SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Sunday, February 21, 2010

MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN UMNO PAHANG..BERMULA KERJA..


Setelah berkampung berkonvensyen selama 3 hari..berbengkel dan membuat ledakan idea dan saranan,maka konvensyen pun ditutup tirainya..

Sebelum majlis penutupan rasmi bermula,satu pembentangan resolusi perbengkelan telah di sampaikan oleh wakil yang telah dipilih..Bagi Unit Media Baru pembentangan resolusi telah disampaikan oleh YB Dato'Shahniza Shamsuddin dengan begitu jelas dan mendapat perhatian daripada para peserta tentang apa dia MEDIA BARU dan peranannya dalam politik masakini...

Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri.Dalam ucapannya beliau mengucapkan sekalung tahniah kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang begitu proaktif dan komited dalam menganjurkan konvensyen pada kali ini.Beliau amat-amat berharap segala resolusi yang telah dicapai akan dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan segera demi memastikan Umno sentiasa menjiwai hati rakyat dan seterusnya menjadi Pembela Rakyat..

Majlis ditamatkan dengan penyerahan Resolusi Konvensyen UMNO Pahang kepada YAB TPM dan juga kepada semua bahagian UMNO Pahang.

Besarlah harapan kami UMNO PAHANG agar apa yang telah menjadi resolusi itu nanti akan mendapat perhatian segera samada UMNO itu sendiri atau melalui jabatan-jabatan atau agensi yang terbabit agar tidak nanti diperkatakan konvensyen ini hanyalah rektorik semata-mata..Insyallah dengan kepimpinan YAB MB yang begitu komited dan prihatin,maka segala resolusi ini pasti akan diberkan perhatian yang serius...

BUKAN SEKADAR KONYENSYEN
Bookmark and Share

Friday, February 19, 2010

MEDIA BARU...SATU PENGIKTIRAFAN...




Konvensyen UMNO Pahang 2010 kali ini mencatat sejarah dalam UMNO itu sendiri kerana satu slot baru tersenarai sebagai salah satu elemen bengkel iaitu MEDIA BARU..Para peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan dibawah seliaan seorang pengerusi yang cukup berpengalaman.
Bagi kumpulan 5...bengkel telah diselia dengan baik oleh ketua UMB Malaysia sendiri iaitu Saudara Tun Faisal Ismail dan crewnya...
Para peserta ternyata begitu bersemangat dalam mengutarakan pendapat dalam sesi bengkel tersebut yang lebih menjurus akan kepentingan media baru itu terhadap politik.Pelbagai saranan yang telah disuarakan oleh para peserta dan akan dibentangkan dalam sidang pleno untuk membuat rumusan tentang hasil perbengkelan mengikut kumpulan..

Semoga apa yang telah dihasilkan nanti akan segera mendapat perhatian dan tindakan oleh pihak yang berkenaan demi mendekati pengundi muda dalam usaha mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihanraya akan datang.

Kita sedia maklum bahawa pengundi muda yang bilangannya begitu ramai memang menggunakan media baru dalam mencari maklumat dan inilah sahaja cara yang paling berkesan
untuk kita menyalur maklumat tersebut disamping menangkis segala dakyah,tohmahan dan fitnah pembangkang..

MEDIA BARU INFORMASI TERKINI
Bookmark and Share

SEKITAR PERASMIAN KONVENSYEN UMNO PAHANG....SATU RENUNGAN BERSAMA..

Majlis perasmian Konvensyen UMNO Pahang telah selamat disempurnakan oleh YAB Presiden UMNO,Dato'Seri Najib Razak dalam satu upacara yang cukub bermakna dan bersejarah terutamanya untuk UMNO Pahang itu sendiri.Beliau yang telah disambut oleh perbarisan oleh sayap2 parti di peringkat bahagian sambil diiringi oleh barisan kepimpinan UMNO Negeri dan para kenamaan yang lain.

Dalam ucapannya beliau memberikan peringatan kepada semua pihak agar mengamalkan muhasabah diri,melakukannya dengan seikhlas hati,memikir apakah semua yang dilakukan selama ini mendekati dan memahami kehendak rakyat dilakukan dengan penuh kesedaran dan dengan hati yang jujur..

Beliau juga mengharapkan agar setiap perkara yang dilakukan benar2 diterimabaik oleh rakyat sesuai dengan tema konvensyen pada kali ini iaitu"Pembela Rakyat"
Majlis juga diserikan dengan persembahan multimedi yang menarik iaitu bertajuk"Lahirnya Sebuah Mutiara"dimana mengisahkan sejarah dan perjuangan Allahyarham Tun Razak dan disambung pula oleh pemimpin yang tak lain tak bukan iaitu DS Najib.

Turut mengambil perhatian dalam majlis perasmian itu adalah perasmian model bangunan UMNO Negeri Pahang yang bakal dibangunkan tidak lama lagi.
Majlis ditamatkan dengan melawat ke gerai/galeri UMNO Pahang dan sidang media..

