
Pertama kalinya aku mencuba untuk melahirkan satu pandangan dari kacamata aku tentang parti yang aku cintai ini yang telah banyak menyumbang jasa dan baktinya kepada umat Melayu dan bangsa Malaysia secara keseluruhannya..
Namun sejak akhir-akhir ini banyak diperkatakan bahawa semangat mencintai parti keramat ini semakin menurun di kalangan ahli terutamanya generasi muda seperti aku ini..
Namun sejak akhir-akhir ini banyak diperkatakan bahawa semangat mencintai parti keramat ini semakin menurun di kalangan ahli terutamanya generasi muda seperti aku ini..
MENGAPAKAH INI BOLEH TERJADI???
Antara punca dan penyebab mungkin bermula dari kita sendiri yang tidak mahu menceritakan kepada anak-anak tentang sejarah dan perjuangan parti kita ini..Sewajarnya sebagai orang lama yang mempunyai pengetahuan tentang perjuangan UMNO,ceritakanlah kepada anak-anak sejak mereka ini kecil lagi bagi memastikan mereka ini tidak dipengaruhi oleh serangan PERSEPSI pembangkang yang bertalu-talu menyerang kita.Kita kena pastikan anak-anak kita yang menjddi penyokong setia Umno dan kerajaan BN tidak terpengaruh dengan parti yang lain selain UMNO yang kita sayangi ini. Kita mesti menyahut kempen yang pernah kita lancarkan tidak lama dulu..iaitu “KELUARGAKU AHLI UMNO”..
Seperkara lagi ialah kurangnya semangat kecintaan terhadap UMNO..Diakui bahawa UMNO itu sendiri memang amat kurang mengadakan program diperingkat akar umbi..Maksudnya program yang menggunakan lambang dan bendera UMNO itu sendiri..malah kadang-kadang dalam persidangan tahunan cawangan pun diadakan dengan tidak ada sehelai pun bendera ini terdapat sama ada di dalam dewan persidangan apatah lagi di luar dewan..Tentulah langsung tidak ada semangat atau roh parti kita semasa persidangan itu berlangsung,ianya menjadi seakan sama dengan mesyuarat-mesyuarat biasa yang lain..
Kita lihat kalau ADUN2 @Ahli PARLIMEN dari parti pembangkan mengadakan program walau sekecil mana pasti bendera-bendera parti mereka megah berkibaran di sana sini..Tetapi adakan senario ini kelihatan apabila ADUN2 UMNO mengadakan program walaupun wang yang digunakan datangnya dari sumber yang sama iaitu peruntukan wakil rakyat..
Selain itu walaupun UMNO sesuatu cawangan itu mempunyai jumlah keahlian yang ramai tambahan lagi dengan Kempen penambahan ahli yang di jalankan tetapi lihat lah berapa ramai yang datang ke persidangan cawangan?Ini terjadi kemungkinan ahli tidak membayar yuran atau TIDAK dibayarkan yuran kerana kalau di bayar semua yuran ahli dalam cawangan..ketua cawangan takut tidak mencukupi korum terutama menjelang pemilihan cawangan..Maka ahli-ahli yang terpinggir akan menjadi marah kerana tidak mendapat notis menghadiri persidangan sedangkan mereka ini juga ahli umno..Mengapa tidak cawangan-cawangan yang terlalu ramai ahlinya ini di pecahkan kepada cawangan kecil di mana ketua cawangan lebih mudah menyelia ahli-ahli di samping lebih ramai ketua/pemimpin yang dapat dilahirkan..
Untuk menyubur semula semangat cintai umno diharapkan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baru,dengan semangat dan iltizam yang tinggi akan dapat menggerakan jenteranya yang seramai lebih 60 ribu orang itu sebagaimana yang dikatakan tidak lama dahulu..
Mari kita lawan serangan ceramah penerangan PAS@PKR yang saban hari mengeliru dan memesong pemikiran rakyat dengan pelbagai dakyah dan fitnah..Sekiranya kita juga lebih banyak mengadakan sesi ceramah barulah ahli boleh merasakan..ooooo ada jugak parti aku ni penceramah yang hebat malah lebih hebat. KALAU sekali telinga ahli umno dihidangkan dengan ceramah pembangkang yang penuh dengan fitnah ini bolehlah di tepis2..tapi kalau setiap minggu…lama kelamaan terpengaruh juga..PERCAYALAH..
Penggunaan media baru dalam menyampaikan maklumat seperti laman-laman bolg juga harus dimulakan..Wajibkan setiap cawangan mengadakan blog masing-masing agar semua ahli dan pengundi dapat maklumat dengan berkesan.. Terutama pengundi muda dan pengundi luar.
Diksempatan ini aku ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada UMNO Bahagian Labis Johor yang telah mengibarkan ribuan bendera UMNO di sepanjang jalan Labis-Yong Peng sempena ulangtahun UMNO tahun ini.Terasa megah,sayu,bangga apabila melalui jalan ini semasa itu dan keadaan ini tidak ku jumpa di tempat lain.
Kesimpulannya,marilah kita sama-sama merangka,merencana dan melaksanakan program agar ahli-ahli umno di peringkat akar umbi terasa di sanubari mereka bahawa oooooooo aku ini ahli UMNO.
FIKIR-FIKIR…Cetusan rasa..
Syabas, kalau semualah golongan seperti tuan tersemat perasaan cinta dan setia ke pada UMNO, genarasi seterusnya akan mengekorinya. Tuan sebahagian dari pewaris UMNO yang yakin bahawa UMNOlah wadah perjuangan untuk memartabatkan bangsa, agama dan Negara.
ReplyDeleteKawan juga yakin tuan menyertai UMNO bukan kerana kebendaan, tetapi kerana perjuangannya. Selamat berjuang.
teringat apabila ayahanda menempelak seseorang yang cuba mempengaruhinya menyertai pembangkang dengan kata2..AKU INI DILAHIRKAN DENGAN BERBEDUNGKAN BENDERA UMNO..
ReplyDelete