.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
-001.jpg)
Dalam menyahut seruan agar diadakan pelbagai program ke arah menjuarai rakyat...maka telah dilangsungkan Festival As-Syura Peringkat Negeri Pahang yang telah dilangsungkan dengan jayanya di perkarangan Masjid Muadzam Shah....Sebanyak 66 pasukan telah mengambil bahagian yang telah dibahagikan kepada beberapa kategori...Suasana begitu meriah dengan kehadiran orang ramai yang turut sama mengambil bahagian dalam acara sukaneka dan penyampaian sumbangan kepada saudara baru di kalangan masyarakat orang asli.
Turuh hadir bersama-sama dalam festival tersebut adalah YB Dato'Hj Mohamad Sahfri Ab Aziz,Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah,Perpaduan,dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Kerajaan Negeri Pahang,YB Senator Dato Maznah Mazlan,Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang dan tetamu jemputan yang lain.
YB.Dato'Seri Jamaludin Jarjis juga telah memberikan ucapan ringkas melalui SKYPE kepada para hadirin dan tetamu yng hadir..
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam festival kali ini dan apa yang paling membanggakan adalah pengelibatan ramai golongan muda dalam kegiatan seumpama ini..
Rata-rata masyarakat yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana program seumpama ini mampu mendekatkan diri antara masyarakat..memupuk semangat kerjasama selain mengenang sejarah yang berlaku dalam dunia Islam...
Semoga dengan tercetusnya program ini akan menjadi pemangkin untuk pemimpin setempat merancang dan melaksanakan pelbagai program terutamanya yang berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan agar rakyat marhaen dapat merasakan apa itu ertinya JUARA RAKYAT dan MENJUARAI RAKYAT...
TAHNIAH...TERUSKAN KE ARAH YANG LEBIH BAIK...

