-001.jpg)

Pengundi muda..pengundi luar..pengundi yang tinggal di luar kawasan adalah satu permasalahan yang begitu besar dan memainkan peranan penting dalam menentukan calon-calon yang bertanding dalam pilihanraya masa kini dan akan datang..
Jika golongan ini tidak di dekati atau diambil peduli sudah pasti mereka akan menjadi semakin jauh,jauh..dan jauh dari kita..Jadi,sesuatu mesti dilakukan dengan cara yang berkesan dan terancang kerana telah terbukti bahawa golongan inilah yang paling ramai menyokong pembangkang dalam PRU yang lalu.. MENGAPAKAH INI BOLEH BERLAKU DAN AKAN TERUS TERJADI??????
MENGAPA MEREKA INI HARUS KITA DEKATI …??
Mengikut ketetapan SPR,penetapan lokaliti mengundi biasanya berdasarkan alamat di My Kad..jadi walaupun mereka itu tinggal dan berkerja di merata pelusuk Negara,namun apabila tiba musim mengundi mereka ini akan pulang kekampung halaman untuk mengundi..Inilah yang biasanya dipanggil sebagai PENGUNDI LUAR..
PERSOALANNYA….
Apakah sumbangan YB ADUN @PARLIMEN. kepada mereka selama ini?Kenalkah mereka dengan YB atau bakal2 YB ini?Apakah yang mereka dapat sekiranya mereka mengundi calon kita……
Oleh sebab mereka ini kebanyakannya tinggal di Bandar maka, mereka tidak akan merasa apa-apapun kerugian jika mengundi pembangkang kerana pembangunan telah pun ada dan akan terus ada di kawasan tempat tinggal mereka.
JUSTERU, APA YANG BOLEH DILAKUKAN ?
Pertamanya, wujudkan kumpulan ala pengundi maya………Wujudkan kelab atau persatuan anak-anak tempatan mengikut ADUN dan PARLIMEN bagi pengundi-pengundi muda ini di Bandar. Contonya persatuan ana-anak DUN @ PARLIMEN………..Letakkan ianya di bawah naungan ADUN @ ahli PARLIMEN.
Keduanya, adakan perjumpaan berkala dengan ahli-ahli persatuan ini secara berterusan bagi memahami permasalahan mereka dirantauan. KALAU BOLEH lantik wakil mereka sebagai AJK PEMUDA / PUTERI sebagai wakil khas untuk golongan ini. Setiap perjumpaan / mesyuarat, wakil ini akan mengutarakan apa jua masalah yang mereka hadapi. Sebagai pemimpin politik ADUN / ahli PARLIMEN semestinya mempunyai jaringan hubungan dengan pemimpin politik di tempat mereka atau ketua-ketua jabatan di tempat mereka tinggal. JADI…..dengan panggilan talipon atau surat sokongan sahaja, kita boleh meminta agar pemimpin tadi menolong menyelesaikan masalah yang pengundi-pengundi luar ini hadapi.
Banyak lagi cara / program yang boleh kita lakukan untuk mendekati pengundi luar ini agar mereka sentiasa rapat dan terasa diri mereka di ambil berat. Barulah tidak timbul persepsi yang mereka ini hanya kita perlukan, dekati, cari……hanya apabila musim mengundi.
Kita tidak mahu seperti apa yang berlaku di Kelantan… BAS, duit kocek hatta duit minyak kita sediakan untuk mereka pulang mengundi, akhirnya mereka disambut pembangkang , dan mengundi pihak pembangkang…….SALAH SIAPAKAH INI…?
Kita perlulah berani untuk berubah dan mencuba kaedah baru untuk menghadapi pengundi muda @ pengundi luar ini. Jangan terus dengan system dan cara lama yang ternyata sudah ketinggalan zaman.
ZAMAN TELAH BERUBAH….FIKIR-FIKIRKANLAH……….