SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Saturday, June 26, 2010

MENDEKATI RAKYAT...MENYESUAI KEADAAN...


Dalam usaha mendekati dan memahami aspirasi rakyat,pelbagai program disusun dan diatur..Bermula dengan projek pembangunan,pendidikan sehinggalah kepada rekreasi dan riadah yang terbukti dapat merapatkan hubungan dimana setiap permasalahan dapat disuara untuk ditangani segera oleh pemimpin..

Sehubungan dengan itu,Program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Padang Awam Felda Keratong 3 telah berjaya menarik kehadiran penduduk sekitar dengan pelbagai acara yang diatur..

Kehadiran YB TYT Dato'Seri Jamaludin Jarjis,Ahli Parlimen Rompin yang juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menambah meriah progran tersebut..Beliau juga telah menunjukkan bakat apabila bermain futsal sengan berkain pelikat,,

Cuma pada pandangan penulis,sekiranya penglibatan masyarakat sekitar dapat dimaksimakan,mungkin kemeriahan akan lebih terasa dan bermakna..Lokasi program juga memainkan peranan penting selain promosi yang berkesan agar setiap warga mengetahui akan program tersebut..Tidaklah terasa seakan program tersebut hanya dimanfaat oleh kelompok kecil sedangkan belanja yang dikeluar bukanlah dalam amaun yang kecil..Penulis juga ada ditanyakan oleh ramai sahabat yang menyuarakan pendapat agar program seumpama ini dapat disertai dan dirasai oleh segenap lapisan masyarakat...

PEMIMPIN MESRA RAKYAT GEMBIRA

Monday, June 21, 2010

MENZAHIR KEBENCIAN.....KEKEJAMAN ISRAEL...


Dunia sudah mengetahui akan kekejaman rejim zionis dalam penghapusan etnik bangsa Palestin melalui pembunuhan terancang dan pelbagai sekatan yang dibuat secara haram dan tidak pun mendapat restu PBB..

Rakyat Palestin khususnya yang tinggal di Gaza hidup dalam penuh peperitan,kesusahan dan penderitaan...Sebagai warga dunia yang bertamadun,Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menghantar bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan,perubatan serta alatan pembinaan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang menderita...

Malangnya,konvoi ini telah diserang dan disekat daripada memasuki Gaza sebagaimana yang kita semua maklum.

Bagi menzahirkan kemarahan dan kejelikan ke atas kebiadapan Israel laknatullah ini maka PPU Rompin serta NGO yang terlibat telah mengadakan demo aman bersempena dengan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Rompin baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia,Daro Seri Reezal Merican dan Ketu Pemuda Umno Bahagian Rompin telah mengetuai demo aman ini dengan pelbagai poster dan sepanduk yang mengecam kekejaman Israel ini..
ISRAEL KEJAM.PBB PEJAM

Sunday, June 20, 2010

JALAN KUANTAN-SEGAMAT....AKAN DIKAJI..MENTERI ...


Sejak mutakhir ini,berita kemalangan maut seringkali menghiasi dada2 akhbar dan media elektronik...keadaan ini mungkin disebabkan oleh pertambahan jumlah kenderaan di atas jalan dan kemodenan spesipikasi kenderaan yang tidak seiring dengan usia jalan yang dibina pada era Tun Razak dahulu...Ditambah pula dengan sikap segelintir pengguna jalanraya yang mengabaikan aspek keselamatan dan tidak berhemah dijalanraya...

Justeru,bersempena dengan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rompin,TYT Dato'Seri Jamaludin Jarjis,Ahli Parlimen Rompin terlah mengutarakan permasalahan tersebut kepada Dato'Shahziman Abu Mansur,Menteri Kerjaraya...

Dalam reaksi balasnya terhadap permasalahan tersebut,beliau berjanji akan menhkaji untuk menaik taraf jalan tersebut yang tidak lagi dapat menampung jumlah kenderaan yang menggunakan jalan tersebut.

Di samping itu,jalan lain yang turut diber perhatian adalah jalan Pekan - Rompin dan Jalan Keratong-Bahau...

Terimakasih diucapkan atas keprihatinan pemimpin dalam mendengar keluhan dan rintihan masyarakat dan semoga ini akan dapat menjadi kenyataan dalam tempohmasa terdekat demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat secara keseluruhannya...

