.jpg)
.jpg)
.jpg)
-001.jpg)
.jpg)
Demikian juga dengan sambutan ulangtahun kelahiran junjungan besar..Nabi Muhammad S.A.W..yang telah diadakan di perkarangan masjid FELDA Keratong 1..Majlis yang dimulakan dengan perarakan bermula daripada dataran sekolah kebangsaan telah disertai oleh warga yang berkesempatan sambil berselawat..
Antara acara yang dijalankan adalah seperti pertandingan sepanduk...tulisan khat tangan..pertandingan mewarna,persembahan pentomin,marhaban dan ceramah agama...
Apa yang lebih menarik adalah pertandingan melaungkan azan dan qamat oleh ahli-ahli belia dan generasi muda yang telah diadakan pada malam sebelumnya..Melihatkan jumlah penyertaan dan komitmen yang ditunjukkan jelaslah bahawa golongan muda ini masih lagi boleh dibentuk sekiranya diberikan ruang dan tunjukajar dari warga yang prihatin...
Majlis pada kali ini turut sama disertai oleh YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam yang juga merupakan EXCO Kerajaan Negeri Pahang...Beliau dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak khususnya para belia yang telah membuat palbagai pengisian yang begitu baik dan berharap para belia akan lebih melibatkan diri terutama dalam hal-hal yang berkaitan kerohanian dan kemasyarakatan...
MEMANTAP UKHWAH MEMPERKUKUH UMMAH...
