Berita gembira buat golongan pelajar terpilih di sekitar DUN Bukit Ibam apabila dihadiahkan beg sekolah oleh Yayasan Pahang(YP).Sebanyak 400 buah beg telah diagihkan di majlis yang berlangsung di Dewan SMK Bantura..Acara turut disertai oleh YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Yayasan Pahang sememangnya telah lama berbakti kepada warga pelajar di negeri Pahang ini dengan memberikan pelbagai bantuan,menjalankan pelbagai program peningkatan akademik serta pemberian biasiswa kepada pelajar sekolah rendah,menengah sehingga kepada yang belajar di menara gading.YB ADUN dalam ucapannya menasihatkan para pelajar agar belajar bersungguh-sunguh demi masa depan yang cerah serta memberikan suntikan semangat kepada para pendidik agar terus memberikan komitmen tinggi ke arah melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani dan rohani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.ORANG MEMBERI KITA MERASA....
Monday, March 26, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)