SELAMAT DATANG KE BLOG GENGSAHABAT....TERIMA KASIH...

Sunday, August 1, 2010

ZIARAH..PRIHATIN DAN TANGGUNGJAWAB....


Dalam kesibukan kita seharian sudah pasti ada sahaja anggota masyarakat di luar sana yang mengalami masalah kesihatan samada faktor usia mahupun penyakit kronik...mereka ini perlukan pembelaan,perhatian,bantuan dan rawatan walau kadangkala ada yang terus terlantar...

Adalah menjadi tanggungjawab anggota masyarakat untuk memberikan informasi tepat kepada pihak berwajib seperti YB..agensi kerajaan agar tindakan segera dapat dilakukan dengan segera menyalurkan bantuan apa yang sewajarmya.

Justeru, dalam program ziarah pesakit kronik baru-baru ini yang diadakan di Felda Selancar 1,pelbagai bantuan telah dihulur kepada pesakit kronik yang telah dikenalpasti..Rata-rata pesakit melahirkan rasa syukur atas kunjungan YB,Agensi Kerajaan seperti Jabatan Kebajikan,Kesihatan ,Zakat dan Jabatan Agama Islam...

Kepada pemimpin di peringkat akar umbi dilihat perlu lebih proaktif dalam mengesan dan melapor kepada pihak berwajib agar tindakan segera dapat diambil tanpa perlu menanti kehadiran VVIP atau pihak luar yang berkepentingan seolah-olah kita ini tidak peka akan permasalahan masyarakat..

RAKYAT PRIHATIN MASYARAKAT SEJAHTERA..

Thursday, July 29, 2010

BARAKAH MUAFAKAT...PERPADUAN UKHWAH...


Sebagaimana yang telah dirancangkan sebalum ini,program Tahlil Perdana bagi Blok 20 Felda Keratong 2 telah berjaya diterjemahkan...Seekor lembu dan kambing ditumbangkan sebagai juadah makan yang tentunya dimasak sendiri secara gotong-royong ahli blog..Sebenarnya majlis ini diadakan adalah bagi menyambut kedatangan Ramadhan tidak lama lagi...

Segala kos ditanggung bersama oleh ahli blok..Prongam ini dilihat berjaya menjimatkan kos dan masa selain merapatkan hubungan yang telah sedia terjalin...dan insyaallah ianya akan menjadi tradisi blok 20 ini hingga ke masa hadapan..

Pada jamuan yang diadakan kali ini turut sama menjemput murid,guru dan kakitangan sekolah,kariah masjid dan juga murid-murid Tadika...

Tuan Pengurus Felda yang hadir sama ke majlis ini turut sama melahir rasa kagum dan bangga atas kesepakatan masyarakat di blok 20 ini sambil berharap ianya akan menjadi contoh kepada ahli-ahli di blok yang lain..

Penulis bagi pihak warga blok 20 ingin mengucapkan terimakasih kepada semua pihak terutamanya ahli-ahli blok yang telah memberikan kerjasama yang mantap sehingga majlis ini dapat dijalankan dengan jayanya...

Insyaallah..kita aka berjumpa di majlis jamuan Hari Raya bagi blok ini sebagaimana yang telah kita rancangkan...

RINGAN SAMA DIJINJING..

Saturday, July 24, 2010

MENINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN...KESEDARAN DIRI...


Dalam usaha kerajaan untuk memperbaiki taraf hidup penduduk terutamanya yang masih dibelenggu kemiskinan,pelbagai agensi telah dtubuhkan.Bermacam bantuan dan pinjaman mudah diwujudkan.Antaranya termasuklah AIM...Amanah Ikhtiar Malaysia..

Walaupun demikian, program peningkatan ekonomi keluarga ini tidak akan membuahkan hasil yang diharapkan sekiranya tiada kesedaran mendalam daripada para peserta yang terlibat dalam program seumpama ini.Demikian dinyatakan oleh YB Dato'Haji Mohd Sahfri Ab Aziz,ADUN Bukit Ibam merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang ketika berucap di majlis Hari Keluarga dan Sukaneka AIM bagi Blog Muadzam Shah dan Bukit Ibam di Padang Awam BTAR..

