.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Dunia sudah mengetahui akan kekejaman rejim zionis dalam penghapusan etnik bangsa Palestin melalui pembunuhan terancang dan pelbagai sekatan yang dibuat secara haram dan tidak pun mendapat restu PBB..
Rakyat Palestin khususnya yang tinggal di Gaza hidup dalam penuh peperitan,kesusahan dan penderitaan...Sebagai warga dunia yang bertamadun,Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menghantar bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan,perubatan serta alatan pembinaan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang menderita...
Malangnya,konvoi ini telah diserang dan disekat daripada memasuki Gaza sebagaimana yang kita semua maklum.
Bagi menzahirkan kemarahan dan kejelikan ke atas kebiadapan Israel laknatullah ini maka PPU Rompin serta NGO yang terlibat telah mengadakan demo aman bersempena dengan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Rompin baru-baru ini.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia,Daro Seri Reezal Merican dan Ketu Pemuda Umno Bahagian Rompin telah mengetuai demo aman ini dengan pelbagai poster dan sepanduk yang mengecam kekejaman Israel ini..
ISRAEL KEJAM.PBB PEJAM