.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Petang tadi penulis telah berkesempatan untuk menyaksikan Kejuaraan Motocross/Cubcross di Litar Felda Keratong 2..Melalui jalan tersebut sekembali daripada kampung halaman terlihat deretan kenderaan dan orang ramai yang berpusu-pusu menyaksikan kejohanan sulung yang di adakan di litar tersebut..
Litar yang baru sahaja siap direkabentuk tersebut telah berjaya menarik penyertaan ramai pelumba dalam kategori masing-masing..Dalam deruman mesin yang berada di atas litar kelihatan para pelumba mengerah kemahiran dan jentera masing-masing untuk mendahului pertandingan...
Jelas pada pemerhatian penulis,sikap dan komitmen penganjur dan jawatankuasanya begitu tinggi dalam memastikan acara yang dirancang berjalan lancar..Kelihatan juga sumbangan teknikal oleh otai2 lama yang berpengalaman turut berada di atas litar bagi memastikan aspek teknikal perlumbaan berjalan lancar dan mengikut peraturan..
Ramai bakat baru termasuk pelumba cilik yang berusia 12 tahun yang turut mencuri tumpuan penonton dendan skill tunggangan sehingga mendahului lawan yang lebih dewasa..
Apapun sekalung tahniah dan terimakasih kepada pihak penganjur dan penyumbang yang telah memainkan peranan besar sehingga aktiviti sihat seumpama ini dapat dirancang dan dilaksanakan diharapkan akan ada lagi kejuaraan seumpama iini dilitar2 berhampiran bagi mengasah bakat dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.Memang Keratong suatu ketika dulu terkenal dengan pelumba yang berwibawa dan tidak mustahil akan muncul lagi pelumba terbilang dari kejuaraan seumpama ini...
SEPAKAT,KERJASAMA MEMUDAH KERJA...