Melalui program ini para Sahabat AIM diberikan kredit mudah untuk menjalankan perusahaan ringan ke arah memberbaiki taraf hidup keluarga dan keluar daripada belenggu kemiskinan.

Apa yang penting adalah pemantauan berterusan daripada pihak AIM sendiri di samping usaha gigih dan bersungguh=sungguh daripada para Sahabat AIM itu sendiri..

ANDALAH YANG MENGUBAHNYA

Thursday, July 22, 2010

ANTARA TAKDIR DAN KESILAPAN MANUSIA...


Kemalangan jalanraya yang berlaku di sekitar Keratong baru-baru ini mengorbankan 2 nyawa dan kecederaan kepada beberapa orang mangsanya..Semuanya menimbulkan pertanyaan yang perlu dirungkaikan...Apakah keadaan fizikal jalanraya atau sikap manusia itu menjadi penyebab utama berlakunya tragedi ini?

Kemalangan ngeri kali ini mengorbankan seorang pelajar pintar yang menuntut di asrama Semai Bakti Kuantan dan seorang lagi peniaga yang masih menyara anak yang ramai...Kenderaan yang terbabit dalam 2 kemalangan ngeri ini remuk sama sekali...

Persoalannya...mengapa kita masih tidak mampu berhemah dan berhati-hati ketika memandu dijalanraya yang licin akibat hujan lebat...Walaupun faktor fizikal jalanraya...yang sempit dan bergelombang boleh diambilkira sebagai faktor penyebab...

Takziah diucapkan kepada semua mangsa...dan terimakasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberikan bantuan..terutamanya kepada YB Dato'Mohamad Sahfri Ab.Aziz yang berkejar ke kawasan sebaik sahaja mendapat berita tentang tragedi tersebut..Sekurang-kurangnya kesedihan keluarga mangsa terubat sedikit apabila ADUN menjengah dan turun padang memastikan urusan penyempurnaan jenazah dapat dilakukan secepat mungkin..

JANGAN JADIKAN JALANRAYA SUNGAI MAUT

Sunday, July 4, 2010

BERLATIH,BELAJAR MENGURUS ACARA...


Sepanjang 2 hari ni,padat dengan program sukan rakyat bagi warga Felda Keratong 1,yang dianjurkan oleh MBFM Keratong 1..Pelbagai acara di atur,antaranya futsal pelikat yang melibatkan 8 pasukan,acara sukan rakyat bagi semua golongan masyarakat,pertandingan Playstation 2..dan latihan menyanyi...k'oke...

Kemeriahan terasa apabila segenap lapisan masyarakat turun ke padang bagi mengambil bahagian atau memberikan sokongan..Tidak kurang juga acara VIP..futsal pelikat dimana para pemimpin menunjukkan semangat kesukanan apabila bermain menentang juara...

Disebalik kemeriahan ini,apa yang ingin diperkatakan ialah semangat kerjasama yang ditunjuk oleh Jawatankuasa MBFM Keratong 1 dalam menggendalikan majlis dan acara..Mereka telah menunjuk komitmen dan belajar mengurus acara dengan baik...Tahniah diucapkan..

Semoga di masa akan datang akan merancang dan melaksanakan pula program berbentuk kemasyarakatan dan kerohanian seperti ceramah agama,persembahan berbentuk keagamaan,berzanji dan marhaban..golongan lama sewajarnya memberikan galakan dan tunjukajar kepada para muda belia ini supaya mereka dilatih menjadi pemimpin kecil yang suatu masa nanti bakal menerajui pentadbiran rancangan...

BELIA HARI INI PEMIMPIN MASA DEPAN

Saturday, June 26, 2010

MENDEKATI RAKYAT...MENYESUAI KEADAAN...


Dalam usaha mendekati dan memahami aspirasi rakyat,pelbagai program disusun dan diatur..Bermula dengan projek pembangunan,pendidikan sehinggalah kepada rekreasi dan riadah yang terbukti dapat merapatkan hubungan dimana setiap permasalahan dapat disuara untuk ditangani segera oleh pemimpin..

Sehubungan dengan itu,Program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Padang Awam Felda Keratong 3 telah berjaya menarik kehadiran penduduk sekitar dengan pelbagai acara yang diatur..

