Semua usaha yang dibuat demi untuk kebajikan peneroka akhirnya membuahkan hasil apabila MPOB membayar RM7.5 juta melalui Skim Insentif Tanaman Semula kepada peneroka yang terlibat dengan penanaman semula pokok sawit.Hadir bersama ke Majlis ini adalah YB Datuk Hamzah Zainuddin,Timbalan Menteri Perusahaan,perladangan dan komoditi selain TYT DSJJ,dan YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam.Rata-rata penerima akan mendapat RM4.000 berdasarkan perkiraan RM1K per hektar.Semuga dengan adanya wang insentif ini yang boleh dikira sebagai durian runtuh dan bonus berganda daripada Kerajaan akan memungkinkan persiapan Hari Raya dapat dilakukan dengan lebih sempurna lagi.Rata-rata peneroka yang ditemui melahirkan rasa termakasih kepada pihak kerajaan dan bersyukur kepada Ilahi kerana pada bulan yang mulia ini mereka dikurniakan rezeki yang melimpah.Ini sekali lagi membuktikan kerajaan benar-benar menjada kebajikan rakyat dan bukan hanya sekadar slogan sebagaimana yang cuba digembar-gembur oleh pembangkang.BUKAN SEKADAR SLOGAN...
Monday, August 15, 2011
Friday, August 5, 2011
LAGI SUMBANGAN FELDA TERHADAP PENEROKA DAN GENERASINYA..
Sebagaimana selalu,FELDA melalui SERANTA akan mengadakan program yang dinamakan Rahmat Ramadhan Warga FELDA di setiap kawasan parlimen yang mempunyai skim FELDA.Bagi Gugusan Keratong Parlimen Rompin ini,Masjid Keratong 2 telah menjadi lokasinya.Turut hadir bersama ke program ini adalah YB TYT DSJJ,Ahli Parlimen Rompin,Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,Dato'Zulkifli Wahab,Pengarah Besar FELDA,Barisan kepimpinan serta anggota masyarakat dan para jemputan..Antara pengisian majlis selain program berkuka puasa adalah penyampaian sumbangan FELDA kepada setiap masjid dan sekolah agama felda Parlimen Rompin,penyampaian replika cek duit raya yang diumumkan oleh YAB PM kepada ketua peneroka.Selain itu pengumuman tentang pembinaan gelanggang futsal ke semua kawasan felda serta pembinaan 4 buah dewan di kawasan yang telah ditentukan.Semua sumbangan serta peruntukan ini amat bermakna kepada warga peneroka dan generasinya dan menolak tohmahan bahawa FELDA ini tidak mengutamakan kebajikan warganya selain bangkrup dan sebagainya.FELDA ..HANYA 1 di DUNIA
Subscribe to:
Posts (Atom)