Dalam memastikan anak-anak dapat meneruskan pelajaran hingga ke peringkat menara gading,dengan kerjasama pelbagai pihak,UiTM telah memberikan peluang kedua kepada mereka yang gagal untuk pengambilan pertama.Bertempat di dewan SMK Keratong 2 telah diadakan majlis penyerahan surat tawaran kepada pelajar yang berjaya serta penyerahan insentif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang.Turut Hadir di majlis tersebut adalah Setiausaha Sulit Kepada TYT DSJJ,Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat dan YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Rata-rata pelajar dan ibubapa yang ditemui melahirkan rasa bersyukur dengan keprihatinan pelbagai pihak dalam memastikan anak-anak mendapat peluang pembelajaran hingga ke peringkat tertinggi.Dengan bantuan berupa insentif kewangan kerajaan akan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung dalam suasana ekonomi sekarang ini terutamanya bagi masyarakat yang berpendapatan rendah.
PEMBELAJARAN DIUTAMAKAN KEBAJIKAN DIJAGA..