Semoga dengan semangat yang dapat digarap melalui konvensyen itu nanti bakal menyuntik semangat kerja yang tinggi ke arah memastikan UMNO mendapat kejayaan yang peling cemerlang dalam pilihanraya umum akan datang.Insyaallah.

JUARAI HATI RAKYAT MELALUI PEMBELAAN...
Bookmark and Share

Thursday, February 18, 2010

SELAMAT BERKONVENSYEN DAN PERSIAPAN ROMPIN....

Konvensyen UMNO Pahang yang dilangsungkan selama 3 hari di UiTM Jengka ini bakal dihadiri oleh perwakilan dari segenap pelusuk negeri...Sudah tentu misi dan objektifnya adalah menjadi wadah ilmiah membincangkan perkara-perkara yang melibatkan kepentingan agama,bangsa dan negara..

Bagi UMNO Rompin sudah barangpasti segala resolusi yang telah dicapai dalam konvensyen peringkat bahagian baru-baru ini bakal diketengahkan di peringkat negeri ini untuk sama-sama menyumbang idea dan menghurai pendapat..

UMNO Bahagian Rompin juga tidak terkecuali dalam membuat persiapan rapi dalam menyambut kehadiran peserta Rompin agar segalanya berjalan lancar dan teratur..Bermula dengan persiapan pengagihan tempat penginapan,dan memestikan segala kelengkapan yang dibekalkan mencukupi..
Dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Urus setia di bawah pimpinan SUK Bahagian,petugas pemuda dan puteri maka segala urusan dapat dilaksanakan walau sehingga ke subuh hari..
YB Dato'Haji Mohamad Sahfri Ab Aziz ,yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO Pahang turut sama berada dilokasi memastikan segala perancangan berjalan lancar..

Semoga semua perwakilan daripada UMNO Bahagian Rompin akan memberikan sepenuh fokus dan perhatian pada setiap bengkel yang dihadiri bagi memastikan suara UMNO Rompin juga dapat melakukan sesuatu sumbangan demi menambahbaik perjuangan UMNO Pahang khususnya..
KONVENSYEN..MEDAN MENJANA PERUBAHAN
Bookmark and Share

Saturday, February 13, 2010

KONVENSYEN UMNO ROMPIN DAN UNIT MEDIA BARU....

Konvensyen UMNO Bahagian Rompin telah diadakan dengan jayanya diAuditorium Utama UNITEN Muadzam Shah pada 13 Feb yang lalu.
Para perserta telah dibahagikan kepada 4 kumpulan perbengkelan iaitu Ekonomi,Politik,Pendidikan dan Agama dan Media Baru...

Selain itu,Taklimat dan penerangan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dan Taklimat mengenai Pemutihan Keahlian Umno juga telah disampaikan oleh Biro Keahlian UMNO Malaysia..

Unit Media Baru Umno Rompin (UMB Rompin)telah diberikan kepercayaan untuk mengetuai sessi taklimat dan perbengkelan dengan tajuk "PERANAN MEDIA BARU DALAM POLITIK DAN BAGAIMANA MENGAPLIKASIKANNYA...

Perbengkelan dimulakan dengan persembahan slide show tentang apa yang dikatakan sebagai media baru dan kepentingannya dalam politik...Sesi turut sama dibantu oleh para Blogger dan Facebookers yang lebih berpengalaman..Ternyata para peserta begitu memberikan tumpuan dan perhatian ditambah pula dengan YB Dato"Mohamad Sahfri yang bertindak sebagai mentor kepada unit medi baru dalam sesi perbengkelan ini..

RESOLUSI mengenai perbengkelan telah dibentangkan semasa sesi pembentangan dan ternyata mendapat perhatian daripada ahli konvensyen..Akhirnya majlis penyerahan Resolusi Perbengkelan Media Baru telah di lakukan Yb.Dato'Mohamad Sahfri telah menerima daripada Pengerusi Biro untuk disampaikan kepada YH Dato'Hasan Arifin selaku Timbalan Kutua UMNO Bahagian..

Semoga segala rumusan dan resolusi akan menjadi satu panduan dan landasan serta mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak pentadbiran UMNO Bahagian agar ianya benar2 dapat diapliksaikannya...

MEDIA BARU ..MEDAN SEGALA INFO....
Bookmark and Share

Sunday, January 31, 2010

LAGI PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT...

Walaupun terasa letih setelah mengharungi pelbagai program,namun itulah dia yang dinamakan pemimpin..seboleh mungkin memenuhi aturcara yang telah dirancang dan bertemu rakyat untuk bertanya khabar disamping menyelesaikan permasalahan masyarakat..

Kali ini bertempat di Padang Awam Selancar 1...Program Sukan Rakyat anjuran Persatuan Belia Selancar 1 dan JKKR serta badan gabungannya..