MASALAH RAKYAT MASALAH SEMUA

Thursday, June 10, 2010

TAHLIL MASYARAKAT...TANDA SEPAKAT....

Malam ini merupakan malam ke 3 bacaan tahlil arwah mangsa kemalangan yang meragut 6 nyawa di Keratong 2...Kesedihan masih lagi terasa di kalangan ahli keluarga,tetangga dan masyarakat keseluruhannya.Sebagaimana biasa atas rasa muafakat,satu majlis tahlil bersama telah di adakan di kediaman keluarga arwah...
Pada sebelah siangnya,gotong-royong menyediakan juadah dan memasang khemah telah di adakan...Rombongom SKUAD PENYAYANG UMNO Pahang dan Rompin turut hadir menziarahi keluarga mangsa dan menyampaikan ucapan takziah di samping memberikan sedikit bantuan..Majlis tahlil juga telah diadakan...
YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz juga turut meluangkan masa ke majlis tersebut di samping memberikan ucapan terimakasih kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan semasa menguruskan jenazah sehingga siap dan gotong-royong bagi memastikan majlis tahlil dapat dijalankan dengan sempurna....
Sikap prihatin dan muafakat sebegini seharusnya menjadi sebahagian cara hidup bermasyarakat dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatupadu...
SEPAKAT BERERTI MUAFAKAT

Tuesday, June 8, 2010

ZIARAH PEMIMPIN...TANDA PRIHATIN...

Apabila mendapat tahu berita tentang kemalangan yang meragut 6 nyawa tersebut,maka YB ADUN telah meminta segala perkembangan dilaporkan kepadanya secara terus...Ini memandangkan beliau terpaksa berada di luar kawasan dan terikat dengan aturcara yang juga menuntutnya memberikan komitmen penuh...

Justeru,sebaik sahaja segala urusan tamat beliau terus berkejar ke kawasan untuk bertemu dengan keluarga mangsa di samping menyampaikan ucapan takziah.Beliau juga sempat bertanyakan kepada keluarga untuk mendapat informasi yang lebih jelas...

YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz juga telah memimpin bacaan tahlil untuk disedekahkan kepada kesemua arwah walaupun majlis tahlil pertama telah selesai..Bersama beberapa rakan,tetangga dan kaum keluarga mangsa bacaan tahlil telah dapat dilaksanakan dengan sempurna...

Perancangan juga diatur untuk majlis tahlil yang berikutnya.Keprihatinan sebegini wajar menjadi ikutan kepada pemimpin kecil yang lain agar masyarakat sentiasa merasa kita sentiasa mengamalkan sikap rendah diri di samping prihatin dengan segala permasalahan dan musibah yang datang menduga kesabaran dan keimanan kita..

KEPRIHATINAN LAMBANG JIWA MURNI

Monday, June 7, 2010

KEMALANGAN NGERI....6 BERSAUDARA MAUT....

Sepertimana yang telah dipaparkan dalam siaran berita...kemalangan maut yang mengorbankan 6 bersaudara yang melibatkan keluarga Encik Mansur dari Blok 21 Felda Keratong 2 benar-benar mengusik perasaan...

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 76 Jalan Kuantan -Segamat ini mengorbankan Norfaezah Mansur-31,Mohd Saiful Anuar Mansur-14,Nursahera Atikah-13,Norsufeana Atirah-10,Nursuhaila Asirah-8 dan Mohd Shahrul Amil-3....

Perkarangan rumah keluarga mangsa dipenuhi dengan orangramai,jiran tetangga dan saudara-mara menanti ketibaan kesemua jenazah dari Hospital Pekan...Ketibaan jenazah dengan 4 buah kenderaan jenazah terus menjadi perhatian dan suasana pilu amat dirasakan ketika jenazah dibawa masuk ke dalam rumah buat kaum keluarga membuat tatapan terakhir..
Jenazah kemudiannya di bawa ke Masjid Keratong 2 untuk disembahyangkan...

Ditanah perkuburan FELDA kERATONG 2...satu liang besar dengan 6 lahad telah pun siap disediakan oleh petugas yang terdiri daripada generasi muda...

Cuaca yang mendung seakan sama bersedih dengan tragedi ini berterusan disepanjang pengebumian berlangsung.
Hanya ucapan takziah dapat dinyatakan buat keluarga aewah dan semoga rohnya dicucuri rahmat..Amin...
BERAT MATA MEMANDANG

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009