Kehadiran YB TYT Dato'Seri Jamaludin Jarjis,Ahli Parlimen Rompin yang juga Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat menambah meriah progran tersebut..Beliau juga telah menunjukkan bakat apabila bermain futsal sengan berkain pelikat,,

Cuma pada pandangan penulis,sekiranya penglibatan masyarakat sekitar dapat dimaksimakan,mungkin kemeriahan akan lebih terasa dan bermakna..Lokasi program juga memainkan peranan penting selain promosi yang berkesan agar setiap warga mengetahui akan program tersebut..Tidaklah terasa seakan program tersebut hanya dimanfaat oleh kelompok kecil sedangkan belanja yang dikeluar bukanlah dalam amaun yang kecil..Penulis juga ada ditanyakan oleh ramai sahabat yang menyuarakan pendapat agar program seumpama ini dapat disertai dan dirasai oleh segenap lapisan masyarakat...

PEMIMPIN MESRA RAKYAT GEMBIRA

Monday, June 21, 2010

MENZAHIR KEBENCIAN.....KEKEJAMAN ISRAEL...


Dunia sudah mengetahui akan kekejaman rejim zionis dalam penghapusan etnik bangsa Palestin melalui pembunuhan terancang dan pelbagai sekatan yang dibuat secara haram dan tidak pun mendapat restu PBB..

Rakyat Palestin khususnya yang tinggal di Gaza hidup dalam penuh peperitan,kesusahan dan penderitaan...Sebagai warga dunia yang bertamadun,Malaysia telah mengambil inisiatif untuk menghantar bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan,perubatan serta alatan pembinaan untuk disampaikan kepada rakyat Palestin yang menderita...

Malangnya,konvoi ini telah diserang dan disekat daripada memasuki Gaza sebagaimana yang kita semua maklum.

Bagi menzahirkan kemarahan dan kejelikan ke atas kebiadapan Israel laknatullah ini maka PPU Rompin serta NGO yang terlibat telah mengadakan demo aman bersempena dengan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Rompin baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia,Daro Seri Reezal Merican dan Ketu Pemuda Umno Bahagian Rompin telah mengetuai demo aman ini dengan pelbagai poster dan sepanduk yang mengecam kekejaman Israel ini..
ISRAEL KEJAM.PBB PEJAM

Sunday, June 20, 2010

JALAN KUANTAN-SEGAMAT....AKAN DIKAJI..MENTERI ...


Sejak mutakhir ini,berita kemalangan maut seringkali menghiasi dada2 akhbar dan media elektronik...keadaan ini mungkin disebabkan oleh pertambahan jumlah kenderaan di atas jalan dan kemodenan spesipikasi kenderaan yang tidak seiring dengan usia jalan yang dibina pada era Tun Razak dahulu...Ditambah pula dengan sikap segelintir pengguna jalanraya yang mengabaikan aspek keselamatan dan tidak berhemah dijalanraya...

Justeru,bersempena dengan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rompin,TYT Dato'Seri Jamaludin Jarjis,Ahli Parlimen Rompin terlah mengutarakan permasalahan tersebut kepada Dato'Shahziman Abu Mansur,Menteri Kerjaraya...

Dalam reaksi balasnya terhadap permasalahan tersebut,beliau berjanji akan menhkaji untuk menaik taraf jalan tersebut yang tidak lagi dapat menampung jumlah kenderaan yang menggunakan jalan tersebut.

Di samping itu,jalan lain yang turut diber perhatian adalah jalan Pekan - Rompin dan Jalan Keratong-Bahau...

Terimakasih diucapkan atas keprihatinan pemimpin dalam mendengar keluhan dan rintihan masyarakat dan semoga ini akan dapat menjadi kenyataan dalam tempohmasa terdekat demi kesejahteraan dan keselamatan masyarakat secara keseluruhannya...

MASALAH RAKYAT MASALAH SEMUA

Thursday, June 10, 2010

TAHLIL MASYARAKAT...TANDA SEPAKAT....