Antara acara yang telah dilangsungkan adalah sukaneka....pertandingan gubahan..bolasepak 12 tahun...pemeriksaan kesihatan,pendaftaran anggota RELA...dan yang lebih penting adalah pendaftaran pengundi baru(SPR) yang telah dibuat oleh jawatankuasa yang telah diamanahkan..

YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz yang turut hadir untuk perasmian penutup mengucapkan tahniah kepada semua pihak terutamanya jawatankuasa penganjur yang telah memberikan komitmen terbaik sehingga program tersebut dapat dijalankan dengan lancar sehingga penghujungnya.Beliau juga mengingatkan ibubapa agar sentiasa memberikan perhatian terhadap pelajaran anak anak selain daripada mengimbas jasa Allahyarham Tun Abdul Razak...pengasas FELDA...yang telah berjaya merubah kehidupan masyarakat Melayu yang bergelar PENEROKA...Beliau juga memberikan ingatan agar masyarakat FELDA tidak terpengaruh dengan cubaan pihak-pihak luar yang cuba memecahbelah permuafakatan yang telah terbina dengan pelbagai fitnah dan janji-janji kosong..

Sekali lagi sekalung tahniah kepada masyarakat Felda Selancar 1 yang pada peperhatian penulis telah bergabung tenaga dan usaha demi memastikan program yang dilaksanakan itu berjalan dengan lancar dan tersusun..

MUAFAKAT MEMBINA MASYARAKAT..
Bookmark and Share

Saturday, January 30, 2010

JUMPA ORANG MUDA(JOM) UMB ROMPIN.........

Dalam usaha menarik golongan muda untuk terus bersama-sama berjuang memperkukuh parti kesayangan kita...UMNO..maka pelbagai pendekatan dan kaedah telah dirancang dan dilaksanakan.Program ini telah dinamakan JUMPA ORANG MUDA(JOM)..Kali ini sasarannya adalah Kelab Cubcross dan Motocross Keratong 1...

Program perkhemahan lasak ini telah diadakan di Hutan Simpan Lesong Rompin dan disertai lebih kurang 30 orang peserta.Persatuan Belia FELDA Keratong 1 telah menyumbangkan dana untuk membiayai program 3 hari 2 malam ini...

Konvoi peserta tersebut ternyata begitu teruja dengan kunjungan YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz..ADUN Bukit Ibam yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rompin..Dalam kesibukan jadual program,beliau sempat meluangkan masa dan bermesra dengan para peserta..

Antara program yang diatur adalah jelajah rimba,membaca jejak haiwan liar dan pertandingan memancing..Apa yang dapat dilihat melalui program ini adalah semangat kerjasama melakukan tugas yang telah diamanahkan dan sikap tidak mementingkan diri..

Adalah diharapkan agar Program JOM ini akan diteruskan kepada golongan sasar yang lain pula pada masa yang akan datang bagi memastikan golongan yang merupakan pengundi muda ini akan terus merasakan diri mereka ini dihargai dan terus menyokong dalam apa jua program yang bakal dilaksanakan..

Bagi pihak persatuan Belia FELDA Keratong 1 dan UMB ROMPIN.sekalung tahniah dan terimakasih diucapkan kepada YB Dato' yang begiitu prihatin dengan apa yang dihajati oleh golongan muda seperti ini...
ORANG MUDA SEMANGAT MEMBARA
Bookmark and Share

Friday, January 29, 2010

MASA UNTUK BEKERJA...KURANGKAN REKTORIK...


Setelah cadangan dan draf tentang pindaan perlembagaan UMNO dibentang,dibahas dan diluluskan ....kini tiba masanya berada diperingkat pelaksanaan...Jangan lagi selepas ini kita terus berektorik dan berada di zon selesa...
Sehubungan dengan itu,majlis taklimat tentang pelaksanaan pindaan perlembagaan UMNO dan penyerahan senarai keahlian untuk tujuan pemutihan telah diadakan untuk DUN Bukit Ibam bagi Parlimen Rompin...bertempat di Balai Raya Felda Keratong 4.

Hadir sama dalam program tersebut adalah YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam,Setiausaha UMNO Bahagian Rompin dan Ahli Jawatankuasa 4peringkat selain ketua-ketua cawangan DUN Bukit Ibam.
Semua ahli juga diberikan ingatan agar bersedia menyahut saranan pihak kepimpinan untuk memperkemas urusan pentadbiran di peringkat cawangan dan bahagian agar lebih tersusun dan merancang melaksana apa jua program yang bersesuaian untuk menjuarai rakyat sesuai dengan slogan SBSP..Satu Bulan Satu Program.....

Makluman mengenai Mini Konvensyen Peringkat Bahagian Rompin juga turut disampaikan yang bakal diadakan pada 13hb.Februari 2010 ini..Rumusan daripada mini konvensyen ini nanti akan di bawa sebagai mewakili Umno Bahagian Rompin ke Konvensyen UMNO Pahang yang bakal berlangsung diUITM Jengka...

AYUH BERGERAK MARA BERSAMA...

Bookmark and Share

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009