalam diri kita..sama-sama kita pastikan persidangan cawangan pada tahun ini berjalan mengikut landasan yang betul..serius dan bersemangat kerana inilah sahaja platform yang kita ada untuk membincangkan nasib bangsa,agama dan negara tercinta..

Saya tidak berniat untuk menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak ..Cuma marilah kita sama-sama kita RENUNG-RENUNG DAN FIKIR-FIKIRKAN.

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009