Malam ini merupakan malam ke 3 bacaan tahlil arwah mangsa kemalangan yang meragut 6 nyawa di Keratong 2...Kesedihan masih lagi terasa di kalangan ahli keluarga,tetangga dan masyarakat keseluruhannya.Sebagaimana biasa atas rasa muafakat,satu majlis tahlil bersama telah di adakan di kediaman keluarga arwah...
Pada sebelah siangnya,gotong-royong menyediakan juadah dan memasang khemah telah di adakan...Rombongom SKUAD PENYAYANG UMNO Pahang dan Rompin turut hadir menziarahi keluarga mangsa dan menyampaikan ucapan takziah di samping memberikan sedikit bantuan..Majlis tahlil juga telah diadakan...
YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz juga turut meluangkan masa ke majlis tersebut di samping memberikan ucapan terimakasih kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan semasa menguruskan jenazah sehingga siap dan gotong-royong bagi memastikan majlis tahlil dapat dijalankan dengan sempurna....
Sikap prihatin dan muafakat sebegini seharusnya menjadi sebahagian cara hidup bermasyarakat dalam melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatupadu...
SEPAKAT BERERTI MUAFAKAT

Tuesday, June 8, 2010

ZIARAH PEMIMPIN...TANDA PRIHATIN...

Apabila mendapat tahu berita tentang kemalangan yang meragut 6 nyawa tersebut,maka YB ADUN telah meminta segala perkembangan dilaporkan kepadanya secara terus...Ini memandangkan beliau terpaksa berada di luar kawasan dan terikat dengan aturcara yang juga menuntutnya memberikan komitmen penuh...

Justeru,sebaik sahaja segala urusan tamat beliau terus berkejar ke kawasan untuk bertemu dengan keluarga mangsa di samping menyampaikan ucapan takziah.Beliau juga sempat bertanyakan kepada keluarga untuk mendapat informasi yang lebih jelas...

YB Dato'Mohamad Sahfri Ab Aziz juga telah memimpin bacaan tahlil untuk disedekahkan kepada kesemua arwah walaupun majlis tahlil pertama telah selesai..Bersama beberapa rakan,tetangga dan kaum keluarga mangsa bacaan tahlil telah dapat dilaksanakan dengan sempurna...

Perancangan juga diatur untuk majlis tahlil yang berikutnya.Keprihatinan sebegini wajar menjadi ikutan kepada pemimpin kecil yang lain agar masyarakat sentiasa merasa kita sentiasa mengamalkan sikap rendah diri di samping prihatin dengan segala permasalahan dan musibah yang datang menduga kesabaran dan keimanan kita..

KEPRIHATINAN LAMBANG JIWA MURNI

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008

Saat bersejarah dalam hidupku..7.2.2008
Inilah gambar aku ngan isteri tersayang selepas majlis akad nikah.Sungguh takku sangka akhirnya aku menjadi warga Keratong. hehe...

nak g mukul bola...

nak g mukul bola...
Main golf ni dulu aku ingat pemainan org kaya.tapi....Lepas berjinak-jinak best jugak main golf ni..kat Keratong nipun ada tempat berlatih.Klu aku kira-kira ada dekat-dekat 20 org yg dah main golf.Peneroka ada, belia ada,apa lagi org Keratong jomlah join.....

kalau nak rasa mai Keratong

kalau nak rasa mai Keratong
haaaaaaaa.......Iinilah yg namanyer Lais..bab gorengpun sodap..masak lomakpun sodap...Ikan ni aku pancing dalam trip Batu Berendam Sungai Rompin sama ngan geng-geng sahabat.Umpan dia mak oii lipan.Tapi nak mancing ikan ni kenalah ada skill. Klu tak, tak dapatlah ikan tu..Kenalah byk belajar yer....

Ikan Tapah Sg Gadak.....

Ikan Tapah Sg Gadak.....
Ikan ni ditangkap dengan menggunakan lukah oleh tok 4 razak...3.5kg..sembelih...makan reramai kat kdai gopal...lemak cili api...memang sedap..kalau nak rasa kenalah oder dulu....

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak

si sepit biru..lubuk batu itam sg gadak
ha...amacam...udang ni di pancing oleh saya sendiri...guna umpan anak seluang...memang best layan..tap kalau dah besau cam ni liat cikit..udang sg gadak ni memang saiz xxl kebanyakkannya..tapi skarang air sungai asyik keruh je...joran pun dah lama rehat.

kelabau sg rekoh...keratong

kelabau sg rekoh...keratong
ikan kelabau ni di tangkap dengan menggunakan apa yang dipanggil ambai..sewaktu air besar...aku jumpa ikan ni kat ambai Mispar..berat dia...3 kilo...tengok la kat timbang tu...dibeli oleh Mr.O..(abg nasir ktg 2) diorang kata ikan ni sedap kalau dibakar..cicah dengan air asam...kalau dipancing boleh guna umpan sawit yang diracik...

