.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Dalam usaha mendekati dan memahami aspirasi rakyat,pelbagai program disusun dan diatur..Bermula dengan projek pembangunan,pendidikan sehinggalah kepada rekreasi dan riadah yang terbukti dapat merapatkan hubungan dimana setiap permasalahan dapat disuara untuk ditangani segera oleh pemimpin..
Sehubungan dengan itu,Program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Padang Awam Felda Keratong 3 telah berjaya menarik kehadiran penduduk sekitar dengan pelbagai acara yang diatur..
Kehadiran YB TYT Dato'Seri Jamaludin Jarjis,Ahli Parlimen Rompin yang juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menambah meriah progran tersebut..Beliau juga telah menunjukkan bakat apabila bermain futsal sengan berkain pelikat,,
Cuma pada pandangan penulis,sekiranya penglibatan masyarakat sekitar dapat dimaksimakan,mungkin kemeriahan akan lebih terasa dan bermakna..Lokasi program juga memainkan peranan penting selain promosi yang berkesan agar setiap warga mengetahui akan program tersebut..Tidaklah terasa seakan program tersebut hanya dimanfaat oleh kelompok kecil sedangkan belanja yang dikeluar bukanlah dalam amaun yang kecil..Penulis juga ada ditanyakan oleh ramai sahabat yang menyuarakan pendapat agar program seumpama ini dapat disertai dan dirasai oleh segenap lapisan masyarakat...
PEMIMPIN MESRA RAKYAT GEMBIRA