Galah lagi...tapi lain sungai...

Galah lagi...tapi lain sungai...
udang ni udang Sg Rekoh Keratong...sihat2..memang puashati..dulu ada jabatan perikanan lepaskan benih udang...mcm2 jenis ikan kat sungai ni..tapi apa yang membimbangkan ialah sikap manusia yang tamak dan rakus..ada je kejadian MENUBA..MERACUN..dan MENGEBOM...serta mengaran.....tak masuk lagi pencemaran kilang sawit yang berhampiran...sumber ikan semakin pupus...jom..mari sama2 CINTAI SUNGAI KITA..

trip memancig lubuk batu berendam...

trip memancig lubuk batu berendam...
trip ni bersama fok 4 razak dan culek..memang enjoy bila musim lais...umpannya..cengkerik...anak kerengga..belalang dan lipan..ikan ni berkawan..bila dah jumpa lubuk,apa lagi..pulunlah. tapi memancing lais ini kena belajar..ada teknik yang tersendiri..kalau tak,tak merasalah...

kenangan bersama ex kp...

kenangan bersama ex kp...
ini adalah kenanganku bersama yb dato seri yang ketika itu ketua pemuda umno malaysia..menteri pelajaran..di salah sebuah sekolah di daerah maran...pemimpin turun padang ketika melawat sekolah tersebut yang teruk dilanda banjir..pemuda rompin turut sama menghanrar beberapa sukarelawan..memang teruk kesan akibat banjir tersebut..banyak peralatan yang telah musnah...

bersama abg long..YAB MB..

bersama abg long..YAB MB..
Bukan main possing lagi..gambar kenangan ini di ambil selep as program dialog bersama Tok Nan di dewan majlis daerah rompin,,pemimpin yang senang didekati.mesra..beliau sentiasa meluang kan masa..kalau nak diikut..siapalah saya..itulah yang dikatakan pemimpin berjiwa rakyat, pencapaian di utamakan rakyat didahulukan,,,sesuai dengan konsep satu Malaysia..

yb Dato di sk keratong 3..

yb Dato di sk keratong 3..
gambar ni masa mengiringi yb ke sk keratong 3 sempena mesyuarat agong pibg..melawat pameran kecemerlangan sekolah.kalau nak tau sekolah ni terkenal dengan pasukan kawad kaki...pernah beberapa kali jadi juara kebangsaa...bangga aku..sebab generasi felda boleh sebegitu cemerlang...iyalah...x semua anak peneroka rosak sebagaimana yang digembar-gemburkan..

gotong royong....amalan mulia..

gotong royong....amalan mulia..
setelah terima aduan dan melawat sendiri kesusahan ibu tunggak ini maka gotong royong pun di atur bagi memperbaik rumah usang ini.lokasi rumah ini adalah di tepi jalan bukit ibam..berhampiran pemancar telekomunikasi..ramai yang datang menyumbang tenagan dan kepakaran.ini yang dikata "ringan sama dijinjing..berat sama dipikul.."

penyampaian sumbangan..prihatin.

penyampaian sumbangan..prihatin.
setelah selesai bergotong royong..yb Dato telah menyampaikan sumbangan kepada makcik yang sedang duduk itu.beliau melahirkan kesyukuran atas usaha yang telah dibuat bagi meringankan beban yang ditanggung..hadir sama dalam majlis tersebut termasuklah Tok 4 Zamri dan ajk jkkk bukit ibam...terima kasih,jasamu dikenang..

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...

inii dia..sebahagian ahli gengsahabat...
segak bergaya berbaju melayu..KAPT.JO..masa tu belum jadi yb lagi..halim dj..cikgu nuar GPMS , zahar pegawai seranta...dah lama kita orang tak buat reunion...banyak kenangan sewaktu bersama kalian...

Imbasan & Memori....

SUKANEKA BELIA FELDA KERATONG SATU

ALBUM RAYA KELUARGA 2009